12 April 2013

Islam, umat P.Pinang untung sebab DAP demokratik

Peruntukan agama Islam era Umno 2008 sebanyak RM25.49j.

Peruntukan agama Islam era DAP mula 2009 sebanyak RM35.78j, diikuti RM37.85j (2010), RM63.21j (2011), RM64.03j (2012) dan RM164j (2013).

13 tahun masalah tanah wakaf kubur Jelutong gagal diselesaikan oleh Umno diselesaikan oleh Kerajaan DAP tahun lepas.

31 tanah Melayu Kampung Terang Balik Pulau tergadai ditipu 2 Umno P.Pinang.

Melalui syarikat hartanah Maison Heights Sdn. Bhd., Musa Sheikh Fadzir & Omar Faudzar (Ketua Umno Bukit Gelugor) berjaya untung atas angin RM5j tak sampai 4 bulan.

Lim Guan Eng sanggup tebus beli 3,208 ekar tanah bukan Islam bernilai RM20j untuk kepentingan umat Islam Jelutong sebab DAP bukan parti agama atau perkauman.

che'GuBard ikrar gerak rakyat pertahan P.Pinang, menangkan Putrajaya

SEKUMPULAN anak muda mesra Pakatan Rakyat petang tadi melancarkan demontrasi aman di perkarangan Komtar, George Town sambil menyatakan ikrar untuk mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

Pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), che'GuBard yang mengetuai himpunan aman itu berkata, undi seluruh rakyat bagi memastikan Pakatan Rakyat menang di Putrajaya mampu menguburkan politik perkauman Umno Barisan Nasionl dalam pilihan raya kali ini.

"Orang Cina, India dan Melayu tak perlu takut lagi dengan politik perkauman mereka (Umno Barisan Nasional) kerana undi perubahan yang sama-sama dibuat pada pilihan raya umum lepas telahpun menjadikan mereka (Umno Barisan Nasional sebagai) pembangkang di negeri ini.

"Sebab itu Melayu, Cina dan India wajib yang ditindas selama ini oleh politik perkauman Umno Barisan Nasional wajib bersama-sama melakukan sekali lagi perubahan (dalam PRU13).

"(Ini) kerana, perlawanan kali ini adalah antara orang yang menindas (Umno Barisan Nasional) dan orang yang ditindas (rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat)," ujar beliau di depan lebih 50 hadirin, termasuk wartawan.

che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berkata, SAMM akan menggerakkan massa bagi memastikan kemenangan rakyat menumbangkan pentadbiran pemangku perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini kali lah...Pertahan Pulau Pinang, Ubah Malaysia," ikrar che'GuBard disambut oleh para penyokongnya.

Beliau berkata, mandat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor wajib dipertahankan memandangkan pentadbiran di kedua-dua negeri Pakatan Rakyat itu mengamalkan prinsip integriti dan demokrasi tulen berpaksi pada kuasa rakyat.

Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali, Zolkifly Md Lazim (badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang, Hapus), Khairul Ishak (badan bertindak Bantah Anugerah keRakyatan Asing, baRa) dan beberapa NGO lagi turut berucap menyatakan sokongan kepada pentadbiran pemangku Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mengulas mengenai status pencalonan di Sungai Acheh, che'GuBard sekali lagi memberi jaminan bahawa tiada pertandingan tiga penjuru membabitkan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) demi merampas DUN itu daripada Umno.

"Sebagai ahli biasa PKR, saya terikat dengan disiplin parti. Saya akur dengan apa jua keputusan hasil perbincangan pemimpin parti.

"Sesiapa pun calon di Sungai Acheh, itu remeh. Yang penting, Pakatan Rakyat mesti menang di DUN itu," tegas beliau dalam sidang media selepas demontrasi aman tersebut. -END

Kuntau Jawa identiti Melayu Balik Pulau - Johari


ANAK tempatan Balik Pulau bernama Zolkifly Md Lazim mengetuai delegasi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus) bertandang di rumah Jurulatih Seni Silat Kuntau Jawa, Johari Omar di Balik Pulau baru-baru ini. | gambar: arkib PAS Taman Tun Sardon.

RUMAHNYA bagaikan pusat kebudayaan desa kerana hampir tiap-tiap malam menjadi tumpuan anak muda Melayu tempatan berlatih dan mendengar dendangan lagu tradisional Melayu.

Serunai, gendang, gong, rebana, kompang dan banyak lagi alatan tradisional Melayu yang biasa dimainkan serentak dalam persembahan silat ada di rumah budaya di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau.

Itu, tidak termasuk senjata seperti tekpi, keris, parang, rotan, kerambit dan sebagainya yang digunakan dalam gelannggang latihan Pertubuhan Seni Silat Kuntau Jawa di Balik Pulau Pulau.

JOHARi Omar
Penggerak utamanya, Johari Omar, 45 semasa diwawancara memberitahu, Balik Pulau bertuah kerana kaya dengan budaya serta identiti Melayu.

Sehingga hari ini, beliau berkata, terdapat beberapa persilatan Melayu lama masih berkembang dan hidup di daerah-daerah berkenaan hasil semangat orang-orang tempatan.

"Tok Mat Sanokpari adalah guru utama kepada ayah saya sendiri. Seni silat ini mula bertapak di Perak sejak 1950-an lagi dan ayah saya yang masih hidup sampai sekarang merupakan salah seorang anak murid awal semasa itu.

"Ayah (Omar Sudin) membawa silat ini ke Balik Pulau. Semasa saya berusia 15 tahun, sudah menjadi pelatih sampat peringkat umur 30-an barulah ayah panggil untuk mengajar.

"Kita tak bebas bergerak untuk perkembang seni persilatan ini sebab tiada permit pertubuhan. Maka, atas inisiatif saya dan kawan-kawan, seni silat ini cuba ditubuhkan pada tahun 2008. Setahun juga kita tunggu, Januari 2009 ROS (Pendaftar Pertubuhan) lulus permohonan kita," ujar beliau baru-baru ini.

Johari merupakan tukang rumah. Kehidupannya cukup sederhana dengan mengambil upah bekerja di kampung. 

Beliau berkata, beliau bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang penyabar serta enam anak yang turut berkongsi minat dalam melestari persilatan serta kebudayaan Melayu tempatan.

Beliau berkata, anak sulung yang meninggal tiga tahun lepas pandai bermain serunai dan seringkali dipuji dalam persembahan di khalayak.

Beliau bukan sahaja mampu meniup lagu-lagu silat serta kebudayaan melayu, malah lagu-lagu popular asing.

Kini, anak keduanya mengambil tempat sebagai pemain serunai utama.

"Semua anak saya main seni dan silat tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad," ujar beliau.

Johari berkata, beliau bersyukur kerana dianugerah bakat mengukir serta boleh menghasilkan alat-alat muzik tradisional Melayu dengan hasil tangan sendiri.

JOHARI Omar (belakang, dua dari kiri) bersama-sama beberapa pelatih Seni Silat Kuntau Jawa.
"Kita hidup susah. Tak semua benda kita boleh beli. Susah ada baiknya, iaitu kita akan ikhtiyar belajar dan hasilkan semua alatan keperluan dalam seni silat kita sendiri.

"Satu-satu persembahan silat lengkap dengan main alat-alat traisional ini di kenduri kahwin atau program-program rasmi tertentu, RM300 yang kami dapat itu dijadikan duit untuk sediakan semua kelengkapan pergerakan pertubuhan ini.

"Dekat setahun juga saya belajar buat serunai dan gendang sendiri sebab kita tiada (sumber) dana untuk semua ini sejak ditubuhkan pada tahun 2008," ujar beliau.

Johari berkata, beliau mengembangkan kebudayaan Melayu dan Seni Silat Kuntau Jawa ini kerana Allah.

Beliau berkata, beliau langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan atas amalan mengajar seni silat itu.

"Guru Tua, (Tok) Mat Sanokpari pernah turun di Balik Pulau ini dan datang bertandang di rumah saya dekat Balik Pulau, (Pulau) Pinang ini beberapa tahun sebelum dia meninggal.

"Tetapi, semasa itu, saya memang tidak mengenali beliau. Guru utama ajak saya keluar mengelilingi Balik Pulau. 

"Selepas itu, dia amanahkan kepada saya untuk mengajar silat ini tanpa mengharapkan walau sesen pun duit kalau mahu ikhlas. Saya pegang amanah itu sampai sekarang," ujar beliau.

Beliau berkata, amanah serta taklifan itu menjadi sumbu semangatnya untuk terus berjuang dalam arena seni budaya Melayu setempat serta persilatan ini.

Pulih anak bangsa
Beliau berkata, setiap manusia yang dijadikan di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan yang paling penting untuk agama.

Justeru, beliau terpanggil untuk memulihara jatidiri anak bangsa di kampung sekitar Balik Pulau.

"Silat ini memang boleh membina identiti Melayu kerana ia mengajar kesabaran, pegangan jati diri Melayu.

"Dalam silat ini, ditekankan soal seni itu sendiri. Samalah dalam kehidupan kita seharian yang ditekankan soal akhlak jati diri.

"Yang mana tak memiliki kesabaran, maknanya tidak mampu memiliki seni yang tinggi dalam persilatan ini.

"Orang yang suka menagih (dadah) atau mencuri atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sebab mereka tidak sabar dalam kehidupan dunia ini. 

"Mereka ingat dunia ini segala-galanya. Silat Kuntau Jawa boleh mengukuh jati diri belia tempatan untuk tidak terjebak dalam semua perkara tak berfaedah itu.

"Belajar kebudayaan Melayu dan seni silat ini seperti mengisi masa lapang, ia lebih sihat dari melepak tak tentu arah sampai terjebak dengan aktiviti tidak sihat serta memalukan agama dan bangsa," tegas beliau

Keistimewaan
Johari berkata, semua persilatan Melayu mempunyai keistimewaan tersendiri disebabkan mempunyai seni.

Setahun juga diperlukan untuk belajar asas Seni Silat Kuntau Jawa. Selain belajar 13 jurus asas, seseorang pelatih memerlukan dua hingga tiga tahun lagi untuk belajar seni tempur bersenjata dan sebagainya.

"Seni ini sebenarnya menceritakan mengenai diri kita sendiri bukan melalui percakapan, tetapi melalui perbuatan.

"Seni silat dengan tangan memegang tanah sambil mendongak ke langit umpamanya memberi maksud bahawa asal kejadian kita yang Allah sebut sebagai sebaik-baik kejadian itu adalah daripada tanah yang hina, sebab itu kena berasa kerdil di depan Allah yang mempunyainya 'arasy'-Nya sendiri."

"Kalau yang hayati semua seni ini, anak buah ada jatidiri sebab dia kenal asal kejadiannya serta tahu buah pertahan diri yang dipelajari semuanya di bawah kekuasaaan Allah yang Maha Berkuasa," ujar beliau.

ANTARA beberapa alatan seni dan senjata yang dihasil tangan oleh Johari Omar.

Cabaran
Johari berkata, menjadi guru silat tidak terlepas dari cabaran kerana semua itu adalah ujian daripada Allah.

Beliau berkata, Seni Silat Kuntau Jawa pernah mempunyai lebih 300 pengikut semasa mula-mula ditubuhkan pada tahun 2009 dulu.

Ekoran itu, terdapat ahli politik parti tertentu cuba mengambil kesempatan untuk membina pengaruh masing-masing.

"Dulu, ada perhimpunan silat-silat di Balik Pulau tiap-tiap tahun dan kita sertai persembahan seni tradisional pun ada di sini.

"Ada ahli politik cuba nak main politik dan bina pengaruh sebab Seni Silat Kuntau Jawa ada lebih 300 ahli.

"Unsur politik ini ada di kalangan pelatih serta ahli-ahli politik banyak memberi kesan pada Seni Silat Kuntau Jawa ini. Dulu ada lebih 300 ahli, tetapi yang tigggal aktif sekarang lebih 50 orang sahaja.

"Apabila pelatih-pelatih kita diminta tukar baju silat dengan baju 'biru' mereka, saya pertahankan identiti silat dan minta jangan campur aduk dengan politik.

"Saya bukan tolak politik, tetapi tak suka terlibat secara langsung dengan politik kepartian. Apabila kita pertahan Pertubuhan Seni Silat Kuntau Jawa ini perlu bebas dari pengaruh mana-mana parti politik kepertian, mereka anggap kita tolak politik.

"Saya ada cara sendiri. Macam Kuntau Jawa, senjatanya tak tunjuk kepada lawan, tetapi disisip di pinggang sebelang belakang.

"Sama juga dengan politik, tak perlu memakai baju mana-mana parti politik pun, kita ajar pelatih-pelatih kita supaya jadi Melayu yang bermaruah dengan menyokong pemimpin yang jujur, beragama serta berjuang di pihak rakyat," ujar beliau.

Harapan
Johari berkata, beliau percaya Seni Silat Kuntau Jawa serta beberapa seni silat kedaerahan di Balik Pulau boleh menjadi identiti Melayu sekiranya mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri serta pihak berwajib yang lain.

"Selalunya yang nak menaja seni silat ini adalah orang dari kalangan ahli politik kepartian, maka, mereka minta kita jadi pengikut mereka.

"Semua kerja ini akan mematikan identiti Melayu di Balik Pulau jika terus berlaku.

"Macam pertubuhan seni bela diri asing, ada yang mendapat peruntukan dari Majlis Sukan Negara serta Kementerian Belia dan Kerajaan Negeri jika ada, patut seni silat pun begitu.

"Jika ada peruntukan daripada Kerajaan atau badan rasmi, budaya politik kepartian ke atas pertubuhan seni budaya dan silat tempatan boleh dielak," ujar beliau. 

'Balik Pulau tiada masalah jika Amerruddin calon Parlimen'

Penyokong Umno tiada masalah sekiranya Syed Amerruddin Syed Ahmad dinamakan sebagai calon Parlimen Balik Pulau sekiranya percaran antara penyokong Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Sr. Mohamad Farid Saad terus berpenjangan hingga sekarang.

Itu, antara cakap-cakap politik hadirin yang menyertai ceramah poltik di Telok Bahang malam tadi.

"Syed Amerruddin kami boleh terima sebab (pemangku) Adun Bayan Lepas itu tidak suka mencetus polemik yang tajam dalam parti," ujar sumber, mengaku sebagai pemimpin muda Umno Bahagian.

Beliau berkata, Umno mampu merampas kembali kerusi Parlimen Balik Pulau kerana PKR memperjudi 'orang luar' sebagai calon, iaitu Mohd. Bakhtiar Wan Chik bagi menggantikan penyandang, Yusmadi Yusoff.

Mohamad Farid dan Hilmi masing-masing merupakan pemangku Adun Pulau Betung dan Adun Telok Bahang.

Terdahulu, Mohamad Farid yang disebut-sebut bertanding di Parlimen Balik Pulau didedah melahirkan rasa bimbang disabotaj oleh penyokong Hilmi.

Ini kerana, Mohamad Farid didakwa menggunakan pengaruh politiknya dengan Tan Sri Nor Mohamed Yackop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) menyekat peruntukan Umno kepada grup Hilmi.  

che'GuBard ketuai demo sokong Guan Eng Zohor ini

che'GuBard akan menerusi himpunan gabungan NGO serta pemuda Pakatan Rakyat menyokong kepemimpinan pemangku Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar selepas Solat Fardu Jumaat ini sungguhpun dijangka khalayak akan diboikot oleh segelintir pemuda Pas Negeri

Penganggur bagaimanapun berkata, pihaknya percaya penyokong Yusni Mat Piah mampu bertindak matang sebagaimana pendirian terbaru che'GuBard.

che'GuBard dalam satu kenyataan semalam dilaporkan memberi isyarat lakonan bahawa tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh semena Pilihan Raya Unjuk Ke-13 (PRU13).

"Diharap Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang (Yusni) sematang (che'GuBard) Pengerusi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia petang ini," ujar penyelaras mewakili Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Limbang (Pemuda Penang) menerusi telefon awal pagi tadi.

Penyelaras demontrasi memberitahu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dibawah ketuanya, Amir Ghazali serta NGO Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus) dan Bantah Anugerah Kerakyatan Asing (baRa) mobilisasi penyokong maung-masing untuk petang ini.

"Kita mobilisasi ahli pakai baju Hapus petang ini untuk bawa masej sokong Hapus tol jambatan," ujarnya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus