Skip to main content

Posts

Showing posts from March 19, 2013

RM150 buku panduan MPSP, RM50 mohon permit ubah suai rumah

WARGA Seberang Perai boleh membeli buku garis Panduan Tambahan dan Pindaan Kecil Taman Perumahan yang baru dengan dengan harga RM150 sebuah sekarang bagi permohonan mengubah suai rumah masing-masing.Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Soon Lip Chee berkata, buka garis panduan yang dikeluarkan majlis itu lengkap dengan borang permohonan."Pelanggan tidak tahu MPSP ada garis  panduan (cadangan pelan ubah suai kecil)...ini adalah pelan ikut piawaian yang memudahkan mereka sebenarnya," ujar beliau petang tadi di Dewan Haji Ahmad Badawi, George Town.Pegawai Hal Ehwal Masyarakat Kawasan Parlimen Bagan, Krishna Murthy Naidu dan Mohd Raisul Muhadisin (Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan MPSP) turut hadir pada sidang media itu.Lip Chee berkata, warga Seberang Perai digalakkan untuk mengikuti garis panduan yang disediakan dalam buku itu demi mengelak berbelanja lebih untuk tujuan mengubah suatu rumah masing-masing."RM900 bayaran profesional (minimum) untuk…