25 March 2013

Terowong bawah laut P.Pinang dipertikai sebab Zarul bukan kroni Umno

Isu Terowong Bawah Laut
TENDER TERBUKA P.PINANG 'CAKAP SERUPA BIKIN' - ZARUL

ZARUL Ahmad Zulkifly
RUPA-rupanya kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly mempengerusikan Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., iaitu syarikat kontraktor yang dipilih untuk membina infrastruktur beberapa lebuh raya nyah trafik serta terowong bawah laut di Pulau Pinang  bernilai RM6.3 bilion.

Zarul berkata, beliau terkejut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus sendiri mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tender secara telus dan terbuka,tanpa campurtangan mana-mana ahli politik pemerintah di negeri berkenaan.

"Tender sebesar ini kalau di (bawah Kerajaan) Persekutuan, saya rasa saya tiada 'can' (peluang memenangi).

"Di sini, saya hormat dan tabit kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana dia cakap serupa bikin.

"Saya tak pernah mengalami prosedur yang begitu telus, tiada 'sembunyi-sembunyi', semuanya jelas dan terang-terang dikendalikan oleh Ahli Lembaga Tender yang bukan terdiri oleh ahli-ahli politik, tetapi, (dikendalikan) oleh pegawai-pegawai kerajaan," ujar beliau dalam satu majlis interaksi dua hala bersama-sama warga Seberang Perai Utara (SPU), di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dan Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I) turut berucap pada majlis interaksi tersebut yang dikendali oleh Kerajaan Negeri.

Zarul berkata pihaknya dipilih kerana mempunyai rekod cemerlang dalam membina infrastruktur terbaik di peringkat dunia.

Malah, katanya lagi, Zenith BUCG dipilih kerana syarikat itu menawarkan sebut harga terendah berbanding syarikat-syarikat lain semasa proses tender terbuka berlangsung sebelum ini.

"Dia (Kerajaan Negeri) tak tanya pun Zairul ini orang Umnokah atau orang apa, tetapi dia lihat atas rekod pencapaian kita (Zenith BUCG)...kita lawan secara tender terbuka dengan semua syarikat gergasi Malaysia.

"Salahkah saya (dari Zenith), seorang Melayu bergabung dengan sebuah syarikat dari China (BUCG) menawarkan harga paling murah untuk rakyat Pulau Pinang, mereka (pemimpin Barisan Nasional) memberi tohmahan kepada saya," soal beliau di depan hampir 300 warga tempatan, rata-rata Melayu.

Difahamkan, China Railway Construction Corporation (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) adalah dua syarikat gergasi dunia dari China yang bergabung dalam konsortium tersebut.

Manakala, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd. adalah dua syarikat kontraktor Bumiputera Melayu tempatan yang menyertai konsortium tersebut.

Kesemua pihak berwajib itu terlibat secara langsung dalam penyelidikan awalan serta pembinaan projek terowong dasar laut Gurney Drive-Bagan Ajam sepanjang 6.5 kilometer (km), lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu 4.2 km, lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam 4.6 km, dan jalan menghubungkan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang 12km.

Sementara itu, Guan Eng berkata, terowong bawah laut itu dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk melancarkan trafik George Town ke Seberang Perai Utara.

Selain itu, beliau berkata, projek itu terpaksa diteruskan kelak memandangkan Kerajaan Pusat beberapa kali menolak pembayaran RM10 juta oleh Kerajaan Negeri bagi mewujudkan sistem pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Kerajaan Negeri konsistan menolak cadangan pembangkang Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan kenderaan ke George Town sebagaimana yang diamalkan di Singapura.

"Pembangunan ini diharap akan membawa kemajuan di SPU...Pulau Pinang bukan Singapura. Pulau Pinang tak mahu ikut (amalan trafik) Singapura. Rakyat seharusnya menikmati kebebasan bergerak.

"Tiap-tiap rakyat berhak masuk ke 'Pulau' (George Town), jangan hanya mereka yang mampu (kaya) sahaja yang boleh masuk. Negeri ini bukan untuk orang kaya saja, tetapi untuk seluruh rakyat Pulau Pinang," tegas Guan Eng yang juga Setiasaha Agung DAP Malaysia.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tol akan dikenakan bagi pengguna terowong bawah laut itu selaras dengan kadar tol yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat ke atas pengguna kedua-dua Jambatan Pulau Pinang kelak.

"Kerajaan negeri tidak mahu dituduh cuba mensabotaj projek kerajaan Pusat sekiranya tidak mengenakan bayaran tol untuk terowong sepanjang 7.2 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.

"Kita tiada pilihan, sekiranya tidak mengenakan tol, Kerajaan Persekutuan ada alasan untuk halang perjalanan projek ini dan mungkin tidak ada orang akan guna Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Mesti ingat, apabila terowong (bawah laut) ini siap, saya tiada lagi. Terowong ini untuk semua anak-anak kita. Mereka lah akan mengucap terima kasih kepada semua kita," ujar beliau.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus