Skip to main content

Posts

Showing posts from February 17, 2013

500 sertai Karnival Bersih Hijau Teluk Air Tawar

Lebih 500 warga setempat sejak pagi tadi menyertai Karnival Bersih Hijau DUN Teluk Air Tawar kehadiran Ahli Majlis MPSP, Syed Rizal Aidid.Sesi pagi menyaksikan dialog kaum petani bersama Exco Pertanian Industri Asas Tani dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Pengarah Institut Peduli Rakyat).Selain itu, pertandingan Gubahan Kreatif Kaum Wanita dan Merwarna Kanak-Kanak turut diadakan di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Tok Gelam, Tasek Gelugor.Sebelah petang pula, Santai Anak Muda pula menyusul.Syed Mikael, Abdul Rahman, Adam Adli (Aktivis Mahasiswa) dan penyanyi lagu 'Selagi Ada Rindu', Pak Long dan Pengerusi Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Zolkifly Md Lazim.Syed Mikael mengajak rakyat membantunya merealisasikan polisi Bandar Selamat di Teluk Air Tawar.Abdul Rahman mengajar rakyat supaya melakukan perubahan dengan menolak rejim Umno Barisan Nasional.Wakil Hapus mengajar rakyat supaya memastikan berlaku perubahan di Putrajaya …

Najib biar samseng UMNO Pekan terajang siswa, rentap tudung siswi

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri Najib Razak digesa memohon maaf kepada kumpulan mahasiswa yang diserang oleh samseng-samseng UMNO di Pekan, Pahang semalam.Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan ganas pihak-pihak tersebut ke atas mahasiswa yang secara tiba-tiba diserang sekumpulan samseng ketika sedang mengedar risalah.Wakil Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM-13), Ekhsan Bukhari, dilaporkan berkata, “tiba-tiba kumpulan 100 samseng di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Pekan mengepung kami. Ada yang kena sepak, tampar, terajang. Mahasiswi pula kena tarik tudung.”Zairil menyifatkan budaya politik samseng yang dilakukan itu adalah amat keji dan memperlihatkan didikan dan kapasiti minda yang dangkal.“Apatah lagi apabila ia berlaku di Pekan, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri sendiri. Tidakkah ini memalukan Perdana Menteri, apabila siswa-siswi yang tidak bersalah telah disep…

JPJ mahu pasang kamera AES tanpa restu P.Pinang, mengapa?

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mengesahkan Kerajaan Negeri menolak rancangan Kerajaan Pusat mahu memasang kamera penguatkuasaan automatik saman rakyat 1Malaysia (AES).Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, penguatkuasaan AES itu menguntungkan syarikat kroni Umno, bukan untuk tujuan keselamatan rakyat."Mana ada Kerajaan di dunia ini menswastakan keselamatan rakyat, tetapi Kerajaan Pusat swasta penguatkuasaan AESb ini kepada sebuah syariat kroni Umno."Boleh terimakah, Kerajaan Pusat swasta polis? Mana boleh terima kerana tidak pernah mana-mana negara menswastakan keselamatan negara."Kalau tak boleh terima keselamatan negara diswastakan kepada mana-mana kroni, patut tak boleh terima Kerajaan Pusat melalui JPJ (Jabatan Pembangunan Jalan) menswastakan AES."Lagi banyak saman dikejarkan, syarikat pengendali AES dapat lebih banyak dapat peratus untung," ujar Guan Eng baru-baru ini di Komtar, George Town.Nada yang sama turut disuarakan oleh Mohd.Firdaus…