HAMPIR 200 pemimpin perbagai peringkat meraikan DUN bubar. |
05 April 2013
Guan Eng gembira rakyat kuasai Kerajaan Negeri hingga DUN P.Pinang bubar
PRU13: Umno, SPR pasang jammer untuk sekat internet P.Pinang?
Pengalaman menyekat letupan info internet dalam beberapa siri demontrasi Bersih dekat Kuala Lumpur menggunakan jammer hampir pasti akan digunakan di Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Seorang pegawai muda Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang enggan namanya diketahui umum berkata, Umno negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengetahui rancangan Pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Jemmer ini akan dipasang di kawasan mengundi serta beberapa lokasi strategik seperti atas menara Umno untuk sekat akses maklumat (menerusi) telefon atau wifi (jalur lebar internet tanpa wayar," ujarnya semalam di Wisma Persekutuan, George Town.
Perkembangan terbaru itu sekaligus memperlihat wujud usaha menyekat kebebasan media sebagaimana dituntut dalam 8 Tuntutan Bersih sempena pilihan raya umum kali ini.
Tuntut 200 bas Pusat lagi untuk terminal baru P.Pinang
KERAJAAN Negeri sementara melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru meluluskan rancangan pembangunan dan pengembangan terminal bas kedua Rapid Penang di Pengkalan Weld, di sini.
Pemangku Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu demi menampung pertambahan bilangan bas yang beroperasi, iaitu sebanyak 350 bus sejak tiga tahun lepas berbanding 150 bus sahaja pada tahun 2007.
"Diharap perkembangan ini akan membantu Syarikat Prasarana dan Kerajaan Persekutuan untuk membawa baki 200 bas lagi seperti yang dijanji dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada tahun 2010," ujar beliau baru-baru ini semasa melawat tapak cadangan pembangunan di sini.
Hadir bersama, pemangku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee.
Beberapa Ahli Majlis bagi MPPP seperti Sr.Mohd. Zahry Shaikh Abdul Rahman, Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Muhammad Sabri Md Osman, Ramlah Bee Asiahoo, Teh Lai Heng dan Zukifli Mohd. Noor turut hadir pada sidang media itu.
Kon Yeow berkata, pengembangan terminal bas baru itu sekaligus mampu menjadikan Pengkalan Weld sebagai salah satu hub pengangkutan awam terbaik apabila dilengkapkan dengan peranan pengangkutan awam laut, seperti feri kelak.
Terdahulu, Rapid Pulau Pinang pada November 2010 mohon daripada Kon Yeow sebidang tanah milik Kerajaan Negeri untuk membina satu lagi terminal bas awam.
Kon Yeow pada 2 Disember tahun yang sama telah mengeluarkan surat persetujuan pada hasrat itu.
Satu perundingan lanjut membabitkan Kerajaan Negeri Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan MPPP bermula pada 3 Januari 2011 hingga Jun tahun lepas.
Hasil perbincangan itu, antara lain bersetuju MPPP menyerahkan tanahnya kepada Kerajaan Negeri melalui CMI selama 30 tahun untuk pembangunan projek awam tersebut.
Ekoran itu, pelan pembangunan terminal baru memenuhi spesifikasi 'George Town Bandar Warisan Dunia' diluluskan pada 5 September tahun lepas.
6 Februari lepas, pelan perancangan pembangunan telahpun diluluskan oleh jawatankuasa berwajib.
che'GuBard ganti Anwar di Permatang Pauh?
Parlimen Permatang Pauh yang dikosong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hampir pasti diisi oleh che'GuBard.
che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ikonik gerakan anak muda jelajah seluruh negara menentang rejim Umno Barisan Nasional belakangan ini.
Itu, cakap-cakap politik dalam kalangan orang tempatan yang menghadiri ceramah kelompok malam tadi di Kampung Besar, Permatang Pauh kendalian Amir Ghazali, Ketua AMK Pulau Pinang.
Beberapa veteran PKR setempat turut memuji Anwar kerana memilih untuk bertanding di Parlimen Lumut yang dilihat 'kerusi tidak selamat'.
Mereka berkata, strategi Anwar memugar Parlimen Perak itu bukan sahaja untuk menyedar keyakinan rakyat terhadap PKR, malah, untuk menggoncang DUN Pangkor yang disandang oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Umno Perak).
Tidak cukup dengan itu, mereka berpendapat, Amir wajar dicatur ke DUN Penanti memandangkan Datuk Seri Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang) diumum bertanding di Parlimen Nibong Tebal.
Perhatian rakyat kini turut menumpu pada kerusi Parlimen Balik Pulau kerana PKR mempunyai banyak calon berwibawa.
Selain Yusmadi Yusoff yang menyandang kerusi Parlimen itu, hartawan Mohd Bakhtiar Wan Chik turut disebut-sebut ke Parlimen itu.
Aktivis Pas yang juga anak tempatan, Zolkifly Md Lazim turut disebut-sebut nama baru di Parlimen itu.
Malam ini, Anwar dijadual umum senarai penuh calon PKR Pulau Pinang di ceramah politik Sungai Ara, Bayan Lepas.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...