Skip to main content

Posts

Showing posts from April 11, 2013

Edar Bible Melayu rupa-rupanya 'Amanat Najib Razak'

AMANAH Najib Razak mengedar Bible Bahasa Melayu diharap akan turut diedar di Pulau Pinang.


Guan Eng nasihat PKR, PAS bincang elak Sg.Acheh 3 penjuru

Sidang media Pakatan Rakyat Pulau Pinang pagi ini tanpa kehadiran Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man dan Datuk Mansor Othman (Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Negeri) menggamit pelbagai tanda tanya.
Rata-rata wartawan yang hadir menelah, ketiadaan kedua-dua pemimpin itu ekoran polemik pertandingan tiga penjuru DUN Sungai Acheh yang membabitkan kedua-dua parti itu..
Mohd. Salleh mengumumkan Yusni sebagai calon malam tadi di Markaz PAS negeri, Pongsu Seribu semalam. Manakala, Mansor mengumumkan che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sebagai calon sehari lebih awal dari PAS.
Mengulas mengenai hal itu, Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan kepemimpinan PAS dan PKR supaya saling berbincang di peringkat tertinggi bagi menyelesaikan konflik kepentingan di DUN Sungai Acheh.
"Ini juga saya baru tahu semalam. Perbincang kerusi secara dua hala, kita tak bincang ketiga-tiga sekali (PKR, PAS dan DAP). Jika PAS berbinca…

Pro Yusni, che'GuBard dingin hingga boikot demo pertahan Guan Eng?

Demontrasi NGO dan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Komtar, George Town pada petang Jumaat ini bagi menyokong pentadbiran pemangku Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mungkin menerima reaksi dingin Pemuda Pas Pulau Pinang.Malah, wakil Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) awal pagi tadi memberitahu, demontrasi yang dikepalai oleh che'GuBard mungkin akan diboikot penyokong Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda Pas negeri)."Yusni, che'GuBard sama-sama bertanding dengan Umno tiga penjuru di DUN Sungai Acheh. Mungkin (pemuda) Pas boikot sebab che'GuBard ketuai demontrasi sokong Guan Eng," ujar pemimpin Pemuda Penang menerusi telefon pagi tadi.