Skip to main content

Posts

Showing posts from February 19, 2013

Pusat Renang Seberang Jaya dibuka kembali 15 Feb - Lip Chee

AHLi Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Soon Lip Chee berkata, Kolam Renang Awam Bandar Seberang Jaya dibuka kembali untuk orang ramai bermula pada 15 Februari lepas.

Justeru, beliau menyeru warga Seberang Perai  supaya berlumba-lumba memohon pas tahunan untuk menikmati yuran masuk pada kadar yang lebih rendah ke pusat itu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh memohon pas tahunan pada kadar RM15 dan dikenakan caj masuk serendah RM1.50.

Juvana berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun boleh memohon pas tahunan pada kadar RM25 dan dikenakan caj masuk serendah RM3.00.

Manakala, dewasa berusia 18 tahun ke atas boleh memohon pas tahunan pada kadar RM30 dan dikenakan caj yang sama dengan ketegori juvana.

Lip Chee bagaimanapun berkata, beliau akan berunding mengenai bayaran memohon pas tahunan serta kadar caj masuk demi memudahan urusan pengguna.

"Saya akan cuba berbincang dengan majlis (mengenai) kadar memohon pas masuk tahunan ini disekalikan dengan yuran masu…

Mansor seru mahasiswa, pelajar tolak politik perkauman

HAMPiR 650 mahasiswa dan pelajar pra-Universiti dirai dalam satu majlis jamuan malam bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Keraian itu adalah kesinambungan pada Majlis Jamuan Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bersama Mahasiswa Di Perantauan yang dilangsungkan secara berasingan di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Mansor (gambar) baru-baru ini berkata, mahasiswa wajar memanfaatkan zaman keemasan di kampus bagi mengejar kecemerlangan akademik serta bergiat dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Sungguhpun zaman telah pun berubah, tetapi, mahasiswa seharusnya fokus pada kecemerlangan akademik dan mencipta pergerakan tersendiri untuk membela hak rakyat.

"Timba pengalaman sebanyak yang boleh dengan menyertai program-program yang dianjurkan Kerajaan Negeri.

"Pada musim cuti semester, baik kampung untuk beri kesedaran kepada rakyat khususnya kepada anak muda untuk mencipta politik baru (iaitu) menolak…

PDC: 6 peratus rumah Jalan S.P.Chelliah RM400,000 tolak fitnah Umno

PERBADANAN Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mendedahan, hanya 6.2 peratus sahaja rumah mampu milik di Jalan S.P.Chelliah berharga  RM400,000 seunit daripada 1,320 jumlah keseluruhan unit rumah yang dibina di lokasi tersebut.

Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar berkata, 94 peratus atau kira-kira 1,238 unit rumah mampu milik berbaki di lokasi berkenaan berharga antara RM72,500 hingga RM300,000.

"(Rumah mampu milik berharga) RM400,000 itu hanya 6.2 peratus saja. Rumah mampu milik RM300,000 keluasan lantainya 900 (kaki persegi), (diikuti) RM200,000 (untuk keluasan lantai) 800 (kaki persegi) dan (rumah kos sederhana rendah, LMC) RM72,500 (untuk keluasan lantai) 700 (kaki persegi).

"Dari 1,320 unit rumah keseluruhan, 770 (LMC) kita (PDC) akan bina, maknanya dekat-dekat 60 peratus unit rumah dengan harga RM72,500," ujar beliau baru-baru ini selepas Majlis Pelancaran Projek Dewan Bankuet & Sukan Bandar Seberang Jaya, Seberang Jaya yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Y…

Saksikan reaksi aneh Menteri Umno di kempen PRU13

Lihat betul-betul gambar di atas. ibu tua ini buat deek saja apabila Menteri Belia dan Sukan beri baju karnival belia.

Tak tahu lah, ibu tua ini marah atau berasa pelik dengan kempen aneh Menteri Umno tuu.

Di PRU13 nanti, mungkin anda pun aan didatangi dengan budaya aneh sebegini. Pastikan anda mempunyai jawapan yang wajar.

Perak : Buat Noheng
Kuala Lumpur : Buat Bodo
Kelantan : Malah Baso
Kedah : Tak Kebuloq baq hang
Melaka : Lahabau!
Terengganu : Dok rok chetong
Selangor : Lu gila isim ke bro?
Perlis : Punkoq hang!
Negeri Sembilan : Buat Bega
Johor : Bio Betik!
Pulau Pinang : Duk buat kemaih, padahai haram tak sempoi!
Pahang : Kodi Sangak mu cap ayam!
Sabah : buyuk bah ko ni , ini kalilah aku sama PR!
Sarawak : Lejuk kamek mok nangga Be-end ya

Misi '20% Royalti Minyak' Husam dekatkan Sarawak, Pakatan?

Kementerian Pertahanan bina lif perumahan tak selamat, isteri askar terbunuh!

SELALU kita dengar lif rosak. Penghuni, khususnya warga emas dan OKU terpaksa naik tangga berbelas tingkat.Tetapi, jarang kita dengar kabel lif putus.Tetapi, akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, seorang isteri askar terbunuh disebabkan hal itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih diam.Ahli Majlis Tertinggi Umno itu lebih berminat main politik, termasuk disebut-sebut mengejar kerusi Menteri Besar Perak.Nyawa keluarga askar mungkin tak penting. Sebab itu, kediaman mereka dibina tanpa ikut piawaian keselamatan.Isteri askar yang mati terbunuh salah satu bukti keluarga askar tak penting bagi Umno BN.Setuju?

Satu lagi aksi mahasiswa mewajibkan Najib tumbang di PRU13 nanti

DEMA wrote:

Latest development on the case of Soh Sook Hwa vs Menteri Pengajian Tinggi

Soh Sook Hwa was a student in USM back in 2004. She had involved herself in the election campaign for a oppositin candidates and as such, was found guilty and fined for violation of Section 15 of the University and University College Act 1971.