14 April 2013

Presiden PKR, anak tempatan Balik Pulau bincang status Bakhtiar

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi mengadakan perbincangan dengan sekumpulan 'orang tempatan' dari Balik Pulau mengenai status Mohd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon di Parlimen itu.

Hasil pertemuan tertutup yang diadakan di Yayasan Aman dekat Penanti, Dr Wan Azizah berjanji untuk memanjangkan kontroversi Mohd. Bakhtiar yang didakwa 'orang luar' dengan kepemimpinan tertinggi parti.

"Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," respons Dr Wan Azizah dilaporkan saksi.

Dalam pertemuan itu, Ali Othman selaku wakil delegasi 'anak tempatan' itu turut menyerah memorandum tulisan tangan untuk rujukan Dr Wan Azizah serta kepemimpinan parti.

Rakaman testimonial pemimpin akar umbi mempersoal status Bakhtiar turut diserah kepada Dr Wan Azizah.

Tunas itu, mereka mengemukakan dua nama calon daripada anak tempatan Balik Pulau, iaitu penyandang Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof atau Zulkifly Md Lazim (Hapuskan Tol Jabatan Pertama Pulau Pinang, Hapus).

Serentak itu, penyokong Yusmadi malam tadi turut mengadakan kenduri di Kedai Pak Ya, Jalan Baru, Balik Pulau.

Kelmarin, penyokong Yusmadi serta anak muda mesra PKR Canang Balik Pulau turut dilaporkan melancarkan demontrasi anti orang luar di Parlimen itu.

Buletin Aswani 7:45 hari sama melaporkan, beberapa pemimpin akar umbi tempatan melahirkan rasa bimbang 'calon luar' seperti Bakhtiar akan menasihatkan PKR tewas di Parlimen itu.

Bakhtiar dalam satu kenyataan di akhbar Sinar Harian baru-baru ini dilaporkan berkata, beliau yakin sentimen anak tempatan sepatutnya tidak wujud di Balik Pulau.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus