14 February 2013

Buletin Tv3 hantar isyarat huru hara PRU13 sekarang?

Buletin Tv3 baru menghantar isyarat Menteri Umno berjaya selesaikan huru-hara di Lahad Datu yang kononnya membabitkan warga asing Filipina supaya huru-hara yang dicetuskan semasa Umno tewas semasa pilihan raya umum nanti dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Justeru, saya seru rakyat bersama-sama menuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Najib Razak sekarang supaya melancarkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti.

Wang ringgit kita itu 'Kertas Hutang'!!!


Kertas Ringgit Malaysia adalah kertas hutang.

Dulu, penjajah pun pernah perkenal kertas mata wang. Tujuan mereka perkenal itu semua supaya rakyat berlumba-lumba melakukan apa jua yang mereka mahu.

Mereka mahu emas, bijih dan getah. Rakyat berlumba-lumba bekerja di lombong emas, lombong bijih dan ladang getah untuk mendapatkan kertas hutang ini.

Kertas hutang ini penting untuk rakyat membeli barang keperluan sampailah membayar cukai itu dan ini semasa zaman kolonial.

Apa yang nak disebut di sini, kertas Ringgit Malaysia itu adalah kertas hutang, ia sekadar 'mekanisme sosial' semata-mata.

Sekarang pun sama, BR1M RM500 yang diberikan kepada kita adalah kertas hutang.

RM500 itu adalah kertas hutang yang dikejar-kejar kita untuk memenuhi keperluan hidup kita.

Kita perlu kertas hutang itu untuk membeli makanan minuman, sewa rumah, beli minyak petroleum dan satu lagi, membayar cukai kepada kerajaan.

Premium insurans kenderaan yang dinaikkan adalah cara kertas hutang ini dikitar semula.

Sebenarnya, kita tidak mengejar apa-apa, kecuali kertas hutang dengan keringat serta tanggapan politik kita semata-mata.

Inilah fundamental dalam falsafah wang kertas Ringgit Malaysia yang perlu kita tahu sebelum menerima BR1M RM500 dan bersedia untuk membayar balik pelbagai cukai, termasuk premium insurans kenderaan.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
0194241583

GM13 terdesak pancing undi Pekan, lapor Sinar Harian

Syis (duduk, kiri) dan beberapa ahli yang terlibat hadir ke  Pejabat Pas Kawasan
Pekan bagi membuat pendedahan mengenai insiden yang menimpa mereka di
Pekan, semalam. | gambar: Sinar Harian.
PEKAN – Tindakan kumpulan GM13 (Gerakan Mahasiswa PRU13) yang didakwa giat melakukan kempen sejak kelmarin bagi memancing undi di sekitar daerah ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

Ketua Kampung Ganchong Hulu, Mustafar Osman berkata, kehadiran sekumpulan ahli GM13 yang pergi dari rumah ke rumah di sekitar mukim Ganchong disedari kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Menurutnya, seramai sembilan ahli kumpulan tersebut bergerak dalam tiga kumpulan yang dipecahkan kepada beberapa orang sebelum mendakwa mereka datang untuk membuat bancian.

“Remaja lelaki dan perempuan yang berusia lingkungan 20-an itu menyatakan tujuan kedatangan mereka yang ingin membuat bancian sebelum mengedarkan beberapa risalah yang mengandungi maklumat untuk berkempen.

“Mereka cuba menghasut penduduk di sini menyokong pihak pembangkang selain bercakap mengenai pelbagai isu seperti jaminan pendidikan percuma, penurunan harga minyak dan barang selain memburuk-burukkan Menteri Besar Pahang serta kerajaan,” katanya.


Nafi jadi MB Perak, Zahid bersama Najib atau Muhyiddin?

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) bersama Muhyiddin Yassin (tengah)
NAJIB Razak di mana semasa PAU lepas?
BEBERAPA Menteri Umno terus dilihat menafikan desas-desus akar ubi parti di Perak yang mendedahkan kemungkinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon kekal Menteri Besar pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal sabotaj kelak.

Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Halusi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan II) dan Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) masing-masing dilihat serahkan menyembunyikan impian masing-masing.

Mereka turut menolak rahsia umum parti di negeri berkenaan yang menyebut masing-masing giat turut padang bagi menggantikan Zambry selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

"Kami beri jaminan program turun padang yang diadakan adalah untuk membantu Zambry memperkukuh usahanya, bilakah untuk mengambil alih tempatnya.

"Beliau (Zambry) banyak memberi pembangunan kepada Perak serta rajin turun padang dan mesra rakyat," dalih Ahmad Zahid di Parit Buntar, semalam.


Duit Najib tak mampu beli undi, laungan 'Tidak Untuk BN' : Kit Siang

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang berkata, wang Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu membeli undi dan laungan "Tidak Untuk BN" dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Itu, katanya, dapat dibuktikan pada rancangan Najib mahu melonjak imej diri sendiri dan Umno dalam insiden dimalukan oleh penyanyi Gangdam Style, PSY pada Sabtu lepas yang dikatakan khalayak gagal.

“Ketika saya melintas, tapak Sekolah Han Chiang itu pagi semalam dipenuhi timbunan sampah selepas 48 jam persembahan Gangnam Style Psy yang diterbangkan terus dari Brazil ke Pulau Pinang, tetapi penganjur gagal mengembalikan kebersihan tapak sekolah itu.

“Ini adalah pengajaran yang mahal buat Najib dan UMNO/BN bahawa terdapat benda yang tidak boleh dibeli dengan wang, termasuk undi.

“Pada majlis Tahun Baru Cina itu, Najib diaibkan dengan video satu minit berterusan tersebar dan ditonton ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat dilupakan apabila tiga kali laungan Yes ketika ditanya Are you ready for Psy? diikuti tiga laungan No ketika ditanya: Are you ready for BN?," katanya dipetik dari Roketkini.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata demikian dalam satu  kenyataan media Pengiraan Detik 57 Hari ke PRU-13 di Kuala Lumpur, semalam. -END 

Najib diam, Zahid Hamidi tolak huru-hara babit Umno

Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berdiam diri dengan tuntutan rakyat supaya proses peralihan kuasa mesti dilakukan secara aman semasa Umno tewas Pilihan Raya Umum Ke-13.

AHMAD Zahid Hamidi
Sebaliknya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tampil berdalih ekoran khalayak umum percaya Umno sejak perhimpunan agung lepas seakan memberi isyarat bahawa phak tertentu akan melakukan huru-hara jika Umno tewas di Putrajaya.

“Sekiranya BN menang pada PRU-13 pembangkang perlu menyokong, kalau mereka (pembangkang) menang pula kita (BN) akan sokong.

“Jangan timbulkan huru hara...(sebab) negara kita aman,” katanya Selasa lalu selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bahagian Bagan Datoh, di Hutan Melintang.

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang
Daftar segera 1,500 Kayuhan Rakyat Partahan Mandat Kerajaan Negeri Pulau Pinang!

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus