Skip to main content

Posts

Showing posts from February 10, 2013

Buletin Tv3 kantoi lagi!!!

CNY: Ular bersalin kulit, rakyat bersalin Kerajaan Pusat

Inilah suasana Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Rakyat sekarang sedang tuntut Najib Razak beri jaminan proses peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat semasa Umno tewas di PRU13.

Sebarkan!!!

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Bersedia hartal jika Najib enggan jamin proses peralihan kuasa secara aman!!!

PULAU Pinang sejak awal pagi tadi lengang.

Hampir tiada kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang serta jalan-jalan bandaran, termasuk di Komtar dan sekitar George Town.

Rumah-rumah kedai, semua tidak dibuka sempena Tahun Baru Cina.

Sunyi dan sepi, mengingatkan saya pada sejarah  Hartal Tanah Melayu  bermula pada tanggal 20 Oktober 1947.

Semasa itu, rakyat secara beramai-ramai melakukan mogok besar-besaran di seluruh negara sebagai membantah penjajah British menolak Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh grup pejuang kemerdekaan, AMCJA-PUTERA.

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Faqar sertai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Guan Eng

SAYA sekarang di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PiSA), menanti berlangsungnya Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Program dijadual berlangsung jam 10.30 pagi ini.

Ahli Majlis MPSP, Ahmad Tarmizi Abdullah baru menghubungi saya, memberitahu beliau dalam perjalanan ke PiSA.

Terlanjur beliau menghubungi saya, saya bertanya, Timbalan Presiden Pas Haji Mohamad Sabu hari ini di mana?

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Pas pilih perubahan defensif atau ofensif di PRU13?

Perubahan adalah satu kemestian. Suka tidak suka, kita boleh mencipta perubahan atau terubah dengan sendirinya.Pas sebagai parti dakwah pun sebenarnya berdepan dengan perubahan.Mara kedepan sebagai Impian Malaysia merupakan perubahan yang ofensif.Berundur ke belakang atas dalih kononnya untuk mengekalkan keaslian Pas sebagaimana era sebelum 1990-an merupakan satu lagi bentuk perubahan yang difensif.Pas dilihat ofensif apabila anjal dalam mengemukakan cita-cita politik.Perubahan yang ofensif umumnya akan mengembang tapak sokongan rakyat terhadap Pas.Pas dilihat difensif apabila regid dalam mengemukakan cita-cita politiknya.Perubahan yang defensif umumnya akan menguncup tapak sokongan rakyat terhadap Pas.Sebagai contoh, ijtihad arwah Fadhil Mohd Noor membela Anwar Ibrahim semasa difitnah Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Gerak sehingga terlahirnya Barisan Alternatif dilihat sebagai perubahan yang ofensif.Betapa Fadhil ofensif antaranya mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Pertama Menteri…

Keanjalan cita-cita politik dakwah mampu menggamit sokongan rakyat terbanyak terhadap Pas di PRU13

Berikut adalah jawapan fiqh al-Islami bagi menjawab isu cita-cita Pas mahu melaksanakan Hudud dan mendirikan Negara Islam yang didakwa pudar ekoran parti Islam itu bersama PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat.Jawapan ini untuk menolak dakyah Umno, Hasan Ali Jati, Nasharuddin Mat Isa, Hafiz Nordin dan Mazlan (bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang) serta pemimpin UG II dalam Pas Pulau Pinang.Tok Guru Nik Aziz Nik Mat suruh kita fokus menang di semua kerusi ditandingi, bukan lautan dakyah musuh Pas.JAWAPAN:
PAS FLEKSIBEL DALAM CITA-CITA POLITIK UNTUK TUMBANGKAN KEZALIMAN UMNO KE ARAH MENDIRIKAN NEGARA KEBAJIKANKebijakan ajaib Tok Guru antaranya dalam soal Fiqh al-Islami. PAS bertuah kerana mempunyai seorang tokoh seperti Tok Guru. Salah satu disiplin usul fiqh yang menarik untuk kita perbincangkan adalah mengenai al-hukmu ‘ala at-tarakhidan al-hukmu ‘ala al-fauri. Al-hukmu ‘ala at-tarakhi dalam konotasi yang mudah bermaksud hukum secara berlambatan. Al-hukmu ‘ala al-fauri pula bermaksud h…

Dakyah tewas Anwar di Permatang Pauh boleh beri lalu Hadi jadi PM

MAZLAN disebut-sebut merancang untuk bertanding menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh atas tiket Umno.Manakala, Hafiz Nordin pula belakangan ini secara terang-terangan menentang Pakatan Rakyat serta mengajak Pas sendirian tanpa PKR dan DAP.Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang sekarang, Yusni Mat Piah diharap tidak mengikut jejak langkah dua pemimpin itu kelak.Pas Pulau Pinang hanya mempunyai satu kerusi sahaja, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.Kerusi yang disandang oleh arwah Pak Hamdan sejak pilihan raya umum 1999 kini disandang oleh Salleh Man.Salleh Man sandang kerusi itu kerana beliau selaku Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dipilih mewakili Pas untuk bertanding di kerusi DUN itu dan menang.Sungguhpun Pas hanya mempunyai satu kerusi, tetapi, Pas Pulau Pinang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.Salleh kemudiannya dilantik memegang jawatan Yang Dipertua Maj…