Skip to main content

Posts

Showing posts from March 26, 2013

Umno 'parti Bumiputera' sebab hapus identiti Melayu, kata 'DAP Islam'

Veteran 'DAP Islam', Zulkifli Mohd.Noor mendakwa Umno punca Melayu hilang identiti menurut perlembagaan.Malah, bekas Naib Pengerusi  DAP Kebanggaan itu, Umno didakwa sanggup mengganti identiti Melayu dengan 'Bumiputera' demi membuka keahlian parti perkauman itu kepada bukan Islam dan bukan Melayu di Sabah."Dalam perlembagaan persekutuan sendiri menyebut mengenai hak keistimewaan Melayu. Ada perlembagaan sebut 'Bumiputera'."Umno jatuhkan martabat saya sebagai Melayu semata-mata untuk buka keahlian partinya untuk bukan Melayu dan bukan Islam di Sabah."Nak panggil Melayu, ada pemimpin Umno Sabah berketurunan Sulu, ada beragama Kristian. Alih-alih panggil 'Bumiputera'," ujar beliau dalam satu wawancara baru-baru ini.Difahamkan, Perkara 60 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut, "orang Melayu itu mestilah beragama Islam mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu...".Manakala, Fasal 4 Perlembagaan Umno meny…

Tiada lagi pinjaman 10 tahun untuk penjawat awam selepas PRU13?

SATU draf penstrukturan polisi kewangan yang baru siap dan baru dikemukakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang tadi.Sumber dari pejabat itu mendedahkan, draf itu bukan sahaja menyentuh mengenai penstrukturan tangga gaji yang baru membabitkan anggota tentera sebagaimana diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.Malah, sumber berkata, larangan penjawat awam membuat pinjaman melebihi 10 tahun akan dikuatkuasa serta merta jika pentadbiran Najib kekal di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)."Polisi pinjaman tak melebihi 10 tahun ini akan menjejas penjawat awam yang nak beli rumah, kereta dan lain-lain," ujar sumber menerusi Whatsapp petang tadi.

DAP menang lebih besar jika diharam ROS -Rahmad

DAP lebih menerima simpati rakyat serta akan memang lebih banyak kerusi jika parti masa depan itu diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)."Rakyat Pulau Pinang akan tetap sokong 19 kerusi DAP sama ada calon parti itu bertanding atas tiket parti atau bebas."Jika DAP diharamkan, rakyat khususnya bukan Melayu akan bertambah simpati dan dekat dengan parti itu," ujar Rahmad Isahak di Jelutong lewat petang tadi.Justeru, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) itu berkata, tidak mustahil Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri akan ditubuh sekali lagi oleh calon-calon Bebas pula jika lebih banyak calon DAP bertanding atas tiket bebas serta memang di peringkat DUN dan Parlimen nanti."Tak mustahil Bebas tubuh Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan memang besar di Putrajaya selepas pilihan raya nanti jika ROS tersalah langkah haramkan DAP sekarang," ujar beliau.