27 March 2013
Air mata Izzah, air mata rakyat!
Nurul Izzah menangis selepas menjadi mangsa fitnah Umno. Sanggup fitnah anak muda ini guna video seks lucah.
Dr M ugut Najib lepas jawatan PM demi anaknya?
Tun Dr Mahathir Mohamad terus menggandakan tekanan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak supaya anaknya, Datuk Mukhriz dijanji menjadi Menteri Besar Kedah jika Pas tumbang dalam pilihan raya umum nanti.
Isyarat Dr Mahathir itu antara lain, Najib perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri jika prestasi Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya umum teruk sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu.
"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," ujar Dr Mahathir hari ini.
Adalah ini isyarat sabotaj dalaman Umno?
Sang Kelembai dah merajuk, Umno dalam bahaya...
Rupanya perkiraan Zaharin tak berapa menjadi kerana dia dikatakan tak dicalon di situ. Itulah perkiraan politik Najib yang tak mahukan Zaharin.
Jadi bakal calon yang tak dicalonkan ini seakan-akan melepaskan geram di FB sehingga nak menutup akaun facebooknya dan dia menyebut akan berhenti SU
Koordinator BN Bandar Tun Razak. Kerja siang malamnya tak dihargai, tulisnya. Ini adalah ugutan Zaharin, kalau menjadi dan tuahnya baik mungkin Najib perkirakan semula keputusannya. Lagi, kalau tak menjadi kau undilah Pakatan Rakyat, puas kan!!
Silap Zaharin tak minta restu Rosmah terlebih dahulu!!
'DAP-Islam' cabar ulama Umno debat fatwa haramkan DAP
'DAP Islam' bernama Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus mencabar dua agamawan mesra Umno berdebat mengenai status umat Islam dihukum berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Mereka berdua, Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan).
"Syed Araniri melalui satu surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 dipetik berkata, insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.
"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.
"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana saja saudaraa inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin 'DAP-Islam' berkenaan dipetik dari Facebook.
Malah, 'DAP Islam' itu turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka dalam dunia agama.
Beranikah ulamak Umno berdebat 'hujah lawan hujah' dengan 'DAP-Islam' berkenaan?
Pilih jadi 'jentera biasa' serlahkan che'GuBard berjiwa besar
CHE'GUBARD atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin memilih untuk menjadi jentera biasa dan tidak bertanding di mana-mana kerusi sungguhpun nama pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disebut-sebut sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat di Parlimen Nibong Tebal.
Beliau berkata, usaha menumbangkan rejim Umno lebih diutamakan dan angkata mudanya sedang menuju ke arah itu.
"Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.
"Yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting," ujar beliau dipetik laman sosial Facebook pagi tadi.
Chang Yeow lega penyokong BN P.Pinang sudi sebut "YES"
BN mengaku himpunan mereka disertai 10,000 penyokong, mengalahkan '308' |
Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Teng Chang Yeow dilihat seakan menarik nafas lega dan berpuas hati ekoran rata-rata penyokongnya yang menyertai himpunan baru-baru ini sudi menyebut "Yes" semasa Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu bertanya "Are You Ready For BN?".
Terdahulu, rata-rata warga Pulau Pinang yang menyertai Konsert Gangdam Style PSY sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang menyebut "NO" semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanya soalan yang sama tiga kali, iaitu "Are You Ready For BN?
Tanah Melayu tak selamat jika Umno kembali perintah P.Pinang
Bukti dokumen dedah wajah sebanar Omar & Musa. Klik gambar. |
LEBIH banyak tanah Melayu Pulau Pinang akan digadai sekiranya pemimpin Umno kembali menguasai Kerajaan Negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, insiden 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang dekat Balik Pulau yang digadai oleh dua pemimpin Umno Pulau Pinang sendiri pada tahun lepas patut jadi pengajaran untuk semua rakyat di negeri berkenaan.
GUEN Eng meramahi Melayu. |
PKR 10 minit sandiwara bodoh RTM - Nik Nazmi
Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah media mesra Umno itu dianggap satu penghinaan pada kepintaran rakyat.
"Tawaran masa media 10 minit ini adalah suatu penghinaan terhadap kepintaran rakyat," tegasnya semalam.
Asar di Kg. Komunis
2 Nov 2011
Masjid Kg.Aman, Chulaborn
Tengah asyik bersembang dengan Pak Kob yang lebih dikenali sebagai Mat Amin, azan Asar berkumandang.
Saya bergegas mencari Rumah Allah itu kerana boneka penjajah bernama Umno kata, "komunis tak percaya agama dan anti Islam".
Sementara menunggu Asar, nampak Abu Nawas (baju merah) tengah meramahi Pakcik Hak (baju hijau gelap) dan Pakcik Hatta (baju hijau terang).
Kedua-dua komrad ini menyertai Rejimen Ke-10 sehingga era 1970-an demi membebaskan tanah air Malaysia.
Mereka terpaksa tinggal di sempadan Thailand kerana Umno lebih sanggup jadi boneka penjajah.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...