Skip to main content

Posts

Showing posts from February 22, 2013

PKR kumpul tuntut Polis Kepala Batas bebas Chee Leong sekarang

SEKUMPULAN aktivis PKR Pulau Pinang berhimpun di perkarangan IPD Polis Kepala Batas petang ini ekoran penahanan reman rakan mereka, Lim Chee Leong selama sehari semalam bermula pagi tadi.Ketua AMK Pulau Pulang, Amir Ghazali berkata, Chee Leong, Naib Ketua Pasukan Keadilan Perai ditahan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan yang membabitkan bekas pekerjanya di kawasan komersial Jalan Raja Uda, Bagan pada Selasa lepas "Bekas pekerja Lim Chee Leong kutip duit parkir RM5 satu kereta secara tidak sah dan tanpa pengetahuan Lim Chee Leong sendiri."Perbuatan Jusrul (bekas pekerja Chee Leong) itu orang tak puas hati, sampai berlaku pergaduhan. Lim Chee Leong cuba dibabitkan sedangkan itu perbuatan bekas pekerjanya," ujar Amir di sini.Ketua Jingga 13, Amizuddin Ahmad yang lebih dikenali sebagai blogger 'Sharpshooter', Abg Latip (Ketua Cabang Kepala Batas) antara aktivis yang hadir di sini.Wakil peguam mangsa berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan perintah memb…

MPPP lantik Ikram siasat dua projek cerun

DUA projek cerun di sepanjang Lorong Kenari dan Pintasan Kenari dekat Sungai Ara yang dianggap membahayakan warga setempat akhirnya dirujuk kepada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ir. Ang Aing Thye berkata, Ikram dilantik hasil dua mesyuarat dengan pemaju, Palmex Industries Sdn Bhd yang dipengerusi oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kok Yeow.Dua projek berwajib itu terdiri oleh 107 unit rumah tiga tingkat dalam Pintasan Kenari dan satu lagi, 51 unit rumah teres di Lorong Kenari 9. "Bagi projek pertama, pemaju telah dinasihatkan untuk mereka bentuk dinding pengekalan peringkat 9m dinding, iaitu kira-kira 4.5 meter," di Komtar, George Town baru-baru ini.Selain Kon Yeow, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Datuk Ar. Patahiyah Ismail (Yang Dipertua MPPP) serta wakil pemaju turut hadir dalam siang media itu.

Aing Thye berkata, pemaju telah mengemukakan …

"Ular bersalin kulit, rakyat bersalin Kerajaan Pusat" - Guan Eng

DAP minta Cina dan bangsa-bangga lain bersama-sama Melayu menolak kepemimpinan Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya nanti.Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, amalan rasuah membabitkan kepemimpinan Kerajaan Pusat sebelum ini mengakibatkan RM52 bilion ekuiti Bumiputera Melayu didedah lesap.Baki ekuiti Bumiputera Melayu yang masih tinggal RM2 bilion."Kita (rakyat) tiada saham besar-besar. Tetapi, RM52 bilion saham bumiputera sudah lesap. "Yang tinggal, RM2 bilion saja. Dia (Umno) telan RM52. "Kita (rakyat) minta dia muntah balik  (rasuah) duit rakyat nanti dengan syarat kita ubah Kerajaan Pusat sekarang," ujar beliau di Bagan pagi tadi.Mengulas mengenai musim perayaan kebudayaan Cina - Tahun Baru Cina dulu dan Chap Goh Meh depan, Guan Eng berkata, memberi harapan perubahan untuk rakyat dan negara."(Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh) tahun ini adalah 'tahun ular'. Ular selalu salin kulit, akan lebih besar. "Kita (rakyat) pun semakin besar ap…

Guan Eng saksi letak tanda asas bina surau Ampang Jajar serlahkan 'DAP anti Islam' fitnah

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyaksikan majlis peletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa menerima serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional."Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini. "Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pul…