Skip to main content

Posts

Showing posts from April 4, 2013

Fauziah: Mana daftar pemilih rasmi PRU13?

Mengapa Daftar Pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum dipamer kepada khalayak sungguhpun Parlimen telahpun dibubarkan semalam?Ekoran itu, Naib Presiden PKR, Fauziah Salleh hari ini menggesa suruhanjaya segera mengumumkan daftar pemilih yang akan diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang. Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir digazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka, daftar pemilih itu wajar digunakan semasa Hari Mengundi nanti.Pun begitu, katanya, nama pengundi berdaftar yang mati wajar dikenal pasti dan dipotong dari daftar pemilih.

Lelaki misteri boleh undi 4 kali di Perak!

'PROJEK IC PERAK'
Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menolak 8 Tuntutan Bersih, kes seorang warganegara sah boleh mengundi sebanyak empat kali dalam pilihan raya umum ke-13 didedah.

Pemilik blog Perisik Rakyat mendedahkan, daftar pemilih mengesahkan seorang warganegara bernama Mohd Rashid bin Ismail boleh mengundi di dua kawasan parlimen dan dua kawasan Dun dalam pilihan raya depan.

Topeng Perak Unmasked atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Azmi mendedahkan, lelaki misteri tersebut mempunyai memiliki satu kad pengenalan lama, satu kad pengenalan MyKad (kad pengenalan baru).

Manakala satu lagi MyKad didakwa dalam simpanan Jabatan Pendaftaran Negara.
Berikut adalah butir-butir individu.

No Kad Pengenalan Lama: 6397062
No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail

Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah: 

Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR: 
Justeru,…

Ong Siew Chai ada dua kad pengenalan?

'PROJEK IC PERAK'


Ong Siew Chai, seorang pengundi berdaftar di Perak tiba-tiba menjadi perhatian khalayak kerana didedah mempunyai dua kad pengenalan yang sah.

Nombor pendaftaran kad pengenalan pertama beliau adalah 631114-08-6326. Nombor pendaftaran kad pengenalan keduanya pula adalah631114-10-5216.

Pemilik blog Perisik Rakyat mendedahkan, kedua-dua kad pengenalan tersebut telahpun diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara sebagaimana gambar yang tertera di bawah.






Lebih mengejutkan, nama warganegara misteri ini turut disahkan sebagai pengundi di dua Parlimen dan dua Dun di Perak seperti yang disiarkan dalam Semakan Daftar Pemilih online di bawah.

Ini bermakna, beliau seperti Mohd Rashid bin Ismail,Lelaki misteri boleh undi 4 kali di Perakyang didedah semalam.

Blogger berkenaan berkata, unsur penyelewengan tersebut mula dikesan apabila beliau menggunakan nombor kad pengenalan lama Ong Siew Chai, 7170288 untuk membuat semakan di sesawang daftar online JPN dan SPR.

Lanjutan …

Najib tidak sanggup tinggalkan Pekan, tapi sanggup tinggalkan isteri & anak...

ANWAR Ibrahim sanggup meninggalkan kubu kuatnya Parlimen Pematang Pauh sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, tetapi Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga saat ini tidak berupaya meninggalkan Parlimen Pekan yang dikatakan banyak menerima 'pengundi berdaftar' dalam kalangan warganegara Burma.

Blogger Al-Husseyn secara sinikal menulis entri Najib tidak sanggup tinggalkan Pekan, tapi sanggup tinggalkan isteri dan anak ...
Beberapa keretan akhbar seperti di atas dijangka bakal mencuit perasaan pengundi Wanita di negara ini sama ada perlu menyanjung Najib atau sebaliknya.

Balik Pulau pilih pengayuh basikal, bukan sebab kaya - Yusmadi Yusof

YUSMADI Yusoff percaya proses memilih calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau serta dua DUN (Pulau Betong dan Teluk Bahang) lebih mengambil kira sentimen kedaerahan berbanding sentimen kepemimpinan parti negeri.
"Faktor kewangan bukan menjanjikan apa-apa jika itu menjadi ukuran pemimpin parti peringkat negeri sekarang. 
"Calon Umno Senator Datuk Dr Noraishah Mohamad yang bertanding dulu (PRU13) adalah anak tempatan, intelektual, mantan Pengerusi Bank Rakyat, Pengerusi 'Jambatan Pulau Pinang', Pengerusi MyEG yang kaya, tetapi tewas dengan seorang budak kampung.
"Orang kaya pun boleh tewas dengan pengayuh basikal sahaja sebab Balik Pulau politiknya kedaerahan, bukan sentimen kepartian," ujar Yusmadi menerusi telefon petang tadi.
Yusmadi dikenali sebagai peguam muda, penulis dan penganalisis politik global sehingga pernah dipilih sebagai Fellow Hubert H. Humphrey (undang-undang) American University Washington College of Law di Washington D.C serta Fello Demokrasi…

Umno sabotaj billboard sendiri di Permatang Pauh kantoi :Blogger

Selepas dimusnahkan beberapa billboard yang dinaikkan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, cybertrooper Umno memusnahkan pula billboard 1Malaysia.

Blogger Anak Sungai Derhakatidak menolak kemungkinan bahawa tektik kempen terbaru pembangkang di Pulau Pinang itu dilakukan demi menggambarkan Pakatan Rakyat melancaran kempen ganas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 


INI KEMPEN GANAS YANG MACAI UMNO BUAT


INI KEMPEN GANAS YANG MACAI UMNO BUAT UNTUK COVER LINE

'2 April 2012' Bubar Parlimen bukan sebab takut Muhyiddin, dalih Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berdalih beliau cuba genapkan pentadbiran empat tahun dengan memilih 3 April 2013 sebagai tarikh membubarkan Parlimen, lapor Utusan Online.

Dalih Perdana Menteri sementara itu sebagai reaksi pada cakap-cakap politik kononnya beliau menggelabah semalam ekoran diugut oleh timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Najib dalam siaran langsung menyebut, Parlimen dibubarkan pada 3 April 2013, menggamit pelbagai tanda tanya.




PAS P.Pinang umum calon PRU13 malam ini

Dikemaskini 5.30 pm | PAS Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh calon tanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) malam ini, kata pesuruhjayanya Datuk Mohd. Salleh Man.

"Malam ini, saya akan kemukakan pada semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri sebelum kepada media dalam masa yang terdekat," ujar Mohd. Salleh dipetik dari Harakahdaily.

Manakala, pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Hussain pula berkata, petugas parti dinasiatkan supaya tidak lagi memandang ke belakang, sebaliknya terus bekerja dan bertemu pengundi berwajib.

PAS bertanding dua kerusi Parlimen, iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Peringkat DUN pula, PAS bertanding enam kerusi DUN (bukan lima kerusi), iaitu Permatang Pasir, Bayan Lepas, Permatang Berangan, Bertam dan Pinang Tunggal serta Sungai Acheh.
PAS negeri didakwa menolak syarat PKR bahawa Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (AJK PAS Malaysia) bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh sehingga mengakibatkan 'kerusi tradisi PAS' itu diserah kepad…

Takut Muhyiddin mungkin punca Najib enggan umum calon Umno BN awal :Shamsul

Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib mungkin terlalu takut dengan timbalannya, Tan Seri Muhyiddin Yassin sehingga memaksa beliau enggan mengumumkan dengan lebih awam senarai penuh calon Umno Barisan Nasional yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Malah, menurut Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, ketakutan Najib jelas terserlah semasa mengumumkan pembubaran Parlimen semalam.

"Saya percaya keresahan itu membuktikan wujud pelbagai masalah dan konflik dalam Umno BN. Konflik dalaman parti itu akan bertambah parah jika beliau mengumumkan senarai calon lebih awal,” kata Shamsul hari ini di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional mengumumkan hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan diberi kepercayaan bagi mewakili 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN seluruh negara.

Malah, beliau turut melahirkan rasa yakin bahawa Umno Barisan Nasional mampu menang lebih besar berbanding rekod pili…

Paris Hilton, Lady Gaga, Justin Bieber ke P.Pinang demi tebus maruah Najib?

Barisan Nasional khabarnya merancang untuk membawa sekali lagi tiga artis luar negara ke Pulau Pinang dalam musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tiga penyanyi itu, Paris Hilton, Lady Gaga dan Justin Bieber, menurut Barisan Nasional, mampu menebus kembali maruah Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dimalukan oleh warga Pulau Pinang semasa berlangsungnya konsert 'Gangnam Style' PSY sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional baru-baru ini.

Malah, Barisan Nasional yakin, pihaknya mampu 'membeli maruah' pengundi muda untuk memastikan pentadbiran Lim Guan Eng (bekas Ketua Menteri) tumbang dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau Umno sanggup (tebus maruah Najib), mereka perlu berbelanja lebih kurang RM50 juta untuk bawa tiga artis itu ke Pulau Pinang," kata seorang pemimpin muda Umno Pulau Pinang di Bukit Mertajam petang tadi.

Mengaku pro Tan Seri Muhyiddin sebagai perdana menteri, sumber sama berkata, usaha Barisan Nasional di bawah pengerusinya Teng Chang …

Melayu kuda tunggangan DAP, tapi dua Umno untung RM5j sebab tipu tanah 31 Melayu

Hari-hari Umno paksa Melayu percaya bahawa Pas dan PKR akan jadi kuda tunggangan DAP jika Umno tewas di Putrajaya kelak.Tetapi, 9.362 ekar tanah Kampung Terang dekat Balik Pulau milik Melayu terang-terangan ditipu jual oleh dua pemimpin utama Umno di Pulau Pinang tahun lepas.Saya pernah dedah dokumen berwajib, bagaimana dua pemimpin Umno terbabit boleh kaut untung RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan dengan tipu Melayu.Sampai sekarang Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) dan Datuk Umar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Gelugor) terus berdalih selepas terdedahnya entri  'Umno P.Pinang dinasihat jelaskan tarikh sebenar tanah Melayu Kg.Terang selesai dijual'. Akar umbi Umno bolehkah percaya orang semacam Musa dan Omar Faudzar kononnya nak jaga Melayu di Pulau Pinang ini?Umno tak pernah jadi kuda tunggangan siapa pun, tetapi, tanah 31 Melayu sudah kena 'tunggang' oleh dua pemimpin parti kotor itu?DAP di bawah Lim Guan Eng (bekas Ketua Menteri …

Eskey dapat RM20j sebab tak siap projek Jambatan Bengkok

Datuk Shazryl Abdullah berhak menerima RM20 juta sungguhpun projek Jambatan Bengkok dekat Johor Bharu dibatalkan.Panel tiga Hakim yang dipengerusikan YA Datuk Ramly Ali berkata, amaun RM20 juta yang perlu dibayar syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd. dan pengarah eksekutif syarikat itu, Datuk Yahya Abd. Jahil "bukan atas syarat projek itu mesti siap".Eskay sebelum ini pernah menjadi perhatian negara kerana menyertai trio 'Datuk T' yang mengaku menayang klip video seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai demi mempertahan kekuasaan Umno BN dalam pilihan raya umum kali ini.

RM500 bonus kakitangan Kerajaan Perak bukan 'gula-gula pilihan raya', dalih Zambry

MAMPUKAH Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membeli jiwa 8,000 kakitangan Kerajaan Negeri Perak dengan masing-masing diberi bonus RM500 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang?Kira-kira dua jam sebelum DUN Perak diumum bubar semalam, Zambry berdalih, pemberian itu tidak wajar dianggap 'gula-gula pilihan raya', Sebaliknya, beliau berdalih, ia amalan Kerajaan Negeri menghargai kakitangan negeri."Ini adalah menjadi amalan seperti tahun lalu, kakitangan awam negeri menerima pada kadar tertentu dan tidak diumumkan secara terbuka," dalih Zambry di Ipoh.Ekoran itu, pelbagai tanda timbul, antaranya adakah wujud penyelewengan kuasa serta unsur rasuah pilihan raya dilakukan oleh Zambry?Selain itu, jumlah peruntukan bonus yang keseluruhannya RM7 juta itu adakah sah diumumkan oleh Zambry sekarang?Sehingga jam 10.30 pagi tadi, tiada laporan polis atau respons Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan luar biasa Zamb…

Anwar ke Ipoh Timur, Kit Siang ke Gelang Patah simbol setiakawan DAP-PKR

PENASiHAT PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) masing-masing dilihat saling membuktikan semangat setiakawan demi melonjak kemenangan di Perak dan Johor, selain memburu kemenangan di Putrajaya sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kit Siang selaku bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak  baru-baru ini berjaya meminang Anwar untuk bertanding di kawasan parlimennya yang dianggap 'kerusi selamat'.
Langkah mengejutkan itu selepas Anwar memberi laluan untuk Kit Siang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor yang sebelum ini menyaksikan polemik membabitkan kepemimpinan kedua-dua parti di peringkat negeri.
Ekoran itu, Ipoh Timor mengalu-alukan Anwar Ibrahim !, lapor blogger al-Husseyn.
Yang masih menjadi tanda tanya, Siapa pengganti Anwar di Permatang Pauh?

Chang Yeow takut disabotaj di DUN Bukit Tengah?

TENG Chang Yeow hari ini sekali lagi menghantar isyarat supaya akar umbi Gerakan supaya tidak melakukan sabotaj mana-mana calon parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Setiausaha Agung itu berkata, semua pihak terutama yang tidak dicalon lagi di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN seharusnya mengetepikan perbezaan pendapat sesama sendiri demi menumbangkan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai hasratnya untuk bertanding di DUN Bukit Tengah sehingga mengetepikan Dr Lim Boon Han (penyelaras BN DUN Bukit Tengah) dari bertanding di DUN  yang dianggap sebagai 'kerusi selamat' itu.

"Agenda kita sekarang adalah perpaduan kerana dengan cara ini sahajalah kita mendapat kemenangan," dalih Chang Yeow di George Town semalam.

Terdahulu, Chaw Yeow dilaporkan berkata Pengerusi BN P.Pinang pilih Bkt.Tengah, Dr Lim?

Siapa pengganti Anwar di Permatang Pauh?

SIAPA ayam tambatan bagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Permatang Pauh masih menjadi tanda tanya, tetapi penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi tekad untuk bertanding di mana-mana Parlimen di Perak.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, ijtihadnya itu demi melonjak kemenangan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, seterusnya mengambil alih kuasa Putrajaya secara aman daripada Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas perdana menteri).

"Saya mengisytihakan mahu bertanding di Perak. Saya mahu melonjak kemenangan rakyat di sana," ujar beliau hari ini di Petaling Jaya.

Semalam, Anwar sekali lagi mencuit Najib untuk berdebat secara terbuka sekarang.

Cabarannya itu sebagai reaksi pada kicauan terbaru Najib menerusi Twitter yang menyebut, "Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi."

Anwar berkata, Pakatan rakyat menyahut baik hasrat Najib mahu proses peralihan kuasa secara am…

TV3 cover line edit video Najib takut bubar Parlimen

TV3 mesra Umno hari ini didakwa mengedit video asal pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia yang menyaksikan kegelabahan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga menjadi jenaka di alam maya sejak tengah hari semalam.

Dalam klip video asal, bekas perdana menteri itu menyebut Parlimen dibubar pada 3 April 2012, sepatutnya disebut 3 April 2013.

Najib, Presiden Umno dikatakan menerima tekanan daripada timbalanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sampai menyebut:
"Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012”.
VIDEO ASAL NAJIB TAKUT


VIDEO TV3 EDIT COVER LINE NAJIB