10 April 2013

PJ Pas umum Yusni calon, punca 3 penjuru Sg.Acheh

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man baru mengumumkan Ketua Pemudanya, Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

Pengumuman itu sekaligus mengakibatkan pertandingan tiga penjuru ekoran PKR turut mengumumkan che'GuBard sebagai calon di kawasan DUN yang sama untuk menentang Umno.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

SPR jangan jadikan PRU13 'mee segera 10 minit' :Guan Eng


TEMPOH kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selama 15 hari sebagaimana yang diumum oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengecewakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tempoh kempen sepatutnya 21 hari sebagaimana yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sejak beberapa tahun lepas.

Bagaimanapun, pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata rakyat akan terus menilai SPR berdasarkan proses pelaksanaan demokrasi pilihan raya bermula Hari Penamaan Calon pada 20 April ini hingga 5 Mei depan, iaitu Hari Buang Undi.

"Saya rasa kita (rakyat) agak dukacita bahawa tuntutan sekurang-kurangnya 21 hari (tempoh berkempen) tidak ditunaikan.

"Memandangkan mereka telah mengumumkan itu tarikh, kita (Pakatan Rakyat) nak melihat bagaimana SPR boleh memastikan kebebasan diberikan kepada semua," ujar beliau di Komtar, George Town petang tadi.

Pemangku Exco Kerajaan Negeri yang juga wakil PKR, Datuk Abdul Malik Abul Kassim turut hadir pada sidang media itu.

Guan Eng berkata, tuntutan 21 itu adalah wajar memandangkan Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen menggunakan media arus perdana seluas Barisan Nasional sekarang.

Ekoran itu, katanya, langkah SPR mengumumkan tambahan dua hari lagi adalah masih tidak memadai.

Guan Eng turut mempertikai amalan pentadbiran pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membenarkan hanya 10 minit untuk rakaman manifesto Pakatan Rakyat diudarakan menerusi media arus perdana.

"Ini amat menghina bukan sahaja pada proses pilihan raya, bahkan proses demokrasi dan kebebasan media.

Kita berharap SPR boleh bersama-sama mempertahankan kebebasan ini, bukan sekadar 10 minit sahaja.

"10 minit (di udara), adakah mee segera? (Kempen PRU13) ini bukan mee segera. Ini bukan pilihan raya segera. Bukan sekadar 15 hari sahaja," tegas beliau

"Pemuda tak kisah Sg. Acheh 3 penjuru asalkan Yusni calon PAS"

Pesuruhaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man petang tadi didesak untuk segera mengumumkan Yusni Mat Piah sebagai calon bagi kawasan DUN Sungai Acheh.

Desakan itu disuarakan oleh beberapa pemimpin sayap pemuda parti semasa berlangsungnya satu mesyuarat negeri, dedah seorang pemimpin tinggi PAS Kawasan Permatang Pauh.

"Di (DUN) Pinang Tunggal pun tak naik nama Yusni. Pemuda PAS desak sebab Ketua Pemuda mereka tiada kerusi lagi," ujar sumber menerusi telefon petang tadi. 

Mereka berkata pemuda tidak kisah berlaku pertandingan tiga penjuru di Sungai Acheh memandangkan DUN itu dianggap 'kerusi tradisi PAS'.

Lewat malam tadi, Naib Presiden PKR merangkap pemangku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai che'GuBard sebagai calon di DUN Sungai Acheh.

Mansor yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, che'GuBard bersama-sama angkatan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diharap mampu melonjak kemenangan parti bagi merampas DUN itu daripada Umno.

Semasa banyak pihak menyebut-nyebut che'GuBard sebagai 'timbalan ketua menteri I dalam penantian', mampukah Mohd Salleh tunduk pada desakan pemuda PAS hingga mencetus pertandingan tiga penjuru di DUN mampu menang itu?

Lady Gaga tak jadi ke P.Pinang, BN jemput penyanyi lain tebus maruah Najib



Barisan Nasional tak jadi membawa Lady Gaga dan beberapa penyanyi antarabangsa lain ke Pulau Pinang, lapor akhbar Guang Ming hari ini.

Akhbar berbahasa Cina melaporkan, dua lain, Mayday (Taiwan) dan Wong Fei (Hong Kong) turut tidak hadir pada persembahan 20 April ini.

Penganjur, 1 Malaysia For Youth (1M4Y) dilaporkan berkata, Sandy Lin (Hong Kong) dan Grass Hopper (Hong Kong) akan mengisi pentas di Sekolah Chung Ling, George Town.

Dua penyanyi tempatan, Sheila Amzah dan Ning Baizura turut diumum sertai konsert BN kali ini.

Terdahulu, Barisan Nasional didedah merancang Paris Hilton, Lady Gaga, Justin Bieber ke P.Pinang demi tebus maruah Najib? sebelum pilihan raya umum.

Mereka sudah mahu menebus kembali maruah Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dimalukan oleh warga Pulau Pinang semasa berlangsungnya konsert 'Gangnam Style' PSY sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional baru-baru ini.

Are you ready for Najib?

Penamaan Calon 20 Apr, 5 Meib mengundi :SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru mengumumkan Sabtu, 20 April sebagai Hari Penamaan Calon.

Manakala, 5 Mei depan sebagai Hari Buang Undi.

Jelajah 'Tolak BN' di P.Pinang Zohor, siswa intai Kepala Batas?

JELAJAH Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dilaporkan baru tiba di Pulau Pinang,

Zafril, jurucakap badan gabungan itu berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan interaksi dua hala dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri  sebagai persiapan kempen menolak Umno Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

Pertemuan dijadual Zohor ini di sekitar Komtar, George Town yang menempatan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri.

Khabar angin bertiup beberapa pemimpin dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) petang ini mengintai prospek kempen di Parlimen Kepala Batas.

Perkembangan terbaru itu sebagai reaksi pada Pengerusi Jingga 13, Cikgu Fariz Musa yang diumum bertanding atas tiket PKR di 'parlimen sasaran mahasiswa', iaitu Pekan.

Pekan, kini disandang oleh pemangku perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

Husam mahu PAS jadi 'anak kunci' Putrajaya

NOTA DARI FACEBOOK

Husam Musa ke Putrajaya bagai kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk kota Konstantinopel.

Kejayaan Sultan Muhamad al-Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul menjadi motivasi kita untuk yakin dan percaya bahawa Putrajaya juga akan menjadi milik kita. 


Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar Putrajaya milik kita.


"Saya tak gentar ke Putrajaya"

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak gentar untuk bertanding di kerusi parlimen Putrajaya walaupun ramai yang menjangkakan kerusi itu akan 'mematikan' beliau.

Husam ketika memberi ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai calon di Putrajaya mengakui kerusi yang diamanahkan itu sukar untuk dimenangi, namun baginya ia dilihat satu cabaran yang besar dan perlu digalasnya dengan bijak.

P125 Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menenangi kerusi ini pada PRU 2008 dengan majoriti sebanyak 2,734 undi.

"Dia seorang setiausaha agung, seorang yang strategis dan tokoh yang hebat. Walaupun cabaran yang berat, saya cabar untuk berikhtiar biar Putrajaya diwarnakan dengan warna yang sesuai dengan rakyat.

"Di bawah lembayung kehidupan tidak salah untuk mencuba," tegasnya.

Katanya, trend sekarang adalah trend untuk perubahan dan memerlukan beliau menggariskan strategi ke atas Putrajaya yang bukan sahaja kerusi parlimen tetapi sebagai pusat transformasi negara.

Husam turut menerima nasihat daripada kalangan ahli parti agar beliau tidak bertanding di kerusi Putrajaya kerana ia tidak selamat buatnya.

"90 peratus mereka yang berjumpa dengan saya menasihatkan saya jangan pergi (Putrajaya) sebab saya akan 'mati'. Bagus juga macam itu, sebab ramai yang akan doakan saya hidup," katanya.

Bagaimanapun beliau akur, dengan keputusan parti walaupun terpaksa meninggalkan negerinya tetapi beliau gembira apabila orang Putrajaya menyambut kedatangannya di sini.

"Saya gembira kerana penduduk Putrajaya anggap saya calon yang sesuai. Nama saya naik empat kali di Putrajaya, "katanya.

Langkah pertama sebaik sahaja diumumkan akan bertanding di Putrajaya, Husam berkata beliau akan berjumpa dan melawat penduduk yang terdiri daripada kakitangan awam untuk mengetahui apa aspirasi dan masalah mereka serta isu yang akan beliau perjuangkan.

Husam turut menasihatkan agar tidak ada bendera parti di jalan-jalan protokal di sekitar Putrajaya kerana menghormati pusat itu sebagai kota pentadbiran kerajaan.

Mansor umum che'GuBard tanding Sungai Acheh, PAS?

che'GuBard
Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin bertanding di kerusi DUN Sungai Acheh.

Mansor yang juga pengerusi PKR Pulau Pinang merangkap pemangku Timbalan Ketua Menteri I itu berkata, pencaturan pendiri Solidariti Anak Muda Maaysia (SAMM) itu diharap mampu melonjak sokongan rakyat untuk menewaskan Umno di kawasan DUN itu.

"Parti berharap pemilihan beliau ini akan berjaya membawa perubahan kepada KADUN Sungai Acheh dan seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Umum," SMS pegawainya 10.30 malam tadi.

che'GuBard sebelum ini disebut-sebut bertanding di Parlimen Permatang Pauh bagi melengkapkan strategi Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di mana-mana Parlimen sekitar Perak.

Anwar akhirnya dilaporkan tunduk pada desakan penyokong-penyokong tegarnya untuk sekali lagi bertanding di Permatang Pauh sehingga menggendala percaturan che'GuBard ke 'kubu kuat PKR' itu sempena pilihan raya umum ini.

Terdahulu, Harakahdaily baru-baru ini melaporkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man bahawa PAS akan bertanding di dua Parlimen (Tasek Gelugor dan Kepala Batas) serta enam DUN, termasuk Sungai Acheh.

Mampukah che'GuBard yang dicatur ke kerusi 'tradisi PAS' itu berdepan dengan kemungkinan perbezaan pendapat antara PAS dan PKR jika status pencalonnannya itu menjadi polemik kelak?

Sumber PKR tempatan berkata, che'GuBard sudah mempunyai tapak sokongan tersendiri kerana anak muda itu atas angkatan SAMM sudah lama berkubu di situ demi mempertahankan kemenangan Parlimen Nibong Tebal, tetapi Mansor diumum sebagai calon bagi parlimen itu.

Parlimen Nibong Tebal terdiri oleh Jawi, Sungai Bakap dan Sungai Acheh. PKR menawan Nibong Tebal sebelum penyandangnya Tan Tee Beng mengisytihar keluar parti serta menjadi BEBAS beberapa tahun lepas.

Maktar Shapee dari PKR turut menawan Sungai Bakap. Jawi diwakili DAP, manakala, Sungai Acheh kekal dikuasai Umno BN semasa pilihan raya umum lepas.

Dalam perkembangan lain, PAS Kawasan sebelum ini disebut menuntut Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa supaya bertanding di DUN Sungai Acheh.

Difahamkan, DUN Sungai Acheh berada dalam Parlimen Nibong Tebal, iaitu bersebelahan dengan Parlimen Parit Buntar yang disandang oleh Mujahid dalam pilihan raya umum lepas.

Mereka berpendapat, Mujahid masih relevan di Sungai Acheh atas alasan anak kelahiran Pulau Pinang itu yang berwibawa di sini akar umbi PAS serta warga setempat di parlimen itu.

Semasa rundingan berlangsung, PKR negeri turut didedah meletakkan syarat bahawa pihaknya bersedia untuk menyerah kembali kerusi DUN Sungai Acheh dengan syarat Mujahid 'dibawa pulang' bertanding di kerusi mampu menang tersebut.

Cadangan serta syarat itu kemudiannya dipanjangkan ke peringkat PAS Pusat, namun menerma reaksi dingin daripada PAS negeri di bawah Mohd Salleh.

Informasi terbaru yang diteroka 8.00 pagi tadi memberitahu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Md. Piah turut cuba dicatur bertanding di DUN Sungai Acheh melalui pengaruh Afnan Hamimi Taib Azamudeen (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, DPPNPP).

"Hangpa tau tak Afnan Hamimi cadang Yusni Mat Piah jadi calon kat Sungai Acheh. Ramai orang PAS tempatan kecewa. Asal, Zambri calon, alih-alih anak Mat Piah naik nama.

"Tak dak dah ka tempat lain yang mau dia ni. Esok, PAS mungkin umum calon di Sungai Acheh," SMS seorang AJK Pemuda PAS Kawasan berkenaan.

Pilihan raya umum lepas, calon PKR Dr Azhar Ahmad tewas dengan penyandang, Datuk Mahmud Zakaria dengan majoriti 250 undi sahaja.

Sungai Acheh pernah dianggap sebagai 'kerusi PAS' kerana calon parti itu,

Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 menyaksikan calon PKR, Dr Ismail Salleh pernah bertanding serta tewas di tangan calon Umno BN, Mohd Foad Mat Isa dalam PRU11 dengan majoriti undi 3,193.

Mampukah che'GuBard menjadi kekuatan terbaru untuk merampas kerusi DUN Sungai Acheh?

Cakap-cakap politik dalam Kerajaan Negeri sementara sekarang meletak harapan bahawa che'GuBard mampu menjadi 'suara vokal Melayu Pakatan Rakyat' dalam sidang DUN Pulau Pinang kelak jika menang dalam pilihan raya ini. -END

Pro Yusmadi ancam konvoi protes Bakhtiar Sabtu

12 anak muda pro Yusmadi Yusof dalam satu pertemuan di JDM Sungai Rusa, Balik Pulau malam tadi dilaporkan meluahkan hasrat untuk melancarkan konvoi bermotor Sabtu ini bagi memprotes pencalonan Mohd Bakhtiar Wan Chik.

Saksi memberitahu, kehadiran Muhd Anuar Hamid mewakili PKR Negeri turut disalah faham oleh grup anak muda itu.

Muhd Anuar selaku bekas Setiausaha Sulit bagi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman; yang kini ditaklif mengepalai Yayasan Islam Pulau Pinang (YiPP) sebenarnya datang ke majlis malam tadi untuk menjernihkan semula perbezaan pendapat dalaman PKR Balik Pulau.

"Mereka tidak mahu Bakhtiar sebab calon PKR itu 'orang luar'. Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN Pulau Pinang merangkap Ketua Cabang Balik Pulau) ada, Mohd.Tuah Ismail (Pegawai Penyelaras Kadun Pulau Betong) ada.

"Yusmadi lebih berkaliber berbanding Bakhtiar sebab dia anak tempatan," ujar saksi awal pagi ini.

Saksi berkata, konvoi protes itu dirancang pada Sabtu ini bermula dari Akademi Rakyat dekat Genting, Balik Pulau sebagai mengenang jasa pendirinya, iaitu Yusmadi.

Dalam perkembangan lain, polemik siapa calon Balik Pulau berlakangan ini dilaporkan tidak mematah semangat  Bakhtiar untuk mempertahan Parlimen itu sempena saingan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bakhtiar yang mempunyai tokoh dalam gerakan Islamis JIM petang tadi dilaporkan mula bertemu kenalan lama untuk mengampuh jentera sokongan.

"Bakhtiar bertanya: siapa taja program-program kebajikan Zolkifly (Md Lazim) di Balik Pulau?

"Dia (Zolkifly) ini, semua tempat kenal sebab program kebajikan dia di seluruh Malaysia, bukan di Balik Pulau saja.

"Bakhtiar kata Zolkifly berpakat (dengan) Yusmadi. Jaafar (Pegawai Khas Yusmadi) kata Bakhtiar berpakat dengan Zolkifly," ujar sumber di Restoran Kongsi, Balik Pulau awal pagi tadi.

Umno Balik Pulau bangga Yusmadi menang dengan undi mereka

Umno Balik Pulau turut mengakui Parlimen yang pernah disandang Yusmadi Yusoff sangat kuat dengan politik kedaerahan.

Namun, veteran Umno yang mahu dikenali sebagai 'Abang Lan' berkata Yusmadi akan kalah jika saingannya adalah Sr. Mohamed Farid Saad (pemangku Adun Pulau Betong) bagi kerusi Parlimen Balik Pulau sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Orang luar yang boleh menang hanya peguam Farid Ariffin seorang sahaja PRU1990 atas tiket Umno, itu pun sebab gambar (calon Semangat 46) Tunku Razaleigh Hamzah pakai tengkolok salib tersebar.

"Yusmadi menang (PRU12) bukan sebab kekuatannya, tetapi, sebab undi kami (daripada) orang-orang Umno," ujar veteran itu awal pagi tadi di warung tomyam Sg.Batu, Balik Pulau.

Nada yang sama turut diakui oleh seorang lagi veteran, yang mahu dikenali sebagai 'anak Abdul Rahim'.

Lelaki separuh abad itu berkata, beliau yakin Farid boleh memenangi kerusi itu.

"Farid boleh bawa 'perubahan' (menang) jika bersabung dengan calon 'orang luar'.

"Dulu (PRU12), kami (penyokong Umno) undi Yusmadi. Pilihan raya kali ini (PRU13) mungkin giliran orang Pakatan Rakyat kempen Balik Pulau pula undi Farid.

"Majoriti (pengundi) Balik Pulau ini memang unik sedikit kerana hanya terima calon anak tempatan," ujar sumber dalam satu reaksi berbeza.

Responden berkata, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak mahu merampas Balik Pulau sempena pilihan raya kali ini jika Yusmadi kembali dicalon semula bertanding atas tiket PKR.

"Hilmi (pemangku Adun Telok Bahang) 'muka lama' yang pernah menang di Parlimen ini. Umno pun nak lihat 'muka baru'.

"Bakhtiar 'muka asing' sebab dia orang luar. Yusmadi 'muka lama' pula. Cari lah muka baru daripada anak tempatan.

"Zolkifly (Md Lazim) pun boleh menang sebab dia 'muka baru' dan anak tempatan. Tetapi, dengan syarat kami (pengundi Umno) lah kena undi dia.

"Tengok lah dulu, Umno letak 'muka lama' atau 'muka baru'. Silap letak calon, sejarah Yusmadi berulang," seloroh Anak Abdul Rahman.

Tunas itu, kedua-dua responden Umno  berkata, anak tempatan yang memenuhi kriteria 'calon rentas parti' akan menentukan menang-kalah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Parlimen itu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus