19 April 2013

che'GuBard terima watikah batal hasrat Yusni rebut Sg.Acheh

che'GuBard hari ini mengaku menerima watikah sebagai calon PKR bagi Dun Sungai Acheh.

Pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, beliau dipilih hasil keputusan bersama semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada Pas di bawah presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana turut memberi kepercayaan kepadanya untuk merampas kerusi Dun tersebut daripada Datuk Mahmud Zakaria daripada Umno.

"Penghargaan dan ucapan terima kasih buat Presiden PAS, Pengerusi DAP dan Presiden PKR.

"Watiqah ini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR yang dianggotai oleh pimpinan teratas 3 parti komponen PR.

"Sesuai dengan keputusan ini maka hanya ada satu calon PR akan berdepan dengan BN," ujar che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin menerusi emel petang tadi.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menggambarkan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Md Piah tidak turut bertanding hingga menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Sungai Acheh.

Degil ROS punca tiada calon tanding atas logo DAP

Sejam sudah berlalu. Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak juga menarik balik notis 'pengharaman' DAP sungguhpun diberi masa hingga 3.00 petang tadi.

Steven Sim yang disebut antara muka baru sempena PRU13 ini berkicau, "bulan di dalam hati saya."

DAP akan bertanding menggunakan logo Pas di Semenanjung Malaysia, manakala, logo PKR di Sabah dan Sarawak.

Kalau Umno diharamkan, sudikah MCA-Gerakan berbuat demikian?

Ajaibnya al-Quran membongkar hikmahnya DAP tanding atas tiket PAS, PKR!

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)
BACA dulu tulisan Faqar sebelum ini. Satu, Boleh tanding guna logo DAP hanya dalih SPR, ROS. 


Sambil-sambil tadabbur ayat al-Quran di atas, terus terang saya katakan, saya benci perangan kerana kehilangan jiwa salah satu impak dari peperangan.

Saya boleh suka untuk mengambil sikap tidak berperang kerana takut kehilangan jiwa. 

Tetapi, kesukaan saya itu tetap mengundang keburukan lain, antaranya, jiwa saya dijajah dengan kezaliman yang berpanjangan (jika saya berada dalam kondisi penjajahan bersenjata umpamanya).

Saya benci berperang tetapi peperangan boleh menghentikan kezaliman serta mengembalikan keadilan di maya pada ini.

Saya suka untuk berpeluk tubuh di medan perang, tetapi kesukaan saya itu langsung tidak mengubah nasib saya untuk terus dizalimi.

Di sini lah dapat dilihat hikmah di sebalik baik buruk yang menimpa kita.

Sama lah juga dengan cabaran yang dihadapi oleh DAP sekarang, iaitu kemungkinan 'diharamkan' menggunakan logo parti oleh ROS.

DAP tentu lebih suka menggunakan logo partinya sempena PRU13 nanti sungguhpun akan digambarkan oleh Umno BN sebagai parti anti Melayu.

DAP tentu kurang selesa bertanding menggunakan logo PAS dan PKR sempena PRU13 nanti sungguhpun langkah itu sebenarnya akan membuntukan Umno BN untuk mempengaruhi Melayu bagi menolak calon-calon DAP.

Dari segi lain, langkah itu akan menjernih lagi hubungan setia kawan DAP bersama-sama PAS dan PKR atas wadah Pakatan Rakyat menghadapi politik fitnah Umno BN.

Ini pun perang. Bukan perang bersenjata. Tapi perang dalam konteks piliihan raya.

Nampak tak apa yang DAP suka mungkin bukan terbaik untuk parti masa depan itu?

Nampak tak apa yang DAP mungkin tidak suka, tetapi terserlah hikmah kebaikan untuk parti masa depan ini?

Jom tadabur nas al-Quran di atas dan lihat keajaibannya dalam merencana strategik luar kerangka fikir DAP sekarang.

Setuju?

PRU13: Logo PAS, PKR jadi pilihan DAP


Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang didakwa cuba 'mengharamkan' penyertaan DAP dalam pilihan raya umum kali ini diberi masa hingga 3.00 petang ini untuk menarik balik notis terhadap parti masa depan itu.

Setiausah Agung DAP berkata, 53 calon Parlimen serta 103 calon Dun seluruh negara akan diarah bertanding atas tiket parti komponan Pakatan Rakyat lain jika ROS masih mahu meneruskan hasrat tidak demokratik berkenaan.

"(DAP akan) bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung (Malaysia) dan logo PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya selepas mengendali mesyuarat tergempar parti di Kuala Lumpur malam tadi.

Hadir bersama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta pengerusinya, Karpal Singh.

Pemangku ketua menteri Pulau Pinang itu turut menegaskan bahawa DAP tidak berharap dalih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS yang membenarkan logo parti digunakan bagi calon yang bertanding.

Baginya, langkah ROS menghantar notis terbabit 48 jam sebelum hari penamaan calon yang dijdual Sabtu ini adalah bermotifkan politik serta bertujuan membunuh prospek kemenangan DAP.

“BN telah menggunakan taktik yang kotor dan memalukan untuk menghalang DAP bertanding dengan menggunakan simbol roket.

"Usaha terdesak BN untuk menang secara tidak terhormat ini menjadikan keseluruhan proses pilihanraya seakan satu jenaka,” ujar beliau. 

Semalam, ROS mengutus surat notis menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga 9 Mei depan. 

Namun, enam jam kemudiannya jabatan di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menghantar satu lagi notis aneh yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah tidak diiktiraf.

Ekoran itu, Guan Eng berkata, amarah rakyat khususnya penyokong DAP sewajibnya diterjemah pada Hari Buang Undi yang dijadual 5 Mei depan dengan menyokong Pakatan Rakyat, bukan Umno Barisan Nasional.

“DAP memohon semua pemimpin parti, ahli dan penyokong supaya bertenang dan membiarkan kemarahan terhadap taktik yang begitu memalukan itu diperlihatkan secara jelas melalui peti undi pada 5 Mei 2013,” tegas beliau.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus