03 April 2013

Bakhtiar ditipu, Hapus-baRa agen Umno :'pemuda Pas'

Ceramah politik di Flat Perda Teluk Kembar malam ini hampir disabotaj oleh Umno Bahagian Balik Pulau.

Mohd. Bakhtiar  Wan Chik yang disebut-sebut bertanding di Parlimen Balik Pulau atas tiket PKR diarah supaya tidak menyertai ceramah malam ini daripada seorang yang mengaku 'pemuda PAS Kawasan Bayan Lepas'.

Malah, Pengerusi Hapus, Zolkifly Md Lazim, Khairul Ishak (baRa) turut digambarkan sebagai agen Umno yang wajar dihalang naik atas pentas yang sama malam ini.

Namun, usaha sabotaj itu berjaya dihidu oleh seorang veteran Pas Cawangan Tun Sardon lewat petang tadi.


Debat terbuka bantu Najib alih kuasa secara aman - Anwar

'Pakatan Harapan Rakyat'

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, debat secara terbuka antara beliau dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjamin proses peralihan kuasa secara aman.

Kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sebagai reaksi pada kicauan terbaru Najib menerusi Twitter yang menyebut, "Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi."

Anwar berkata, Pakatan rakyat menyahut baik hasrat Najib mahu proses peralihan kuasa secara aman dilakukan semasa Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum nanti.

ANWAR Ibrahim
"Kami bertekad bersama-sama untuk mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan.

"Justeru itu, kami mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 ini," ujar beliau di Ibu Pejabat PKR Malaysia, Tropicana petang tadi.

Tambah beliau, pentadbiran Najib seharusnya memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan negara akan terus bertindak secara profesional dan adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen.

Difahamkan, beliau tidak mahu insiden tidak menentu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah yang dianggap 'Sandiwara Berdarah' baru-baru ini berulang di mana-mana kawasan mengundi sempena musim pilihan raya umum sekarang.

Bersediakah Najib memberi jaminan proses peralihan kuasa secara aman sekarang seperti dituntut rakyat demi menghadapi Umno tewas pilihan raya umum nanti?

Najib ciplak idea 'turun harga kereta' PR - Dr.Dzulkifly

DZULKIFLY Ahmad
DATUK Seri Najib Tun Razak didakwa sanggup mencipta idea 'Turun Harga Kereta' yang dikemuka melalui manifesto Pakatan Harapan Rakyat demi mengelak Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia, Dr Dzulkifly Ahmad berkata, Najib menerima idea Pakatan Rakyat itu dengan mengurangkan 'cukai eksais' sungguhpun bekas perdana menteri itu sebelum ini pernah menyebut "Kita akan kehilangan RM7 bilion setahun dan negara akan bankrap!"

Dzulkifly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat berkata, idea yang boleh dianggap sebagai polisi automotif baru negara itu sebenarnya mampu membawa pulangan 20 peratus setahun untuk lima tahun pertama.

"Dasar Automobil Nasional yang baru akan memuatkan polisi ini," kata Dzulkifly dipetik dari Harakahdaily.

Justeru, katanya, perbuatan ciplak oleh Najib menerusi Ketua Pagawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI) di bawah MITI dianggap sebagai "tidak tahu malu dan muka slamba".

Terdahulu, Najib didakwa menciplak satu lagi idea Pakatan Rakyat, iaitu menghapuskan tol dengan pembelian semula kepentingan PLUS.

Amalan ciplak idea Pakatan Rakyat ini didedah semasa Najib tengah hari tadi baru mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan pada PRU13.

Pak Jabit rancang amuk esok di Balik Pulau sebab Parlimen bubar


Pak Jabit yang berlakon dalam filem komedi romentik "Man Laksa" akan tampil dalam ceramah sulung Pakatan Rakyat esok malam di Pulau Pinang sejurus Parlimen diumum bubar.

Ceramah politik sempena perasmian Bilik Gerakan Pakatan Rakyat itu diadakan berhampiran stesen minyak Petronas Genting, Balik Pulau.

Mohd. Tuah Ismail yang disebut-sebut sebagai calon DUN Pulau Betong turut mengisi pentas politik malam ini.

Turut berkongsi pentas sama, Zolkifly Md Lazim mewakili badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) dan Khairul Ishak (Bantah Anugerah KeRakyatan Asing, baRa).

Sebarkan!


Bubar Parlimen Rabu satu malapetaka!


"Saya takut gelap, saya takut cicak" - Bik Mama

Sultan perkenan DUN Selangor bubar esok - Khalid Ibrahim


Kerajaan Selangor akan dibubar esok selepas mendapat perkenan Sultan Selangor hari ini, kata Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30 petang tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

"Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok, 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang," ujar Khalid dalam satu sidang media awal petang tadi.

Beliau berkata, acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.

Pengumuman terbaru itu sekaligus memberi gambaran bahawa pembubaran DUN Selangor tidak serentak dengan tiga negeri Pakatan Rakyat sebagaimana yang diisyaratkan oleh Lim Guan Eng dalam satu sidang media berasingan hari ini.

Poster Afnan calon Parlimen Kepala Batas di Facebook


Afnan Hamimi Taib Azamudeen yang disebut-sebut sebagai calon PAS bagi DUN Bayan Lepas terus dilobi menerusi Facebook supaya dicalonkan di Parlimen Kepala Batas pula.

Satu poster versetyle pemimpin muda itu dikesan di laman sosial menerusi sokongan avatar Anakmuda Png.

Grup itu cuba meyakinkan pengundi muda bahawa Afnan mampu mewakili suara anak muda Pulau Pinang ke Parlimen.


___________
Berita berkaitan:
Yusni tuduh Pakaq cetus sentimen kaum di FB 'padam', ayah Afnan?
Taib Azamuden tak jadi Ahli Parlimen Baling, Afnan Hamimi?

Kain rentang pro Yusmadi undang amarah 12 JKKK Balik Pulau

Kain rentang simbol sokongan pada Yusmadi atau sabotaj daripada Umno?

KAiN rentang kontroversi menyokong Yusmadi Yusof dikekalkan sebagai calon Parlimen Balik Pulau baru-baru-baru ini mengundang amarah penyokong Pakatan Rakyat tempatan, khususnya dalam kalangan Cina.

Ekoran itu, 12 Cina yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sekitar Parlimen itu mendesak kepemimpinan negeri supaya mencari seorang calon yang lebih berkelayakan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Lima tahun memerintah, takkan tujuh rekod saja. Orang lain jadi YB (Yang Berhormat), lebih 200 rekod," ujar seorang ahli JKKK di Komtar petang tadi.

Sumber berkata, ahli korporat Islamis bernama Mohamad Bakhtiar Wan Chik yang disebut-sebut antara calon di Parlimen itu adalah lebih baik berbanding Yusmadi.

"Anak tempatan patut lebih mesra dengan orang tempatan...anggap Bakhtiar sebagai 'orang luar' tidak cukup kuat untuk mengekalkan Yusmadi," ujar sumber sama.

Terdahulu, sekumpulan anak muda mengugut untuk 'koyak kertas undi' sekiranya Yusmadi tidak dikekalkan sebagai calon bagi parlimen itu.

Mereka mempertahan kedudukan Yusmadi atas alasan mahu mengenang jasa ahli parlimen muda itu memperjuangkan isu setinggan membabitkan saudara-saudara mereka.

Dalam perkembangan lain, Umno Kawasan Balik Pulau dilaporkan lebih yakin Sr Mohamad Farid Saad (bekas Adun Pulau Betong) mampu merampas kembali Parlimen Balik Pulau jika PKR mencatur Bakhtiar sebagai calon.

Parlimen Balik Pulau disenaraikan sebagai 'parlimen pasti menang' dangan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya kali ini.

Polemik Kedah punca bubar Kerajaan Negeri PR serentak tergendala

LIM Guan Eng hari ini berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk memastikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibubar serentak dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang lain pada Jumaat ini.

Justeru, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau akan mengadap Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang di Seri Mutiara, George Town.

Bagaimanapun, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP tidak menjelaskan sebab-musabab Kerajaan Negeri tidak dibubar serentak dengan Kerajaan Pusat seperti dijangka banyak pihak.

Sumber dalaman PAS Pusat memberitahu, beberapa polemik dalam Kerajaan Kedah punca rancangan membubatkan semua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tergendala hari ini.

"Di Kedah, PAS ada dua kepala. Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Mohd Pahrolrazi masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza sekarang dan perlu disamakan sebelum Jumaat ini," ujar sumber semasa dihubungi petang tadi.


Najib percaya BN tewas di Putrajaya, Muhyiddin?


SELEPAS mengumumkan pembubaran Parlimen tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri seakan percaya bahawa Umno Barisan Nasional akan tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sama ada di bawah kepemimpinannya atau Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor MiloSuam.

Justeru, bekas perdana menteri itu menerusi laman sosial twitter berdalih, beliau akan memastikan proses peralihan kuasa secara aman tetap berlaku sungguhpun Umno Barisan Nasional tewas nanti.

"Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi," berkicau Najib sebentar tadi.

Adakah Najib mengantar reaksi dingin kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas digambarkan menerima desakan politik daripada timbalanny itu?

Najib: 2/3 majoriti menang halang Muhyiddin PM

Barisan Nasional perlu menang dengan majoriti dua pertiga sekiranya mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai perdana menteri.

Sekiranya tidak berlaku demikian, timbalannya Tan Seri Muhyiddin Yassin akan mengambil alih kerusi itu sebagaimana yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kami akan gunakan mandat kukuh itu untuk melipatgandakan usaha untuk masa depan yang lebih baik, bermakna dan sejahtera," tegas Najib di Putrajaya tengah hari tadi sambil ditemani Muhyiddin.

Sebelum ini, Najib selalu Presiden Umno memberi amaran akar umbi parti supaya tidak sabotaj mana-mana pihak sungguhpun mereka menyokong mana-mana pemimpin untuk jadi perdana menteri.

Dalam perkembangan lain, sesawang Harakahdaily melaporkan, Bubar hari ini: Tahniah Muhyiddin, desakan anda berjaya.

Undi rakyat mampu tolak kezaliman Umno - Anwar



DATUK Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai perdana menteri ke-7 Malaysia merayu rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mengambi alih Putrajaya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, dengan cara demikian sahaja dapat menghentikan amalan korupsi serta penyelewengan para pemimpin Umno Barisan Nasional yang nyata bakal menghancurkan negara.

ANWAR Ibrahim
"Rakyat adalah kekuatan kita (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kali ini. Pastikan undi tiap-tiap kita adalah undi 'tolak kezaliman Umno'.

"Ini lah masa terbaik untuk rakyat melakukan perubahan...inilah masa terbaik untuk rakyat bersama kami (Pakatan Rakyat) menghentikan segala penyelewengan dan korupsi Barisan Nasional," ujar beliau di Kuala Lumpur.

Tengah hari tadi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberi laluan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

Penamaan calon dijangka pada 14 April depan manalala 27 April dijangka tarikh membuang undi.

Sekat peruntukan Hilmi jadi dendam sabotaj Farid

Grup Sr Mohamed Farid Saad bakal menerima padah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) gara-gara menyekat kesemua peruntukan Barisan Nasional yang sepatutnya diterima oleh grup Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sejak awal bulan lepas.

"Farid (Adun Pulau Betong) boleh sekat peruntukan Datuk Hilmi sebab dia nak jadi calon Parlimen (Balik Pulau).

"Biar bendera PKR saja naik seluruh Balik Pulau sekarang sebab tiada peruntukan untuk Datuk Hilmi.

"Dia boleh kawal peruntukan kewangan Tan Seri Noor Mohammed Yackop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, JPM), tapi bukan keikhlasan kami," kata seorang pemuda Umno kawasan semalam di Titi Teras, Balik Pulau.
Dalam perkembangan berkaitan, tokoh korporat dikenali 'Bakhtiar' disebut-sebut antara calon PKR yang akan bertanding mempertahan kerusi parlimen itu.
Manakala, segelintir anak muda khusus dari Kampung Binjai, di sini pula mengugut koyak kertas undi jika Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof tidak lagi dinamakan sebagai calon di parlimen itu.

"Sabotaj tetap rugi parti jika 'bakal PM' untung" - Ah Jib Gor

DATUK Seri Najib Tun Razak berharap akar umbi parti tidak mensabotaj parti serta menolaknya bak Tun Abdullah Ahmad Badawi jika Umno BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presiden Umno itu berkata, sabotaj dalam parti sebenarnya langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali "mereka yang menangguk di air keruh untuk menjadi perdana menteri" sahaja.

Bagaimanapun, Najib tidak menyebut berkenaan secara jelas selepas sidang media khas pagi tadi di Putrajaya.

Adakah Najib menghantar isyarat tidak langsung kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Parlimen dah bubar, laluan PRU13 - Najib Razak


DATUK Seri Najib Tun Razak akhirnya mengumumkan pembubaran Parlimen melalui sidang media khas jam 11 pagi tadi, sekaligus memberi laluan pada proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presiden Umno itu meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Dalam perkembangan lain, semua Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng sedang mengadakan mesyuarat akhir Exco Kerajaan Negeri di Komtar, George Town serta menanggil sidang media khas pada jam 12.30 tengah hari ini.

Dijangka, DUN Pulau Pinang akan diumum bubar hari ini juga bagi memberi laluan PRU Malaysia, Pulau Pinang serentak.

"Inilah musim pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat begitu yakin mampu menumbangkan Umno BN sebelum diumum Parlimen bubar," komen.

Grup Muhyiddin berjaya paksa Najib umum bubar Parlimen hari ini?

Bakal Perdana Menteri selepas PRU13
Pembubaran Parlimen jika berlaku pagi ini serta memberi laluan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal menguntungkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata penyokong bakal perdana menteri itu.

"Umno akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun hilang beberapa lagi kerusi Parlimen MCA, MIC dan lain-lain.

"Melayu majoritinya masih menerima Umno. Umno kekuatan bagi Barisan Nasional. Tetapi, Muhyiddin akan mengambil alih jawatan PM (perdana menteri) kerana sokongan rakyat terhadap (Datuk Seri) Najib Razak sekarang 'goyang'," ujar sumber menerusi WhatsApp.

Adakah Najib juga bakal menempa nasib yang sama seperti  bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pasca pilihan raya umum lepas?

Bubar Parlimen atau umum kerajaan tanpa pilihan raya selama 2 tahun?

AGONG menurunkan tanda tangan atas surat hasrat Najib.
TINGGAL kurang 30 minit lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman penting dalam satu sidang khas melibatkan semua media arus perdana di Putrajaya.

Bekas perdana menteri itu dijadual ke udara selepas mengadap YDP Agong 9.30 pagi tadi.

Adakah Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan pada berlangsungnya proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hari ini?

Atau, Najib akan mengumumkan kerajaan Barisan Nasional Pusat tanpa pilihan raya selama dua tahun berdalih situasi tidak menentu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini?

Siasat pencerobohan Paya Bakau Balik Pulau, kata Speaker DUN P.Pinang

ABDUL Halim Hussain (empat dari kiri) dengan nelayan dan kakitangan jabatan kerajaan menunjukkan isyarat protes terhadap pencerobohan hutan paya bakau di Balik Pulau baru-baru ini.
PAYA bakau di Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau yang didakwa musnah ekoran projek pembiakan udang mendapat perhatian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain baru-baru ini.

Beliau berkata, kemusnahan paya bakau itu bukan sahaja mengganggu ekosistem di kawasan pantai terdekat, malah, mendedahkan warga setempat pada kemungkinan bencana alam bak Tsunami jika berlaku kelak.

Ekoran itu, enam jabatan serta agensi kerajaan berwajib termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan negeri didesak membuka kertas siasatan bagi mencari dalang di sebalik aktiviti memusnah alam itu,

"Penebangan (paya bakau) itu dipercayai demi kelangsungan projek pembiakan udang. Ia (siasatan) adalah penting untuk memulihara ekosistem bakau seluas 12 hektar yang terletak di sepanjang pantai Balik Pulau (iaitu) antara kolam udang dan laut," tegas beliau selepas mengetuai operasi meninjau kawasan paya bakau berkenaan, di sini.

Beliau berkata, pemilik tanah paya berkenaan pada 11 Mac lepas dilaporkan telah menerima notis perintah berhenti kerja-kerja penebangan pokok bakau daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Saya menganggarkan bahawa lebih daripada empat hektar hutan bakau telah dibersihkan.

"Setelah siasatan telah selesai, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pesalah itu," kata beliau.

Terdahulu, kontroversi 'benteng laut' itu mula didakwa musnah dalam mesyuarat sidang DUN Pulau Pinang lepas.

Beberapa media tempatan melaporkan, sekumpulan nelayan meluahkan rasa bimbang mengenai mata pencarian masing-masing ekoran dari kemusnahan ekosistem di paya bakau tersebut.

Perkembangan terbaru ini sekaligus mencerminkan Kerajaan Negeri cakna alam sekitar sebagaimana dalam kempen "Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat". -END

Najib ke Istana hari ini, Parlimen bubar jam 11 pagi?

Kereta Najib menuju masuk ke Istana Negara yang baru.

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tergesa-gesa datang ke Istana Negara selepas didedah memungkiri janji bertemu DYMM Yang di-Pertuan Agong semalam.

Ekoran itu, tersebar pelbagai spekulasi di dunia WhatsApp, termasuk desas-desus Parlimen diumum bubar hari ini bagi memberi laluan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Khabarnya Najib (Presiden UMNO)  suka nombor 11. Esok, 03.04.13 katanya Parlimen bubar. Kebetulan? 3 + 4 + 1 + 3 = 11. Bubar 11 pagi ini?" - sumber WhatsApp.

Dalam perkembangan lain, Najib turut didedah membatalkan hasrat politiknya mengerjakan umrah di Makkah selama tiga hari bermula hari ini.

Perkembangan terbaru-baru ini mengundang pelbagai cakap-cakap politik dalam kalangan pemimpin pembangkang termasuk Najib didakwa takut tewas pilihan raya umum kali ini.

"Inilah pilihan raya yang menyaksikan bahawa rakyat paling yakin mampu tumbangkan Najib sungguhpun belum menempuhi musim pilihan raya secara rasmi sekarang," ujar Datuk Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap AJK PAS Malaysia.

Saifuddin, Umno gembira Nasruddin Tantawi tanding Parlimen Temerloh

PENCALONAN Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan a-Tantawi di Parlimen Temerloh bukan sahaja menggembirakan Barisan Nasional, malah penyandang kerusi itu Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan rasa yakin dapat mengekalkan mandat semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya menjangkakan PKR akan bertanding di sini kerana mereka telah bekerja keras sejak selepas PRU12 lagi.

"Apa-apa pun BN bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jentera BN telah bersiap lengkap dan para sukarelawan kami bersemangat tinggi," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Shah Alam.

Terdahulu, Nasruddin diumum sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengumuman itu selepas, Nasruddin gagal dicatur di Parlimen Pasir Putih bagi menggantikan wakil rakyat PAS, Muhammad Hussain baru-baru ini ekoran tiada restu dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Aziz disebut-sebut cuba dicatur ke Parlimen Pasir Putih sekarang sungguhpun menerima reaksi dingin daripada PAS Kawasan tersebut.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus