Skip to main content

Posts

Showing posts from February 21, 2013

PERHATIAN!!! Optimus Prime Pas singgah Bandar Perda Bukit Mertajam, P.Pinang 10 malam ini

SELEPAS majlis pelancaran traller ala Optimus Prime tengah hari tadi yang disempurnakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jelajah seluruh Semenanjung Malaysia dilangsungkan.Pengemudi jentera kempen traller berkenaan, Zul Hazmi memberitahu, Optimus Prime dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menemui rakyat.Maklum balas AJK Pemuda Pas Pulau Pinang, Firdaus Mohd. Ali memberitahu, Optimus Prime dijadual tiba di Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam kira-kira jam 10.00 malam ini."Semua dijemput hadir. Kita berhimpun di Restoran Nashmir, menunggu Optimus Prime," ujar beliau menerusi telefon.

Takut Mahathir punca Soi Lek ketepi Tee Keat calon PRU13?

TERLALU dengar serta tunduk pada kemahuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin salah satu punca Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menghalang rakan seperjuangan, Datuk Seri Ong Tee Keat dari menjadi calon parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Soi Lek didakwa takut dengan Dr Mahathir, tetapi cuba berlagak berani dengan membakar api perkauman membabitkan Melayu demi memulihara kedudukan politik diri sendiri.Natijahnya, Soi Lek dilihat tidak berupaya mengurus perbezaan politik membabitkan akar umbi parti yang setia menyokong Tee Keat, bekas Presiden MCA.Tee Keat sendiri dalam reaksi spontan dilaporkan berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Soi Lek.Pun begitu, Tea Keat berkata beliau masih menyimpan harapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Katanya, sama ada beliau bertanding atau tidak bagi mempertahankan Parlimen Pandan ditentukan oleh Najib, bukan Soi Lek.Justeru, baginya, lebih baik menunggu pengumuman Najib daripada melayan So…

Mansor anjur 10KM Marathon 'pilihan raya' pertahan Nibong Tebal 24 Feb

PKR Pulau Pinang belakangan ini  dilihat giat bekerja keras demi memastikan kerusi Parlimen Nibong Tebal terus dipertahankan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.Terbaru, Pengerusinya, Datuk Mansor Othaman dengan kerjasama Persatuan Olahraga P.Pinang dan One-Nation Motorsports Club menganjurkan Marathon sejauh 10 kilometer bermula di Padang Awam Jawi dekat Seberang Perai Selatan.Acara Rakyat itu diadakan pada Ahad, 24 Februari depan bermula jam 6.30 pagi dan dijangka selesai kira-kira jam 1.00 petang.Izad Buqhari selaku Pegawai Khas bagi Timbalan Ketua Menteri I mempelawa seluruh kaum wartawan dan warga setempat menyertai keraian itu.Terdahulu, kerusi Ahli Parlimen Nibong Tebal kini masih disandang oleh bekas PKR, Tan Tee Beng (Bebas) dan turut disebut-sebut sebagai kerusi sasaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam pilihan raya kali ini.

Mangsa peras polis IPD Timur Laut didedah

Seorang tauke kedai fotostat yang dikenali sebagai 'Halim' di Wisma TNB (berdepan Wisma Persekutuan) George Town menjadi mangsa ugutan Special Branch (SB) Polis kertas direman lebih tiga jam di IPD Timur Laut.Saksi memberitahu, insiden berlaku Selasa lepas."Mangsa diugut oleh SB untuk tidak fotostat risalah tertentu, tetapi, beliau enggan tunduk."Mangsa kata: Mana boleh tak fotostat, saya berniaga. "Sebentar kemudian, beberapa polis lengkap dengan seragam tangkap mangsa, reman, siap ambil gambar dengan papan nombor badan pada mana."Polis langsung tak beritahu sebab mana ditangkap," kata saksi pagi tadi di Komtar, George Town.Dalam perkembangan lain, saksi lain memberitahu, saudaranya direndam dan dituduh positif dadah di IPD yang sama."Abang ipar saya kena uji air kencing. Tanpa tunjuk keputusan, abang ipar saya dituduh positif dadah."Siap kena tampar di muka abang ipar saya, diperas RM500," ujar saksi.Perkembangan terbaru itu sekaligus …