15 February 2013

Mujahid, empat lain bincang 'Kalimah Allah' bentuk Kerajaan Tanpa Rasuah, Sabtu

BELUMPUN reda insiden membakar Bible versi Melayu membabitkan pembangkang Pulau Pinang, Dialog Antara Agama membabitkan seorang pemimpin PAS serta empat panelis dari pelbagai latar belakang menyusul pula Sabtu ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Pastor Sam (EPCC Church), S. Raveentharan (ADUN Batu Uban), Jagdeep Singh (ADUN Datuk Keramat) dan Jason Ong Khan Lee (ADUN Kebun Bunga) akan berkongsi pentas bagi membincangkan mengenai Membentuk Kerjaaan Tanpa Rasuah menerusi kaca mata Islam dan agama-agama lain.

Dialog kendalian Raveentharan itu diadakan di B-Suite, Bayan Baru selama dua jam bermula 10.00 pagi.

"Perkasa dan pembangkang Pulau Pinang berusaha melarang bukan Islam dari menyebut kalimah Allah dan mendekati keindahan Islam.

"PAS memikirkan sebaliknya (iaitu) bagaimana sentitiviti pada kalimah Allah ini boleh menggamit umat Islam sendiri hatta bukan Islam untuk memangkin budaya anti rasuah membabitkan Kerajaan Pusat.

"Jika Rasulullah s.a.w sendiri melaknat orang yang memberi rasuah serta penerima rasuah, tidak ada salahnya kita mengajak umat Islam, Ketua Agama Kristian atau Ketua Agama Hindu atau Ketua Agama Buddha untuk membincangkan ajar integriti (budaya anti rasuah) yang Islam bawa ini," ujar Mujahid di Permatang Pauh malam tadi.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus