18 March 2013

"Tok Det tuuu ayah kami...!" -Burmah IC

Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri I) dituduh “lebih teruk” semasa Dr Mahathir sendiri didedah terlibat dalam sindiket mengkhianati negara.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?” dalih Mahathir pada 17 Januari lepas, dipetik portal berita Malaysiakini.com

Malaysiakini.com pada 20 September 2011 melaporkan, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

12,799 pemegang kad pengenalan dari Pulau Pinang sendiri tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi dikesan dalam daftar pemilih SPR.

Dalih Dr.Mahathir itu sekalisgus membayangkan beliau tahu dan terlibat dalam sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

Umno jangan munafik sebab 947 rumah di 'pulau' terbengkalai :KMPP

MELAYU pulau paling rugi apabila Kerajaan Pulau Pinang era Umno Barisan Nasional gagal membina 947 rumah kos rendah di Telok Kumbar, Bayan Lepas sejak tahun 2004 lagi.

Presidennya Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak berkata, kegagalan itu berpunca oleh dua syarikat pemaju lantikan Kerajaan Barisan Nasional Pusat.

"Umno Pulau Pinang jangan bersikap munafik dengan menuduh Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) sekarang gagal membina rumah kos rendah di Pulau Pinang, khususnya di sebelah 'pulau'.

"Melayu majoriti di Teluk Kumbar, tetapi, Melayu pulau seakan dikhianati oleh pemimpin Melayu sendiri apabila dua projek (perumahan) ini terbengkalai sampai sekarang," ujar Rahmad petang semalam di George Town.

Menurut pendiri pertubuhan pendesak Melayu itu, pelan perancangan pembangunan perumahan di Teluk Kumbar Height diluluskan sejak 8 Mac 2004 lagi.

Di bawah skim Tabung Pusingan Perumahan Kos Rendah (TTPKR), syarikat TPPT Sdn. Bhd. diberi projek dan dilaksanakan secara bersama dengan pemaju Southdowns Corporation Sdn. Bhd..

"TPPT Sdn. Bhd. sebuah syarikat di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia...jika mengikut pelan asal pembangunan bercampur berkenaan mengandungi 2,212 unit, iaitu termasuk 712 unit rumah (pangsa) kos rendah

"Kenapa sudah hampir sembilan tahun janji tuan tanah (TPPT) untuk membina satu blok rumah pangsa kos rendah (setinggi) 19 tingkat yang mengandungi 712 unit dengan keluasan 650 kaki persegi berharga RM35,000 seunit tidak dapat dibangunkan," tanya beliau.

Satu lagi projek pembangunan bercampur di atas tanah berkeluasan 62.7 ekar di Jalan Teluk Kumbar juga, iaitu keluasan yang boleh diguna pakai daripada keseluruhan 105 ekar.

Rahmad mendedahkan, tanah itu asalnya milik I&P Development Sdn. Bhd. dan pelan pembangunan diluluskan sekitar tahun 2005.

Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) kemudiannya didedah membeli tanah serta pelan yang diluluskan itu .

Malah, PHBB didedah turut melantik syarikat Mutiara Premier Sdn. Bhd. sebagai tuan tanah yang baru, iaitu sebuah syarikat yang turut mempunyai hubungan dengan PPHB.

Rahmad berkata, PPHB kemudiannya melantik MRCB sebagai rakan kongsi Bagi tujuan pembangunan serta urus tadbir projek tersebut.

"Konsep asal, membina dahulu 235 unit rumah pangsa kos rendah dengan kekuasaan 700 kaki persegi dengan harga seunit RM35,000.

"Amat malang sekali, hampir lapan tahun berlalu, keadaan tapak projek samalah seperti 'padang jarak padang terkukur'," sindir Rahmad ditujukan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Beliau menegaskan, PPHB ditubuhkan untuk memajukan tanah-tanah kerajaan untuk kepentingan penempatan orang Melayu.

Justeru, beliau berkata,  kegagalan kepemimpinan Umno melantik pemaju berwibawa nyata mengakibatkan projek 947 rumah kos rendah di Teluk Kumbar terbengkalai sehingga sekarang serta merugikan Melayu Pulau Pinang. -END

Guan Eng sedang selesai 5 lagi projek terbengkalai BN



Lima lagi projek perumahan terbengkalai berusia lebih 10 tahun yang ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Barisan Nasional dulu sedang diselesai sekarang.

Sebelum ini, pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dilaporkan berjaya menyelesaikan satu projek terbengkalai berusia 16 tahun tinggalan Barisan Nasional juga.

Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, lima projek itu adalah projek Taman Cemerlang  (Bandar Baru Air Itam),  Fettes Villa (Mount Erskine), Taman Teluk Air Tawar (Seberai Perai Utara), Taman Pekatra (Seberang Perai Selatan) dan Desa Aman (Relau).

"Apabila Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan Kerajaan Negeri, kita mengorak langkah dan berdepan dengan ribuan pembeli-pembeli berkenaan dan menyelesaikan masalah mereka. 

"Kelima-lima projek yang saya sebut telah dipulihkan dan dihidupkan semula dan sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Hon wai berkata, pihaknya turut berjaya mendapatkan sijil kelayakan menduduki  (OC) untuk projek Taman Pekatra Fasa 1, 2 dan 3 serta Desa Aman untuk hak penduduk berwajib masing-masing sepanjang tempoh lima tahun ini.

"Ini bukti jelas bagaimana masalah tinggalan Barisan Nasional diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Dalam tempoh antara March 2008 dan Julai 2012, sebanyak 14,702 unit kos rendah dan kos sederhana rendah sudah mendapat sijil layak menduduki yang dikeluarkan MPPP dan MPSP membabitkan 47 projek iaitu di pulau dan Seberang Perai. -END

baRa dedah 134 warga asing Kuala Kedah ada kad pengenalan sah :Ridzuan Bakar

Ahmad Tarmizi Abdullah (baju hitam, tengah) mengepalai demontrasi aman baRa di Kedah.

Hampir 200 anak Kedah sertai demontrasi anti Projek IC Mahathir di Wisma Persekutuan Alor Setar, Anak Bukit petang semalam, sambil menyerah satu memorandum Bantah Anugerah Kerakyatan Asing (baRa) kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohammad Pauzi Abdullah.

Koordinator baRa Kedah, Ridzuan Bakar mendedahkan, 134 warga asing di Kuala Kedah dikesan mempunyai kad pengenalan sah serta layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Itu, tidak termasuk kependudukan 'Burma Anak Mahathir' di sekitar Pulau Langkawi, khususnya di Bukit Malut dan Taman Nilam.

AHMAD Tarmizi Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan memorandum baRa kepada Mohammad Pauzi Abdullah sambil disaksi oleh Ridzuan Bakar (dua dari kanan), Khairul Ishak (paling kanan) dan 'aktivis Pakatan Rakyat Kedah' (paling kiri).
"134 yang kita kesan di Kampung Tepi Laut dan mereka akan mengundi di Sekolah Menengah Seri Pantai berdasarkan daftar pemilih, IC mereka '02'. Memang ada IC yang sah dan pengundi yang sah", kata Ridzuan dalam pertemuan tertutup membabitkan kedua-dua belah pihak, di sini.

Mohammad Pauzi dalam reaksi spontan menjelaskan, pihaknya langsung tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

Namun, katanya lagi, JPN bersedia untuk bertindak wajar selepas mendapat maklumat terperinci mengenai sindiket 'Projek IC' terbabit.

Pengerusi baRa, Ahmad Tarmizi Abdullah, Khairul Ishak (penyelaras program baRa), turut antara pemimpin baRa yang menyertai pertemuan tertutup itu.

Hadir bersama, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali yang juga Setiausaha baRa, Zolkifly Md Lazim (Pengerusi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang, HAPUS) dan 'Haji Nan'.

Sementara itu, kira-kira 200 orang - kebanyakannya warga Kedah - melancarkan demontrasi aman di pintu masuk Wisma Persekutuan yang menempatkan pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN Kedah.

Mereka mengangkat plakad "PROJEK IC Bukit Malut Taman Nilam Langkawi 'Burma Anak Mahathir", "80,000 IC Palsu diberi kepada warga asing" dan "Desak Najib panggil sidang khas Parlimen bongkar Projek IC" sambil menuntut JPN mendakwa Dr Mahathir yang dianggap 'pengkhianat negara'.

Mereka turut melaungkan "Heret Mahathir ke Mahkamah", "Tolak Pengkhianat Negara", "Umno Bangkai Warga Asing", "Hidup Rakyat" dan "Henti Projek IC" sambil dikawal rai dek polis dan pengawal keselamatan setempat.

Difahamkan, laporan Malaysiakini.com pada 17 Januari lepas dipetik, Dr Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) "lebih teruk" berbanding dirinya semasa didedah terbabit dengan 'Projek IC' kepada warga asing.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?” dalih Dr. Mahathir.

Malaysiakini.com, pada 20 September 2011, melaporkan, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

12,799 pemegang kad pengenalan dari Pulau Pinang sendiri tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi dikesan dalam daftar pemilih SPR.

Jumaat lepas, baRa turut melancarkan demontrasi aman di Wisma Persekutuan Jalan Ansor, George Town sebelum menyerahkan memorandu serupa kepada JPN Pulau Pinang.

Khamis depan, baRa merancang untuk mengadakan satu lagi demontrasi aman di perkarangan pasar raya Kayangan Square bermula jam 11.00 pagi sebelum ke Persiaran Kayangan yang menempatan Pejabat JPN Perlis.

Kali pertama badan pendesak itu melancarkan demontrasi terbuka pada Jumaat dua minggu lepas, iaitu di perkarangan Wisma TNB Bandar Perda Bukit Mertajam yang menempatkan pejabat JPN daerah. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus