09 April 2013

Beli tanah Tanjong Tokong sekaki RM1, kroni untung RM4.05 bilion?

Patutlah Lim Guan Eng anggap Chang Yeow fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebab BN jual tanah sekaki RM1.

Umno P.Pinang jual 940 ekar tanah tebus guna Tanjong Pinang/Tokong pada tahun 1999 dengan harga RM1 sekaki persegi kepada kroni.

Mana ada pemilik tanah nak jual sekaki RM1 semasa itu dan sekarang?

1ekar = 43,560 kaki persegi.

940 ekar?

40,946,400 kaki persegi X RM1 = RM40,946,400

Ertinya Kerajaan Negeri dapat hampir RM41 juta menjual tanah seluas itu kepada kroni Umno.

Tanah Tanjong Tokong pada 15 tahun lepas lebih RM100 sekaki persegi.

Sekarang? Takkan harga RM1 lagi?

RM40,946,400 X RM100 sekaki = RM4,094,640,000 (RM4.1 bilion)


RUGIKAH TENDER TERBUKA TANAH BAYAN MUTIARA?

Jabatan Penilaian Hartanan di bawah Kementerian Kewangan sendiri pada 5 November 2009 menganggarkan harga tanah Bayan Mutiara hanya RM65 sekaki persegi.

Berkat tender terbuka yang dilaksana Ketua Menteri Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri berjaya menjual tanah itu dengan harga RM240 sekaki persegi.

Ertinya, Kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya mendapat untung RM1.07 bilion bagi 102.3 ekar tanah tersebut, termasuk 35 ekar tanah tambakan laut di Bayan Mutiara, Bayan Lepas.

Jika Kerajaan Negeri menjual tanah tersebut secara 'direct nego' dengan kroni, mungkin harganya RM1 sekaki persegi.

102.3 ekar X 43,560 kaki persegi X RM1 = RM4,456,188 (RM4.5 juta)

Kesan tender tertutup jual tanah Bayan Mutiara: RM4.5 juta (anggaran)
Kesan tender terbuka jual tanah Bayan Mutiara : RM1.07 bilion

KESIMPULAN: KRONI UNTUNG LEBIH RM4.05 BILION bagi 940 ekar tanah Tanjong Pinang yang lebih dikenali sebagai Tanjong Tokong. 

Pusat sabotaj P.Pinang selepas 18 bulan dialog rakyat :Guan Eng

LIM Guan Eng (paling kanan) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pengerusi BUCG, Liu Longhua (paling kiri)  pada 28 April 2011, sambil disaksi oleh Perdana Menteri Cina Wen Jiabao (dua dari kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.  | foto: BUCG 

HASRAT Kerajaan Negeri membina empat lebuh raya dan terowong bawah dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang bagi menangani kesesakan trafik menjelang tahun 2020 seakan terus menerima sabotaj daripada pentadbiran pemangku perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, dakwaan itu berdasarkan layan Kerajaan Pusat menolak inisiatif Keraaan Negeri untuk menubuhkan syarikat pengangkutan bas awam hingga membolehkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membeli serta memiliki bas sendiri.

Tambah beliau, hasrat Kerajaan Negeri membayar RM10 juta kepada Rapid Penang setiap tahun sebagai ganti pada perkhidmatan bas secara percuma di seluruh Pulau Pinang pada waktu puncak turut ditolak Kerajaan Pusat.

Malah, beliau menjelaskan Kerajaan Pusat sejak tahun 2006 hingga sekarang masih terus memungkiri janji untuk membina monorel di Pulau Pinang.

"Kerajaan pusat jelas gentar dengan projek ini sehingga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yackop) menentang projek infrastuktur ini berhabis-habisan kerana takut ia akan menampilkan kemampuan kerajaan negeri PR.

"Sama seperti kejayaan Kerajaan Pusat menggagalkan usaha pengangkutan awam di Pulau Pinang, Kerajaan Pusat akan cari jalan sabotaj yang sama," ujar Guan Eng di Komtar, George Town baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ketiga-tiga projek di bawah Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PPIPP) itu sebenarnya mampu melancarkan perjalan trafik, mengurangkan trafik masuk ke pulau serta melonak pertumbuhan ekonomi di Seberang Perai Utara (SPU) dengan adanya terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.

"Demi mengelakkan Kerajaan Pusat (dari) menghalang projek terowong bawah dasar laut, Kerajaan Negeri bersetuju tol dikenakan dengan kadar yang sama dengan Jambatan Kedua.

"Sekiranya tidak ada tol di terowong, Kerajaan Pusat boleh menyaman Kerajaan Negeri (kononnya atas alasan) berniat jahat (hingga) menggagalkan kutipan tol Jambatan Kedua Pulau Pinang," tegas beliau.

Beliau berkata, Keraaan Negeri telahpun membuat keputusan terbaik apabila mensyaratkan tiada jaminan trafik sepanjang 30 tahun perjanjian konsesi tol dimeterai bersama-sama pemaju.

"Kerajaan Negeri telah mencipta sejarah...ini berbeza dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang diberikan untuk tempoh masa 45 tahun dan ada jaminan volume kenderaan, yang bermakna Kerajaan Pusat akan berikan pampasan gantirugi sekiranya bilangan kereta yang gunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak mencukupi," tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng menjelaskan Kerajaan Negeri sejak 18 bulan lepas secara terbuka mendedahkan kesemua info itu melalui dialog serta perbincangan dengan banyak pihak, termasuk rakyat kebanyak.

Dialog secara terbuka atas semangat tadbir urus integriti yang dimaksudkan, katanya, termasuk di dua program interaksi dengan warga setempat di SPU pada bulan lepas.

"(Input dari dialog rakyat) diambilkira sebelum surat perjanjian muktamad dimeteraikan dengan pihak kontraktor (Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd. yang dipengerusikan oleh kontraktor Melayu bernama Datuk Zarul Ahmad Zulkifly).

"Reaksi mereka (rakyat), khususnya anak muda, yang menghadiri pelbagai dialog dan mesyuarat jelas menunjukkan sokongan kuat kepada inisiatif kerajaan negeri PR (Pakatan Rakyat)," tegas beliau.

RM450,000 rata jalan beralun di Bayan Baru

ABDUL Malik Abul Kassim (kanan) dan Lim Hock Seng semasa melawat kawasan pembangunan dilihat saling berbincang langkah mempercepat projek naik taraf jalan raya itu demi keselamatan rakyat.

Sejumlah RM450,000 akan dibelanjakan untuk meratakan jalan beralun berhampiran Hotel Eastin dan Point Kristal dekat Bayan Baru supaya tidak lagi membahayakan pengguna jalan raya.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) di Pejabat Daerah Barat Daya, Azmil Mokhtar berkata, RM150,000 dari peruntukan itu akan dibelanjakan untuk naik taraf 1.5 kilometer jalan dari Bayan Baru menyusur keluar ke Batu Maung.

Manakala, RM300,000 lagi akan dibelanjakan untuk menaik taraf 1.5 kilometer jalan dari susur keluar lebuh Bayan Baru hingga ke 'Jambatan Merah' berdepan dengan Kristal Point.

"Semasa itu, trafik melalui Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu akan perjalanan lebih lancar," kata Azmil semasa melawat kawasan projek baru-baru ini, di sini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung merangkap Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir pada sidang media itu.

Menurut Azmil, kerja naik taraf lain antaranya membina sistem perparitan yang baru demi mengelak air hujan terperangkap di atas jalan utama berwajib tersebut.

Sebelum pada itu, Azmil bersama-sama Hock Seng dan Abdul Malik meninjau beberapa kawasan lompang yang menjadi takungan air di sepanjang jalan tersebut.

"Lompang air serta bahagian jalan raya yang tidak sekata sememangnya mampu mengakibatkan kemalangan di jalan raya tersebut," ujar Abdul Malik.

Difahamkan, perbelanjaan pembangunan Kerajaan Negeri antara tahun 2008 hingga 2011 berjumlah RM743.4 juta, berbanding empat tahun sebelumnya (2007 hingga 2004) yang berjumlah RM444.5 juta.

Peningkatan sebanyak 67.2 peratus atau RM298.9 juta itu meliputi kerja naik taraf infrakstruktur jalan, longkang, taman hijau, dewan orang ramai, pasar dan sekolah-sekolah.

RM1.5 juta bina sistem parit, taman elak banjir kilat :Guan Eng

LIM Guan Eng dikerumuni oleh murid-murid SJK (C) Kwang Hwa kerana untuk mendapatkan tanda tangan kenang-kenangan sebelum pemangku Ketua Menteri itu meninggalkan kawasan sekolah.

PEMULiHAN semula taman permainan lengkap dengan sistem perparitan cegah banjir berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Hwa, Jalan Raa Uda, Butterworth menelan belanja kira-kira RM1.5 juta peruntukan Kerajaan Negeri.

Pemangku Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini berkata, Keraaan Negeri memilih kontraktor tempatan melalui tender terbuka demi integriti politik di negeri berkenaan.

Menurut Guan Eng, kerja-kerja pembangunan di tapak seluas 7,000 kaki persegi itu bermula pada 15 Mac lepas.

Tambah beliau, kawasan penepatan serta sekolah berkenaan seringkali menerima banjir kilat ekoran tiada sistem perparitan yang baik.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri berharap projek pembangunan itu boleh siap dalam tempoh enam bulan demi kepentingan rakyat setempat.

Pemangku Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng serta Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut menyertai lawatan kerja Guan Eng itu.

Sebelum pada itu, Guan Eng menyertai satu program amal bersama-sama pelajar sekolah rendah berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan itu dikeremuni serta diramahi oleh pelajar-pelajar, sambil diminta tanda tangan kenang-kenangan sebagai tanda cakna Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas dihargai. -END

Falsafah Hapus Tol menurut TG Hadi Awang


Muhyiddin 'bakar' Najib selepas Bloomberg lapor Aku Janji BN ciplak Manifesto PR?

Gambar tekap Berita Harian.

[Youtube] Melaka kembali percaya Umno sebab 1Mamak!!!

10 siswi, 110 pelajar jayakan kempen Hijau Penaga

AYUFARHANA Arifin (empat dari kiri) bersama-sama sukarelawan siswi USM bertindak sebagai fasilitator program memulihara alam di Penaga baru-baru ini.

LEBiH 10 mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) serta 110 pelajar sekolah rendah sekitar kawasan DUN Penaga menyertai program kempen memulihara alam sekitar kendalian Penang Gree Council (PGC) baru-baru ini.

Program itu dirasmikan sendiri oleh pemangku Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman.

SURAYAHANI Mohd. Yusof (kiri) dan Ayufarhana Arifin.
Surayahani Mohd. Yusof, 27, calon sarjana perancangan bandar di USM semasa ditemui melahirkan rasa syukur kerana dipilih menjadi fasilitator program tersebut.

"Mula-mula sekadar mengisi masa lapang saja. Lama-kelamaan, program sukarelawan macam ini timbul kesedaran pula, ujar Surayahani di Dewan JKKK Penaga, di sini.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Ayufarhana Arifin, 25, calon sarjana perancangan bandar, sama seperti Surayahani.

"Latar belakang saya ini menyebabkan saya minat dengan alam sekitar. Sebelum ini pun, saya sudah menyertai program-program sebegina seperti sifar sampah, sejam tanpa tenaga elektrik dan sebagainya di USM," ujar beliau.

Sebelum pada itu, Mansor berkata, insiatif PGC dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) setempat mengadakan program kesedaran membabitkan pelajar sekolah rendah cukup bermakna bagi Kerajaan Negeri.

Ini kerana katanya, kempen 'Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat' yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri sejak beberapa tahun lepas mampu meniup kesedaran kepada waris-waris pelajar berkenaan.

MANSOR Othman ditemani Rosidi Hussein (berkopiah) ramah.
"Program ini khususnya untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dari sekolah rendah. Mereka ini dipilih oleh JKKK.

"Penyertaanya bagus sebab PGC sasar 100 orang sahaja, tetapi, yang datang lebih.

"Saya lihat, ada waris turut serta dalam beberapa aktviti pagi ini kerana meneman anak mereka," ujar beliau semasa merasmikan program itu.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga, Rosidi Hussein turut serta dalam program tersebut.

Aktiviti menanam pokok redup serta majlis penerangan mengenai pripenting menjaga alam sekitar antara aktiviti menarik dalam program sehari sepetang itu.

Najib dah gadai tanah air kepada Singapura, Umno nak pertahan tanah Melayu P.Pinang lagi?


TUN Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri pernah mengarahkan DUN Selangor bersidang sebab arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor kata, "kita akan lelong Putrajaya kembalikan duit yang Dr Mahathir bazirkan ini."

Dr Mahathir tak mau Selangor tumbang dalam PRU1999 disebabkan isu Anwar Ibrahim dipecat dari PM.

Jalan yang ada, sebidang tanah bernama Putrajaya mesti digazetkan sebagai satu lagi Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana, Kerajaan Negeri berkuasa dalam hal tanah, tidak dapat tidak, tanah Putrajaya itu terpaksa digazet di Sidang DUN serta telahpun diperkenan oleh Sultan Selangor.

Itu cerita hak Persekutuan dan hak Negeri menurut Perlembagaan 

Senarai Persekutuan antanya berkuasa dalam hubungan luar negara dan keselamatan dalam negeri.

Sebab itu, isu-isu mengenai dua hak ini selalunya dirujuk ke Parlimen, khususnya di Dewan Rakyat sebelum sebuah Kerajaan Pusat mengambil tindakan wajar.

Tetapi, Datuk Seri Najib Tun Razak tak pernah rujuk kepada Dewan Rakyat, tiada satu pun minit menyuarat Kabinet Malaysia serta tanpa perkenan YDP Agong telah menyerah buta-buta sebidah tanah negara milik KTM kepada Singapura.

Umno Pulau Pinang tak payah bersandiwara kononnya pertahan tanah Melayu dari dijual Cina DAP kalau ketua hangpa tuuu (Najib) terang-terang 'jual kedaulatan' negara kepada Singapura.

Presiden Umno itu bukan setakat khianat Melayu, bahkan, semua rakyat berbilang kaum patut rasa dikhianati Najib sebab dia serah tanah negara kepada negara asing secara haram!  

Bloomberg tak perlu jadi Hakim bagi Aku Janji saya, isyarat Najib Razak

DATUK Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan meminta rakyat sendiri menilai serta menghakimi manifesto Barisan Nasional yang dikenali sebagai Aku Janji.

Reaksi pemangku perdana menteri itu semasa Bloomberg lapor 'Aku Janji' Najib ciplak Manifesto Anwar.

Najib yang juga Presiden Umno berdalih, rakyat tidak perlu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya mengenai manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

Ini kerana, beliau berdalih, rekod pentadbiran BN selama empat tahun ini yang kononnya berjaya serta sifar rasuah cukup untuk membeli keyakinan rakyat.

“Mengubah semata-mata untuk melihat perubahan adalah sesuatu yang tidak bijak.

"Sebaliknya, kita perlu bawa perubahan yang bakal menghasilkan manfaat yang jauh lebih besar berbanding keadaan semasa yang kita ada,” dalih Najib semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Terdahulu, Najib berkicau di laman sosial Twitter bahawa beliau bersedia memastikan proses peralihan kuasa dilakukan secara aman jika Umno BN tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Kicauan itu membayangkan seakan Najib percaya BN tewas di Putrajaya, Muhyiddin?

Sebelum itu, Najib Razak sedia saksi Umno BN 'kalah' PRU13, lapor Buletin TV3

Anwar yang disebut-sebut sebagai 'perdana menteri dalam penantian' dalam satu reaksi spontan berkata, Debat terbuka bantu Najib alih kuasa secara aman.

Muhyiddin bimbang majoriti 460,000 guru undi protes BN

460,000 guru, termasuk 9,188 guru di SJK Tamil dirayu mengundi Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemangku Timbalan Perdana Menteri itu berdalih, masa depan negara lebih terjamin jika kesemua kakitangan kerajaan dalam sektor pendidikan itu menyokong Umno Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Walaupun cikgu atau pun pegawai, adalah tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi, jangan berdiam diri dan katakan tidak perlu kerana BN mesti menang...Kita bimbang BN boleh kalah," ujar pemangku Menteri Pelajaran semalam di Klang.

Sumber dalaman kementerian yang diteroka memberitahu, tinjauan awam di sekolah baru-baru ini mendapati rata-rata guru bukan sahaja bosan dengan senario politik negara, bahkan, bosan dengan lambakan tugas pentadbiran di sekolah masing-masing.


Ustaz Faisal ayam tambatan Umno di Pmtg.Pasir

USTAZ Faisal, anak bekas Adun Penanti Yahya Jamaluddin disebut-sebut sebagai 'ayam tambatan' Umno bagi merampas kerusi DUN Permatang Pasir yang dianggap sebagai kubu kuat Pas.

Sekiranya Datuk Mohd. Salleh Man dikekal bertanding di DUN Permatang Pasir sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu bakal bersabung dengan 'Ustaz Umno' berkenaan.

"Haji Yahya dikenali sebagai calon bersih. Ustaz Faisal pula ada ketokohan sebagai 'orang agama'," ujar seorang pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh lewat malam tadi.

Arwah Hamdan Abdul Rahman (pesuruhjaya Pas negeri) bertahan selama dua penggal sejak tahun 1999 sebelum diganti oleh Mohd.Salleh melalui Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir pada tahun 2009.

Mohd. Salleh mendapat majoriti undi 4554 dan yakin mampu mengekalkan bilangan majoriti itu sungguhpun dikhabarkan menerima pertikaian hebat daripada akar umbi Pas dan PKR setempat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus