18 April 2013

Pengaruh Ayahanda Hj.Ton dekatkan Pekida, Malik Kassim

Pemimpin berpengaruh dalam jaringan Melayu PEKiDA yang dikenali sebagai Ayahanda Hj. Ton diturunkan malam ini demi membantu kempen politik penyandang Dun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Penganjur memberitahu, Ayahanda itu menawar diri turun berkempen malam ini sebagai reaksi balas pada perhimpunan anti Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kendalian sekumpulan ahli PEKIDA di parkir pasar raya Queenbay, Bayan Lepas baru-baru ini.

Difahamkan, himpunan anti Pakatan Rakyat itu dikenali sebagai 1Brothers.

Ayahanda Hj. Ton mengajak rakyat supaya mengamalkan politik menguntungkan rakyat dengan menyokong Pakatan Rakyat sempena PRU13.

Malah, katanya, Melayu seharusnya tidak menjadikan perbezaan politik kepartian sebagai punca perpecahan.

"Orang Melayu jangan jadi hamba politik wang. Biar berbeza politik, jangan pecah belah sebab wang.

"Kita bukan lawan Umno, Pakatan Rakyat pun jangan lawan sebab Melayu. Yang kena lawan (adalah) rasuah dan tindas tipu Melayu," ujar Hj. Ton di Padang Bola Permatang Damar Laut.

Pengerusi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Zolkifly Md Lazim dan Khairul Ishak (Bantah Anugerah keRakyatan Asing, Bantah) turut berkongsi pentas ceramah sama malam ini.

Bakhtiar sekali lagi disah tanding, 'orang luar' bukan isu

Mohd. Bakhtiar Wan Chik sekali lagi disah sebagai calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau dalam satu mesyuarat khas lewat petang tadi.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertahan pencalonan Mohd. Bakhtiar sungguhpun dipersoal beberapa kali oleh akar umbi parti, atas alasan hartawan itu dianggap calon 'bukan anak tempatan'.

Mesyuarat di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Subang menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan Datuk Saifuddin Ismail (Setiausaha Agung PKR) mengemukakan 'pendatang baru' bernama Zolkifly Md Lazim untuk kerusi parlimen berkenaan.

Nama Zolkifly diketengahkan atas alasan aktivis beberapa NGO mesra Pakatan Rakyat itu adalah anak tempatan bagi mempertahan mandat kemenangan yang dicipta oleh penyandang Ahli Parlimen Balik Pulau, iaitu Yusmadi Yusoff.

Sebelum ini, dilaporkan, che'GuBard di Sg.Acheh, PKR buntu 2 kawasan?

che'GuBard di Sg.Acheh, PKR buntu 2 kawasan?

che'GuBard mungkin tidak akan tampil di pentas ceramah PKR dekat Sungai Batu, Balik Pulau malam ini.

Pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dikesan menerima watikah sebagai calon parti di Ibu Pejabat PKR dekat Tropicana, Subang petang tadi.

Timbul tanda tanya, adakah che'GuBard sah bertanding di Dun Sungai Acheh atau di Parlimen Nibong Tebal seperti dihasrat SAMM dulu?

Sehingga 7.00 malam ini, tiada pengumuman baru dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd.Salleh Man berhubung status ketua pemudanya Yusni Mohd Piah yang diumum tanding di Sungai Acheh.

Menerusi Facebook, Yusni bagaimanapun dikesan giat berkempen di Dun berkenaan sungguhpun menyedari impak berantai daripada pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan penyandang, Datuk Mahmud Zakaria (Umno).

Adakah che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin menerima warkah bertanding di Dun Sungai Acheh selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Pas?

Yang diumumkan, bekas timbalan ketua menteri I Datuk Mansor Othman akan mengosong Dun Penanti yang pernah disandang untuk bertanding di Parlimen Nibong Tebal.

PKR buntu 2 kawasan
Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat khas petang tadi turut menyaksikan PKR buntu untuk menentukan calon di kawasan Parlimen Balik Pulau dan Dun Bertam.

Ini kerana, sumber berkata, PKR mempunyai banyak calon berwibawa untuk ditanding di kedua-dua kawasan itu.

Nama Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim dan Syed Mikael Rizal Aidid (Setiausaha AMK Pulau Pinang) dikatakan dalam senarai pendek calon PKR bagi merampas kerusi Dun Bertam.

Selain orang luar bernama Mohd. Bakhtiar Wan Chik yang diumum bertanding di Balik Pulau sebelum ini, status Yusmadi Yusoff yang menyandang Parlimen itu turut dinilai semula.

Anak tempatan Balik Pulau bernama Zolkifly Md Lazim turut dikatakan tersenarai pendek sebagai 'ayam tambatan' parti bagi mempertahan kemenangan Parlimen itu.

Tiada pencalonan punca Wanita Umno isyarat ugut Najib?

Tiada nama beberapa tokoh wanita Barisan Nasional dalam senarai calon pilihan raya  Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bakal menguncup undi popular pengerusi Barisan Nasional itu.

Ketua Wanita Umno merangkap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Naib Presiden MCA) tidak lagi dicalon sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim yang disebut-sebut sebagai 'calon menunggu' ekoran Sharizat dikaitkan dengan skandal penyelewengan RM250 juta NFC pun tidak disenarai sebagai calon pilihan Najib.

Justeru, Kamalia dilaporkan memberi reaksi dingin pada tindak tanduk Najib yang kononnya mendapatkan calon Tranformasi 1Malaysia.

"Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain.

"Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat.

"Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional?

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.

"Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri.

"Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Dalam perkembangan lain, 30 peratus calon Pakatan Rakyat di Parlimen dan DUN dilihat daripada kalangan wanita sebagaimana disasar melalui Agenda Wanita Malaysia sempena pilihan raya umum kali ini.

Boleh tanding guna logo DAP hanya dalih SPR, ROS

Ketetapan terbaru SPR membenarkan calon DAP mengunakan logo parti mungkin akan dicabar Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Justeru kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff di Malaysiakini.com petang tadi yang menyebut, "Tidak affect bolih bertanding" adalah dianggap sia-sia.

Ini kerana, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih melalui Kongres DAP lepas dianggap tidak sah oleh ROS.

"CEC yang tidak diiktiraf ini mungkin dijadikan alasan di sisi ROS untuk menolak kesemua calon pilihan DAP nanti," ujar sumber yang mahu dikenali sebagai 'DAP Melayu'.

Ekoran itu, sumber berkata, parti masa depan itu wajar membuat persediaan untuk bertanding bebas jika langkah bertanding atas tiket Pas dan PKR juga tidak menelurkan hasil.

Terdahulu, ROS memaklumkan, barisan baru CEC yang dipilih pada tahun lepas adalah tidak diiktiraf ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Mampukah cabaran daripada SPR dan ROS ini membantutkan proses kemenangan DAP?

Era Pasca ramal DAP tanding Bebas selepas ROS haram

Berita Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengharamkan DAP hingga parti massa depan itu dijangka bertanding atas tiket Bebas mula dikesan tersebar di laman sosial Facebook dan blog.

Blogger Era Pasca melaporkan, Gempar! DAP di Haramkan ROS, Bakal Tanding Atas Tiket PAS!!

Buletin TV3 malam tadi bagaimanapun melaporkan, jawatankuasa DAP yang baru dipilih itu tidak mendapat pengiktirafan SPR.

Terdahulu, Penasihat DAP Kebanggaan, Lim Kit Siang pernah melahirkan hasrat untuk bertanding atas tiket Pas serta PKR jika konspirasi Umno BN itu berlaku.

Manakala, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) melalui presidennya Rahmad Isahak pula meramal DAP menang lebih besar jika diharam ROS.

'Bekas BN Didahulukan, Sosialis Diketepikan'

Oleh: Lim Hong Siang

Minggu lalu, seorang anak muda yang melanjutkan pengajian di luar negeri, masih ragu-ragu sama ada untuk balik mengundi atau tidak lantaran kesempitan wang.

Akhirnya rakan sekelasnya mengadakan kutipan derma untuk menampung kos pengangkutannya. 

Dengan gembiranya anak muda ini mengumumkan, “Saya boleh balik mengundi!

Kisah ini dikongsi oleh seorang juruhebah radio dalam rancangannya. 

Sebaik sahaja kisah ini ke ruang udara, juruhebah tersebut menerima satu panggilan telefon;  “Saya Encik Tay.  Umur saya 60 lebih dah.  Saya tidak mempunyai anak.  Saya sudi menaja tiket penerbangan ulang-alik anak muda itu.  Bolehkah anda berikan nombor akaunnya?

Memang terharu apabila kisah sedemikian sampai ke telinga kita menjelang hari pengundian. 

Padahal, banyak lagi kisah yang menyentuh hati. 

Semakin banyak kisah sedemikian tersebar di laman sosial, semakin memilukan kita semua. 

Buat pertama kali kita menyaksikan semangat patriotik yang memuncak di kalangan anak muda, yang sudah meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki di luar negeri. 

Rupa-rupanya, hati mereka tetap terpaut di bumi ini. 

Mereka masih menaruh harapan agar PRU 13 menjadi titik penentu yang bakal membawa perubahan pada masa depan.

“Inklusif” yang menolak aktivis?
Apa pun slogannya, sama ada “Ubah”, “Tukar” atau “Reformasi”, perjuangan ini menuntut perubahan status quo, membebaskan negara dari korupsi, kronisme dan nepotisme. 

Mustahil perjuangan ini berjaya tanpa kebangkitan kuasa rakyat, yang mengatasi segala ketakutan dan ugutan yang dipaksakan penguasa terhadap mereka.

Kita sedar hakikat bahawa perjuangan ini memerlukan orang yang berbeza (bakat dan kebolehannya) pada peringkat yang berbeza. 

Reformis tulen yang memahami erti perjuangan tidak melenting mahupun kecil hati seandainya dirinya diketepikan untuk kepentingan awam yang lebih besar maknanya. 

Maka mereka sanggup berhempas-pulas demi parti kerana menaruh kepercayaan dan harapan terhadap pimpinannya.

Namun demikian, reformis akan tetap berpegang kepada matlamat perjuangan sebermulanya. 

Sesungguhnya ia dilahirkan dari retakan kuasa pemerintah, tetapi pergelutan kuasa ini telah mendedahkan masalah pokok yang berakar umbi dalam sistem politik kita, dari struktur ekonomi, sistem kehakiman, institusi polis, media dan sebagainya – sehingga ia meledakkan kuasa rakyat untuk bangkit menuntut perubahan.

Apa yang memilukan adalah kepercayaan aktivis dan sokongan pengundi diambil kesempatan untuk percaturan politik sendiri. 
Alasan yang diberikan sentiasa mengajak kita untuk “melihat dalam kerangka yang lebih besar”, sedangkan apa yang berlaku adalah dirinya sedang mengintai kerusinya dalam parti dan kerajaan. 

Sisa parti pemerintah dikitar-semula ke dalam perjuangan ini atas alasan “supaya semua terangkum” (inklusif namanya), tetapi aktivis yang berjuang lebih awal dari zaman Reformasi ditolak kerana “logonya yang menakutkan”.

Mungkin sesetengah pimpinan PKR membawa baka “mudah lupa”.  Jadi kita tegaskan di sini bahawa kita lawan UMNO kerana keangkuhannya untuk memonopoli kuasa, kerana sifat perkaumannya dan politikingnya demi kepentingan diri. 

Sejak tahun 1998 kita lawan dengan slogan “Reformasi”, bukan “Semangat 46″; kita lawan dengan parti “KeADILan”, bukan “UMNO Baru”.

Atas alasan apa?
Siapa-siapa akan keberatan untuk membangkitkan perkara ini tatkala kita bersiap sedia ke medan perang PRU13.

Namun siapa-siapa yang menyokong perjuangan Reformasi tidak akan sanggup melihat perjuangan ini berakhir dengan sikap keangkuhan pemimpinnya terhadap reformis lain, atau cantas-mencantas semata-mata untuk menyingkirkan “orang lain”, dan menggantikan dengan “orang sendiri”.

Saya jangka ramai reformis dan aktivis terkilan apabila rundingan antara PKR dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menemui jalan buntu.  PKR mengambil sikap keras untuk tidak memberi laluan kepada S.Arutchelvan (lebih dikenali sebagai Arul) di DUN Semenyih. 

Saya tidak pasti apakah alasannya, tetapi saya pasti apapun alasannya, adalah lawak yang pedih.

Apabila kita membicarakan “inklusif”, maka Reformasi tidak dimonopoli PKR (Parti Keadilan Rakyatyang mahu dikenali sebagai singkatannya KeADILan), mahu pun Pakatan Rakyat.

PKR muncul di celah-celah parti politik lama, di siku kiri dan kanan dalam PRU (pilihan raya umum) oleh DAP (Parti Tindakan Demokratik)  dan PAS (Parti Islam se-Malaysia) kerana tidak memiliki kawasan “tradisional”. 

Jikalau perjuangannya untuk meraih perbezaan, apakah sikap pula PKR terhadap parti politik baru seperti PSM (Parti Sosialis Malaysia)?

Apakah kayu ukur yang harus kita gariskan untuk menentukan calon yang bertanding?  Kalau syaratnya bersih dan telus, jangan mana-mana calon dalam PKR mahu bersaing dengan PSM. 

Jika syaratnya berkhidmat di masyarakat akar umbi kawasan yang ditanding, baik PKR menutup mulutnya.  Seandainya sebut nama “prinsip” dan “istiqamah”, saya gagal bayangkan siapa yang bermuka tebal untuk mendakwa dirinya mendahului calon PSM.

Jikalau calon seperti Arul juga dinafikan kelayakannya untuk bertanding sebagai calon DUN, benar saya tidak terkata apa-apa.

Orang India berhaluan kiri?
Akhirnya kita terdengar khabar bahawa Arul dinafikan kerana bukan calon Melayu. 

Saya tidak mahu mempercayai khabar ini, kerana seandainya ia benar, maka sudah tentu ada pengkhianat di dalam PKR. 

Kita pernah pertahankan Khalid Ibrahim daripada tuntutan “calon India” di Ijok, alasannya membawa isu DEB dalam PRK (pilihan raya kecil) Ijok lebih bermakna daripada warna kulit. 

Kita pertahankan manifesto Pakatan Rakyat daripada pertikaian HINDRAF, kerana dasar negara adalah untuk SEMUA. 

Apakah pemimpin PKR menganggap penyokongnya begitu bangang bagai pencacai UMNO untuk pertahankan keputusan menafikan Arul semata-mata kerana warna kulitnya?

Sudahlah.  Kita faham perjuangan Arul dan PSM selama ini. 

Selepas surutnya gelombang Reformasi, susuk badan Arul-lah yang menyokong perjuangan di jalan raya. 

Protes harga minyak dan tol naik, pertembungan antara peneroka bandar (yang diberi nama penduduk setinggan) dengan pihak berkuasa tempatan – Arul tetap berada di situ kalau bukan dalam lokap.

Usah ungkit soal kiri dan kanan.  Anwar Ibrahim pernah secara berseloroh mensyaratkan calon PKR untuk menelaah “Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali” jikalau mahu menyarung jersi PKR ke dalam PRU. 

Istilah kunci perjuangan kiri adalah “rakyat”. 
Slogan kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat adalah “Merakyatkan Ekonomi”, malah Menteri Besarnya Khalid Ibrahim pernah secara terbuka mengakui, “Minda korporat, tapi rakyat di hati”.

Jangan terlalu munafik untuk berpura-pura membangkitkan kebimbangan terhadap “logo genggaman tangan kiri” dan wajah “Che Guevara” pada T-shirt. 

Che Guevara adalah ikon dalam “trend” pakaian, idola kepada anak muda di setiap pelusuk dunia. 

Perjuangan ini hanya ditunjangi dengan semangat untuk merombak sistem masyarakat yang tidak adil – di mana ” yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin”.

Akhir kata, ia bagai satu tamparan sengit apabila bekas UMNO, MCA, MIC dan lain-lain disambut dengan meriah ketika mereka menyertai Pakatan Rakyat. 

Namun aktivis yang berjuang untuk memobilisasi akar umbi, berprinsip dan beridealisme selama puluhan tahun – ditolak kerana logo dan warna kulit.

Ya, benar.  Kita semua ABU (akronim untuk pertubuhan Asalkan Bukan Umno).  Kita semua mendahagakan perubahan kerajaan persekutuan dalam PRU 13. 

Namun kita juga mahu memastikan bahawa perubahan yang diperjuangkan itu, sebati jiwanya dengan semangat ketika “Reformasi” dilaungkan buat kali pertama pada tahun 1998 di bumi Malaysia. -PSM

Pohon permit polis 'arahan tak masuk akal'

Pakatan Rakyat diarah untuk memohon permit polis terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah politik sekarang sungguhpun tiada peraturan pilihan raya seperti itu.

Khalid Mohd Ismath yang mewakili oposisi dilaporkan berkata, arahan terbaru itu disampai oleh seorang pegawai Polis dalam satu taklimat pilihan raya bersama-sama wakil PKR, DAP dan Pas di Klang petang tadi.

"Antara perkara yg dibincangkan adalah parti-parti yangg bertanding diminta memohon permit untuk program-program yang bakal dianjurkan di sepanjang tempoh berkempen.

"Ini adalah satu keganjilan kerana selama ini, parti politik tidak perlu memohon permit polis untuk anjur program di sepanjang tempoh tersebut.

"Arahan tak masuk akal ini dilihat sebagai tektik untuk melambat-lambatkan gerak kerja kita (Pakatan Rakyat)," ujar saksi menerusi laman sosial Facebook.

Banner Wan Ji ceramah di P.Pinang pun disabotaj

BEBERAPA kain rentang penceramah agama Ustaz Wan Ji Wan Hussin yang digantung sekitar George Town dikesan hilang malam tadi.

Malah, SMS liar turut disebar sejak petang tadi memberitahu, khutbah Jumaat Ustaz Wan Ji di Masjid Jelutong turut dibatal.

Wakil masjid berkenaan, Saiful Azwan semasa dihubungi memberitahu, "khutbah diteruskan seperti biasa esok (Jumaat)."

Pada sebelah malam pula, katanya, Ustaz Wan Ji menerima jemputan berceramah politik di kawasan Dun Bayan Lepas dan Air Itam (Kampung Melayu).

Sabtu, Wan Ji dijadual mempunyai Kuliah Subuh dan Kuliah Dhuha masing-masing di Masjid Telok Bahang dan Jelutong (rumah Mat Amin dekat Bukit Dumbar).

Mengapa Ezam senyap?

SENATOR Ezam Mohd Noor tidak dipilih sebagai calon Umno sempena PRU13 kerana masih dianggap sebagai fraksi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti.

Ahli Dewan Negara itu bagaimanapun dilapor mengaku bahawa beliau tetap setia kepada pentadbiran pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Masih Tun Razak.

Malah, kata sumber, Ezam turut dilapor mengaku bahawa beliau turut setia dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun bekas perdana menteri itu lantang dipertikai.

Apakah PRU13 ini akan mengubur survival politik Ezam?

"Turun bendera bukan sabotaj parti"

Bendera Barisan Nasional (BN) dan 1Malaysia yang dipasang di sekitar DUN Sungai Dua sejak dua minggu lepas mula diturunkan sejak malam tadi.

Penyokong Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata langkah itu tidak wajar dianggap sebagai sabotaj parti.

"Shabudin yang sabotaj Tok Shariff. Turun bendera bukan sabotaj parti," tegas pemuda kumpulan itu semasa dihubungi.

Sumber berkata, pencalonan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya yang dicalonkan di Parlimen terbabit didedah turut menerima reaksi dingin daripada penyokong Tan Sri Nor Mohamed Yackop.

Nor Mohamed merupakan penyandang Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap pemangku menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dalam perkembangan lain, Anggota Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas memberi amaran keras kepada alat umbi Umno supaya tidak sabotaj parti.

Enam pemimpin Umno yang tidak dicalon lagi sempena PRU13 sahaja mengumum ikrar setia terhadap Umno.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula Najib sebelum ini mengumumkan bahawa mereka yang tidak dicalon lagi supaya tidak sabotaj calon Umno BN sebagaimana dalam pilihan raya lepas.

Presiden Umno itu berdalih, kalau mereka nak merajuk sekalipun, 24 jam sahaja.

Lagi amaran jangan sabotaj Umno dikeluarkan!

Lagi amaran keras dikeluarkan kepada akar umbi Umno khususnya mereka yang tidak dipilih sebagai calon supaya tidak sabotaj parti.

Anggota Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, jawatankuasanya akan memantau aktiviti pemimpin parti khususnya yang menyaksikan saingan pemimpin Umno atas tiket Bebas.

"Kalau boleh, kita nak elak (sabotaj dalaman), sebab kita perlu kepada kesatuan.

"Kalau ada sabotaj juga, tindakan tegas dan proaktif akan diambil," dalihnya di Kuala Lumpur semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar yang merupakan veteran Umno mengumumkan untuk bertanding Bebas bagi mencabar Ketua Umno Bahagian, Shabudin Yahya di kerusi Tasek Gelugor.

Manakala, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pula menasihat semua calon yang tidak dipilih supaya merajuk 24 jam sahaja untuk mengelak insiden sabotaj parti berulang.

Calon PKR 3 Dun muktamad, Sg.Acheh 5 petang ini

Informasi yang diteroka tengah hari tadi mendapati, PKR Pulau Pinang telahpun memutuskan calon di tiga DUN yang ditandingi parti, sementara tiga Dun berbaki, termasuk Sungai Acheh akan ditentukan sebelum jam 5.00 petang ini.

"Syed mikael (DUN bertam), Norhayati (DUN teluk air tawar), Dr. Afiq (DUN sbg. Jaya), Dr. Norlela (DUN penanti). Tinggal 3DUN akan di putuskan sblm pkul 5pm ini," SMS sumber menerusi WhatsApp.

Malah, kata sumber, nama aktivis pro Pakatan Rakyat, Zolkifli Md lazim serta Yusmadi Yusoff (penyandang Ahli Parlimen) yang merupakan calon 'anak tempatan' Balik Pulau turut dinilai semula bagi mengganti 'orang luar', iaitu hartawan Mohd. Bakhtiar Wan Chik.

Mampukah PKR meyakinkan Pas bahawa calonnya, che'GuBard atau nama sebenar Badrul Hisham Shaharin merupakan calon pasti menang di Dun Sungai Acheh?

Mampukah penyokong  Amir Ghazali melonjak nama Ketua AMK itu di Penanti?

Tunggu jam lima petang ini!!!

6 Umno ikrar setia, yang lain sabotaj

Enam bekas wakil rakyat BN sahaja yang dilaporkan berikrar untuk tidak sabotaj parti selepas tidak lagi dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Semangat saya masih membara untuk bersama dalam pejuangan parti dan tujuan sekarang hanya untuk memastikan BN menang besar," dalih Datuk Mohamad Satim Diman yang pernah menyandang DUN Seri Serdang, Selangor atas tiket Umno.

Pengakuan Ketua Umno Bahagian Puchong itu dilakukan selepas satu dokumen berwajib mendedahkan permohonan kebenaran pindah milik tanah bernombor lot HSD 247 141 dan HSD 247 kepada syarikat bukan Bumiputera dilakukan oleh Umno Bahagian Puchong di bawah Satim sendiri.

"Bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan masih belum selesai dan saya berhasrat untuk terus berjuang bersama parti selagi termampu," dalih Datuk Mohamad Aziz.

Difahamkan, Mohamad Aziz tidak dicalon lagi di Parlimen Sri Gading, Johor kerana veteran Umno itu pernah menasihat Datuk Serik Najib Tun Razak secara terbuka di Dewan Rakyat supaya menangguhkan pelaksanaan Kamera Saman Automatik 1Malaysia (AES) Oktober tahun lepas.

"Semangat untuk meneruskan perjuangan tetap berkobar-kobar, malah tidak lemah ada perkataan sabotajv dalam kamus (politik) saya," dalih Datuk Azmi Khalid yang tidak lagi dicalon di kerusi Parlimen Padang Besar.

Azmi, pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Parlimen mula dipertikai ekoran komitmennya mendedahkan beberapa skandal salah guna kuasa membabitkan ahli politik Umno BN kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk skandal PKFZ dan Fidlot Lembu NFC.

Tiga nama lain yang beralih untuk ikrar setia dengan Umno sungguhpun tidak dicalon lagi adalah Datuk Raja Zainuddin Omar (penyandang Dun Kubu Gajah, Perak), Datuk Rosol Wahid (penyandang Dun Ajil, Terengganu) dan Datuk Abdullah Mohd. Zain (penyandang Ahli Parlimen Besut, Terengganu).

Nama-nama lain yang tidak dicalon lagi sempena pilihan raya umum kali ini masih belum dilaporkan ikrar setia.

Najib sebelum ini mengumumkan bahawa mereka yang tidak dicalon lagi supaya tidak sabotaj calon Umno BN sebagaimana dalam pilihan raya lepas.

Beliau berdalih, kalau mereka nak merajuk sekalipun, 24 jam sahaja.

Muhyiddin paksa Sabah percaya Anwar pembohong

Projek anugerah kad pengenalan kepada warga asing di Sabah yang didakwa punca 'sandiwara berdarah' di Lahad Datu baru-baru ini kian menggamit amarah pengundi di negeri berkenaan.

Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen politik di Tuaran, Sabah semalam memaksa rakyat untuk percaya semua yang berlaku itu adalah pembohongan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Anwar berkali-kaki datang ke Sabah dan cuba mengelirukan serta menipu rakyat Sabah dengan mengatakan BN sudah tumbang di Semenanjung...ini semua pembohongan besar," dalih pemangku timbalan perdana menteri.

Difahamkan, Anwar sebenarnya tidak pernah mengatakan Semenanjung Malaysia telah tumbang seperti ditipu Muhyiddin.

Anwar acap kali berkata, sokong Sabah kepada Pakatan Rakyat akan menjadi de fecto Umno tewas di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini.

50 Umno desak Najib tarik balik calon MIC di JB

50 ahli Umno Taman Desa Mutiara dekat Johor Bharu menolak keputusan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak memilih India MIC untuk bertanding di kerusi Dun Puteri Wangsa.

Ketua Umno bahagian, Abas Abdul Rahman berkata, majoriti pengundi di Dun berkenaan adalah Melayu.

Justeru, dijangka, akar umbi parti akan memberi undi  protes kepada Pakatan Rakyat.

" Kalau mengikut sejarah, kerusi itu (ditandingi) hanya calon Umno sebelum ini.

"Jadi, kami mohon calon Melayu daripada Umno dikekal bagi menentang pembangkang (Pakatan Rakyat)," ujar Abas dalam satu demontrasi di asas Johor Bharu semalam.

5 calon BN gelabah didakwa tipu sijil ijazah

Lima calon BN didakwa mengunakan ijazah akademik daripada 'universiti jual ijazah', kata Ong Kian Ming.

Serentak itu, beberapa calon BN berkenaan menggelabah serta mengugut untuk memfailkan saman terhadap strategis Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Jangan main cakap saja, tunjukkan bukti...saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah," dalih Pengerusi Gerakan Selangor, A. Kohilan Pillay.

Pemangku timbalan menteri luar itu akan mencabar penyandang, Gobind Singh Deo daripada DAP.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Teh Kim Pooh yang mahu merampas kerusi Parlimen Pelabuhan Klang turut dilihat gelabah dengan pendedahan strategis PR berkenaan.

"Mereka (PR) boleh telefon sendiri pensyarah saya kalau mereka mahu," dalih Kim Pooh.

Dalih yang sama turut disuarakan oleh Pengerusi Bahagian Hulu Langat, Lee Ban Seng yang bakal bertanding di DUN Kajang.

"Dakwaan itu tidak tepat. Saya agak cemerlang sejak (di bangku) sekolah...saya ada bukti kukuh saya duduki peperiksaan," dalih Ban Seng.

Adalah pemangku perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memilih calon mampu menang daripada kalangan individu yang 'menipu sijil ijazah'

1Malaysia MCA, Umno bercakaran rebut Wangsa Maju

MCA dan Umno sah akan merebut kerusi Parlimen Wangsa Maju sempena Pujaan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

MCA diwakiki oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Yew Teong Look akan merebut kerusi dengan Datuk Dr Mohd.Shafie Abdullah (Ketua Umno Bahagian).

Teong Look berkata beliau sanggup bertanding Bebas kononnya atas permintaan penyokongnya selepas Dr Mohd.Shafie diumum sebagai calon BN.

"Masih ada tiga hari lagi untuk penamaan calon dan saya tidak mahu tergesa-gesa berhubung perkara ini (bertanding bebas)," ujar beliau di Wangsa Maju semalam.

Akar umbi Umno jangan sabotaj calon Tasek Gelugor

Akar umbi Umno diberi amaran supaya tidak mensabotaj muka baru yang dicalonkan di Parlimen Tasek Gelugor, Dun Telok Air Tawar dan Dun Sungai Dua.

Justeru, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pulang, Datuk Zainal Abidin Osman akan turun ke kawasan berwajib untuk bertemu dengan calon-calon yang tidak terpilih berkenaan.

"Kami alam adakan pertemuan dengan mereka dalam tempoh terdekat ini bagi mendengar suara hari.

"Biasa lah bila tidak dipilih memang ada perasaan kecewa," ujar beliau di Nibong Tebal semalam.

Zainal akan bertanding sekali lagi di Nibong Tebal bagi mempertahan Parlimen itu dari direbut oleh calon PKR, Datuk Mansor Othman.

Mampukah PAS menang Tasek Gelugor, Sg.2 ekoran Umno bercakaran?

VETERAN Umno, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar isytihar bertanding Bebas bagi menentang Shabuddin Yahya yang merupakan Ketua Umno Bahagian itu.

Pengumuman bekas menteri pertanian dan asas tani itu sekaligus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan seorang lagi calon dari PAS, Datuk Seri Abdul Rahman Mydin.

Penyandang, Tan Sri Nor Mohamed Yackop yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih belum menentukan sikap untuk mempertahan kedudukannya atau tidak setelah tidak lagi disenarai sebagai calon Umno BN di Parlimen itu.

Difahamkan Mohd Shariff berundur seketika dalam pilihan raya umum lepas kerana dijanjikan kedudukan sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, namun sampai sekarang dikhianati.

Bagaimanapun, dalam satu ceramah di depan hampir 2,000 di Pokok Machang, Tasek Gelugor malam kelmarin, Mohd. Shariff berkata beliau berundur seketika kerana dijanji akan dipilih semula sebagai calon sempena pilihan raya kali ini.

"Saya dijanjikan hanya untuk sementara, dan pada tahun ini, saya jangka akan dicalon semula, rupa-rupanya tidak.

Turut mengumum tanding Bebas, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Mustaffa Idros yang akan mencabar calon Umno, Datuk Jahara Hamid bagi merebut kerusi DUN Telok Air Tawar.

Telok Air Tawar bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang membabitkan seorang lagi calon dari PKR, sama ada Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang) atau Norhayati Jaafar (Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang).

Sementara itu, Pengerusi Perkasa Tasek Gelugor, Azmi Alang pula mengumumkan untuk mencabar calon Umno, Mohamad Yusof Mohd. Noor bagi merebut kerusi DUN Sungai Dua.

Zahadi Mohamad yang turut bersaingan merampas kerusi DUN itu sekaligus menyaksikan pertandingan tiga penjuru juga.

Bekas Adun Sungai Dua, Jasmin Mohamad yang tidak lagi dicalonkan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang turut menyertai sidang media terbuka memprotes Umno BN itu. -END

Yusmadi, Zolkifly bertemu, rancang kemenangan Balik Pulau?

DARI KANAN: Zolkifly Md Lazim, Yusmadi Yusoff, Datuk Abdul Halim Hussain dan Lim Guan Eng dalam satu program sumbangan emas di Balik Pulau.

DUA anak tempatan Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Zolkifly Md Lazim bertemu di Bangsar, Kuala Lumpur semalam bagi menjernihkn strategi mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi Parlimen Balik Pulau.

Dilaporkan, mereka berbincang mengenai kenyataan terbaru Yusmadi mahu bertanding bebas kerana tidak mahu Parlimen Balik Pulau tewas disebabkan PKR memperjudi 'orang luar' bernama Mohd. Bakhtiar Wan Chik.

"Kalau tak mahu Yusmadi pertahan kemenangan di Balik Pulau, kenapa bawa 'orang luar'? Nak nanya (aniaya) kami kah (anak tempatan Balik Pulau)?" tanya sumber menerusi WhatsApp.

Dalam perkembangan berkaitan, UMNO mempertaruh anak tempatan bernama Datuk Seri Dr Hilmi Yahya bagi merampas kerusi tradisi PKR itu daripada Mohd. Bakhtiar

Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 lalu menyaksikan Umno gagal mempertahan kerusi tradisinya disebabkan meletak 'calon luar' bernama Datuk Dr. Norraesah Mohamad tewas di tangan anak tempatan, Yusmadi.

Yusmadi mendapat 15,749 undi dengan undi majoriti 708 undi menewaskan Dr Norraesah yang mendapat 15,041.  

PRU11 pada tahun 2004 menyaksikan Hilmi menang dengan sokongan 12,937 undi.

Mampukah Yusmadi dan Zolkifly mencari titik persefahan demi memastikan Balik Pulau kekal dimenangi Pakatan Rakyat.

800 undi pro Syed Amer mungkin menyebelah Cikgu Asnah

CIKGU Asnah Hashim
SYED Amerruddin Syed Ahmad yang tidak lagi dicalon lagi di DUN Bayan Lepas sempena pilihan raya kali ini mungkin mendorong kira-kira 800 penyokong tegarnya dari Kampung Seronok mengugut untuk mengoyak kertas undi.

"Kena ingat, lebih 800 undi dari Kampung Seronok di belakang Syed Amerruddin. Din Maksiat tuu siapa?" ujar seorang pemuda Umno Kawasan Balik Pulau malam tadi.

Beliau berkata, Nordin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Din Maksiat tidak layak dicalon mewakili Umno sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Malah katanya, undi protes mungkin akan melonjak sokongan kepada calon PAS, Cikgu Asnah Hashim kelak.

Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 lepas menyaksikan Syed Amerruddin mendapat 6,563 dengan undi majoriti 399 sahaja, menewaskan Asnah yang mendapat 6,164 undi.


BN janji air percuma Selangor bukti Najib Razak tipu rakyat sejak 2008

SAYA rasa Selangor tidak akan bankrap jika 20 meter padu air percuma untuk rakyat dijanjikan oleh Umno BN.

Sebab itu, Najib Razak pun sudah berjanji air percuma di negeri itu hari ini.

Pakatan Rakyat sejak Manifesto 2008 lagi telahpun berjanji dan mengotakan janji mereka sungguhpun Umno Barisan Nasional sebelum ini menggambarkan Selangor akan bankrap.

Di sini, barulah rakyat Selangor nampak bahawa Umno BN selama ini sanggup menipu rakyat di negeri berkenaan demi merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Rakyat boleh kah sokong Umno BN yang terang-terangan tipu mereka?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus