Skip to main content

Posts

Showing posts from February 25, 2013

Hansard Parlimen dedah Menteri Umno isyarat halang Guan Eng hapus tol Jambatan P.Pinang?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN : LISANDARIPADA : YB TUAN LIM GUAN ENGKAWASAN : BAGANTARIKH : 26 NOVEMBER 2012 ( ISNIN )SOALAN :YB TUAN LIM GUAN ENG minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tol yang akan dikenakan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang. Bilakah ia akan siap dan akan dibuka untuk kegunaan awam. Nyatakan juga kos perkembangan pembinaan jalan-jalan penghubung dari Jambatan Kedua Pulau Pinang yang mendarat di Batu Maun ke George Town dan ke Balik Pulau, tarikh ia siap, kos pembinaan dan kepada kontraktor mana. Adakah projek ini akan siap serentak atau selepas Jambatan Kedua Pulau Pinang siap.Tuan Yang Di Pertua,Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2012 kemajuan fizikal keseluruhan projek membina Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah mendahului jadual, iaitu 84% telah siap berbanding 82% mengikut jadual asal. Berdasarkan perancangan oleh syarikat konsesi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), projek dengan nilai kos RM4.5 billion itu dijangka akan siap kese…

Umno lapor polis kes Izzah 'usik' Raja Nong Chik

SATU laporan polis dibuat oleh Umno Lembah Pantai hari ini gara-gara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar didakwa cuba 'mengusik' Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam satu 'Debat Perdana' kelmarin.Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan dilaporkan berdalih, Nong Chik (Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar) telahpun menjawab kepada media bahawa tiada jemputan diterima daripada penganjur, PKR."Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini."Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini," ujar beliau di Kuala Lumpur.13 Februari lepas, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat, di Apartment Pantai Permai pada Jumaat, 22 Februari bermula jam 9.00 malam. Namun, Nong Chik pada 9 Februari lepas menolak cabaran Nurul Izzah atas dalih tiada keperluan berbuat demikian.

Bekas pegawai dakwa Rapid P.Pinang pernah tiris RM60,000?

RAPiD Pulau Pinang pernah rugi lebih RM60,000 sebulan disebabkan ketirisan dalam urus tadbir kewangan, termasuk sindiket mencuri duit tambang yang didakwa membabitkan pemandu bas awam berwajib."Banyak kali aduan dibuat kepada pihak pengurusan, tapi, 'disorok bawah permaidani' saja. "Pemandu yang kena buang kerana curi duit tabung bas pun boleh diambil semula bekerja."Pernah satu bulan dulu, duit tambang hilang sampai lebih RM60,000. "Pekerja bahagian penguatkuasaan langsung tidak dibela dan berstatus kontrak.Ada motosikal kami kena asid atau tayar dipancat."Sedangkan kerja buat kami (penguatkuasaan) menguntungkan majikan (serta) untuk bayar gaji di semua jabatan lain," tegas seorang bekas pegawai di syarikat tersebut.Terdahulu, dilaporkan, Majikan, pemandu Rapid P.Pinang didakwa seleweng tambang bas.

Hutang Pusat cecah RM600 bilion, rakyat kian rugi

HUTANG terkumpul Kerajaan Pusat hampir mencecah RM600 bilion sekarang membayangkan belanjawan defisit yang diamal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tuh Razak bakal merugikan rakyat masa depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, angka itu sekaligus memberi gambaran seolah-olah tiap-tiap rakyat dipaksa menanggung hutang RM22,000 yang berpunca oleh urus tadbir Kerajaan Pusat berunsur pembaziran, penyelewengan serta rasuah sekarang.

Belanjawan defisit Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakibatkan hutang negara kian bertambah hingga mencecah RM600 bilion sekarang.

Setiausaha Agung DAP, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah itu sekaligus memberi gambaran bahawa kira-kira RM22,000 hutang ditanggung oleh tiap-tiap rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hutang negara dijangka mencecah RM600 bilion sekiranya Umno Barisan Nasional terus menguasai Putrajaya pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nant…

Hapus Tol antara 14 manifesto PR bela rakyat

HAPUSKAN tol jambatan seperti yang dikemukakan oleh badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus) merupakan antara 14 Manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan dalam konvensyen di Shah Alam.Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP.Dzulkifly, Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia berkata, iltizam politik itu demi membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berasaskan monopoli kronisma Umno Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti."Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata Dzolkifly yang juga pengarah di Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPPP).Selain Hapus tol, 13 tawaran lain yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;- 1. Harga minyak turun
2. Caj elektrik lebih rendah
3. Caj air lebih rendah
4. Hapus monopoli
5. Turunkan harga kereta
6. 150,000 rumah selesa …

MPSP cari RM12 juta sumber pendapatan baru 2013

MAJLIS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan mencari sumber pendapatan baru berjumlah RM12 juta bagi menampung belanjawan defisit dalam Bajet MPSP 2013 yang dianggarkan RM10,348,214.

Yang Dipertuanya, Maimunah Mohd. Sharif berkata, cukai kadaran yang dikenakan ke atas bangunan-bangunan baru, caj billboard dan talian paip gas Petronas antara sumber pendapatan baru yang menjadi fokus majlis.

"Melalui bajet yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri, anggaran pendapatan MPSP berjumlah RM200,935,630 dan perbelanjaan berjumlah RM211,283,844.

"MPSP perlu merangka strategi supaya kedudukan kewangan MPSP sentiasa mampan," ujar beliau pagi tadi sempena Perhimpunan Korporat di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Masjid dan Syed Mikael Rizal Aidid (Ahli Majlis baru) turut hadir dalam majlis rasmi itu.

Maimunah berkata, hasil juga akan ditingkatkan melalui pengurusan harta Majlis seperti sewaan-sewaan baru, semakan sewa, jualan dan …

Majikan, pemandu Rapid P.Pinang didakwa seleweng tambang bas

RAPiD Pulau Pinang di bawah kendalian Kerajaan Pusat didakwa sebagai sarang penyelewengan duit membabitkan beberapa pemandu bas.Sekumpulan pegawai penguatkuasaan di syarikat itu melahirkan rasa sangsi terhadap "Jamali", ketua pegawai eksekutif (CEO) dan Humairah (Pengurus Bahagian Sumber Manusia) yang dakwa melindungi pemandu yang mencuri duit tambang bas Rapid."Hari-hari biasa, pemandu-pemandu ini boleh 'hayun' (curi) RM100. Kalau musim perayaan, RM500 sehari (dicuri)."Bos baru (Jamali) dan bos HR (Humairah) selalu bela pemandu. Tiada penguatkuasaan apabila kita hantar aduan kes curi duit babit pemandu (bas)."Kalau bos lama, 'CEO Azhar'segera buat penguatkuasaan atas aduan yang kami buat."Selalu sangat CEO (Jamali) bela pemandu yang mencuri duit tambang bas ini, sampaikan terdetik juga, takkan Jamali dan Humairah pun 'hayun' duit majikan."Kami buat penguatkuasaan, tapi, tiada pembelaan apabila kita bersuara. (Jamali) siap ber…