Skip to main content

Posts

Showing posts from April 21, 2013

Anwar: Pertembungan di Sg Acheh kerana 'salah faham'

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan PAS.

Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.
"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, dekat Nibong Tebal malam ini.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS.
Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan DUN berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad. -Bernama

Rumah mampu milik tak cukup di Putrajaya :Husam

Kuota perumahan diwujudkan kerana rumah tidak cukup. Ini hakikat, bukan auta.Orang Melayu kata, Cina saja mampu beli rumah sebab kaya.Orang Cina atau India pun kata yang sama, Melayu saja mampu beli rumah kerana dapat barisan daripada Kerajaan.Kalau rumah cukup untuk rakyat, tentu tidak wujud kuota.Putrajaya yang dianggap tiang seri Malaysia pun rupa-rupanya tidak cukup rumah.Itu, antara maklum balas yang Datuk Husam Musa terima semasa bertemu pengundi muda di parlimen itu.Seperti hari-hari sebelum ini, Husam akan mendengar keluh kesah yang diluah oleh warga Putrajaya, lalu, menawarkan polisi baru demi menyelesaikan masalah malar segar itu.Ke mana pun Husam pergi hari ini, beliau akan mengetengahkan keluh kesah anak muda tidak mampu memiliki rumah sendiri.Tidak cukup dengan itu, 'ayam tambatan' berkenaan turut mengutus surat rasmi bagi mengetengahkan masalah rumah tidak cukup di Putrajaya."Mengatasi masalah kekurangan rumah dan telah menghantar surat kepada Datuk Seri Naj…

Kamilia: Wanita Umno sakit hati apabila Zol Nordin, Ibrahim Ali pun boleh jadi calon parti

Pemecatan Datuk Kamilia Ibrahim dari parti memang membuntukan sayap Wanita Umno di Pulau Pinang.

Wanita Umno tak tahu macam mana nak pertahan Umno apabila kepemimpinan parti itu digambarkan lebih mengutamakan 'orang bukan parti' berbanding bakal ketua wanita Umno itu.

Najib Razak boleh beri kerusi kepada Zulkifly Nordin bertanding di Parlimen Shah Alam sungguhpun bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu bukan pemimpin Umno.

Ibrahim Ali pun dapat tempat di Pasir Mas.

Adakah tiada pencalonan punca Wanita Umno isyarat ugut Najib?

Atau Pecat Kamalia serlahkan Umno abai perasan wanita?

Kalau dah tiada tempat dalam Umno sekarang, wanita Umno lain tunggu apa lagi?

Pandainya Muhyiddin 'cover line' selepas pecat bakal Ketua Wanita Umno

Pemangku timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdalih, pertandingan banyak penjuru membabitkan PKR, PAS dan DAP sempena PRU13 sekarang membuktikan Pakatan Rakyat berpecah-belah.

Bagaimanapun, pemecatan Datuk Kamilia Ibrahim dari parti atas alasan bakal Ketua Wanita Umno Malaysia itu bertanding Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak pula dianggap mencerminkan dalaman parti itu sendiri sedang retak menunggu belah.

"Hari penamaan calon, dia melawan sesama sendiri. Ada PAS lawan sesama sendiri dengan PKR," dalih Muhyiddin disiar Buletin 1.30 petang tadi.

Terdahulu, dilaporkan, Pecat Kamilia serlahkan Umno abai perasaan wanita.

SMS ugut sabotaj Anwar jika 'adik' Hafiz Nordin, Mazlan terus dipersoal di Sg.Acheh

SAYA pun dapat SMS yang menyebut penyokog Yusni Mat Piah mengugut untuk menarik semua jentera serta sokonga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh jika calon mereka tidak dikekal tanding di Dun Sungai Acheh.
Yusni adalah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Mustahil dia yang mengarah semua itu sungguhpun penyokongnya sebelum ini didedah menyerang che'GuBard pada hari penamaan calon.

Dalam hati saya bertanya, apa sebenarnya pro Yusninak dalam pilihan raya kali ini?

Saya tak mahu tuduh lah ini semua rancangan dua bekas ketua pemuda PAS untuk bantu memenangkan Umno di Pulau Pinang.

Datuk Dr. Mazlan Ismail mencabar Anwar di Parlimen Permatang Pauh.

Mazlan sebelum ini ada Dakyah tewas Anwar di Permatang Pauh boleh beri lalu Hadi jadi PM.

Hafiz Nordin pun begitu. Siang malam serang Anwar. Yusni tak kata apa-apa pun.

Baru-baru ini, pemimpin PAS Kawasan Penaga ada hubungi saya lalu menyebut, Hafiz dan Yusni baru-baru ini tinjau sebidang tanah di Dun itu untuk satu projek.

M…

Percaya daftar SPR bersih sama macam percaya anak Mamak Kutty jual arak kerana Allah

Masa mengumumkan tarikh penamaan dan buang undi PRU13, Pengerusi SPR kata beliau yakin pilihan raya kali ini paling bersih di dunia.
Daftar pemilih pilihan raya pun tentu lah bersih. Kalau tak bersih daftarpemilih, takkan kita nak kata pilihan raya tetap bersih?
Masuk pilihan raya kali ini, selalu sangat Mamak Kutty kata suara Islam akan lemah kalau Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.
Sekarang ini, suara Islam kuat sangatkah di tanah air selama Umno memerintah negara?
Yang kita tahu, anak Mamak Kutty adalah tauke kilang arak terbesar di Asia Tenggara. San Meguel bukan dipunyai oleh anak Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.
Kilang arak San Megual ini milik anak Mamak Kutty.
Kalau anak Mamak Kutty tauke kilang arak, takkan kita nak kata keluarga Mamak Kutty itu paling Islamis di dunia. 
Malaysia pun Islamis sebab Mamak Kutty yang Islamis itu nak kuatkan suara Islam macam dia kayakan kilang arak anak dia.
Di facebook awal pagi ini, tersebar seorang rakyat Malaysia Razali Yaasin boleh mengun…

Patut lah Husam menangis di Putrajaya...

HUSAM Musa menangis.

Naib Presiden PAS itu tidak sangka kira-kira 3,000 menyertai beliau pada hari penamaan calon semalam.

Putrajaya bukan anak kunci perubahan yang mudah.

Tetapi, beliau yakin PAS boleh menggalas amanah Pakatan Rakyat untuk merampas tiang seri Malaysia itu.

Sejak dua minggu lepas lagi, semua bendera PAS yang dipacak sekitar parlimen itu hilang dek politik luar biasa Umno Barisan Nasional.

Pihak berkuasa tempatan tak membenarkan Husam berceramah di Parlimen itu.

Akhirnya, ribuan rakyat tiap-tiap malam menyambut Husam di pinggiran Putrajaya.

Zolkifly Md Lazim yang mengikut kera-kerja dakwah pasukan Husam Sabtu lepas berkata, ada beberapa keganjilan dalam kempen 'ayam tambatan' Pakatan Rakyat itu.

Bendera PAS hampir tiada di Putrajaya. Sampai ada yang bertanya, "Husam boleh kah...."

Kepada jentera, Husam selalu berkongsi semangat. "Yang mengundi bukannya bendera. Tapi, warga Putrajaya."

Bermula semalam, sukarelawan Husam Musa pula jadi bender…

Steven Sim tanding Parlimen Bukit Mertajam

MENERUSI facebook pagi iniSteven Sim Chee Keong mula menziarahi pasar basah Bukit Mertajam dan pasar pagi Taman Selamat sebelah pagi ini.

Pengalamannya mengikut penyandang Parlimen itu, Chong Eng tentunya menjadi bekalan sempena kempen 15 hari sebelum Hari Buang Undi pada 5 Mei depan.

Steven dilahirkan pada 13 Mei 1982. Oleh itu Steven percaya 13 Mei ialah hari bahagia, meraikan kehidupan bukan pertelingkahan.

Beliau telah berumahtangga, dan isterinya Chan Jo Rin merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat MNC di Pulau Pinang. Kedua-dua beragama Kristian dan menghadiri gereja Faith Community Church di Pusat Perniagaan Maju Jaya, Bukit Mertajam.

Steven bersekolah di SRK Stowell dan seterusnya High School Bukit Mertajam (HSBM). Beliau kemudiannya lulus ijazah Sains Komputer dari Universiti Malaya (2006).

Pada tahun 2012, Steven tamat kursus "Politik dan Polisi di Asia” di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Ramai tak tahu, Steven pernah be…

che'GuBard pelawa Yusni, calon Umno debat terbuka

che'GuBard berkata, politik baru berasas pada persaingan sihat serta 'politik nilai' boleh mengurus pertembungan sengit tiga penjuru di Dun Sungai Acheh yang nyata tidak dapat dielak lagi.

Justeru, pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempelawa pencabarnya Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) serta Datuk Mahmud Zakaria (penyandang Dun Sungai Acheh daripada Umno) untuk saling mengemukakan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh pengundi di Dun berkenaan.

"Setiap calon yang bertanding khususnya di Sg Acheh juga wajar membentang tawaran terbaik di peringkat setempat dan ia harus dibandingkan antara satu sama lain.

"Justeru itu, che'GuBard secara rasmi menjemput calon yang bertanding di Sg Acheh dipertemukan dalam sebuah wacana debat," ujarbeliau di blognya malam tadi.

Beliau berkata, langkah mengemukakan manifesto masing-masing serta berdebat atas idea tersebut adalah lebih sihat untuk ketiga-tiga tokoh.

Semalam, che'GuBard bersama-…

Anwar ke Sg.Acheh pastikan 'satu lawan satu'

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sepatutnya menarik balik watikah calon daripada Yusni Md Piah sebelum Hari Penamaan Calon di kawasan Dun Sungai Acheh kelmarin lagi.Ini kerana, sumber berkata, Pas Pusat mengarah kepemimpinan parti peringkat negeri supaya mengumumkan Yusni tarik diri demi mengelak pertandingan tiga penjuru di Dun itu.Namun, Pas Pulau Pinang di bawah pesuruhjayanya Datuk Salleh Man enggan menurut perintah pusat."Tak kisah lah watikah (yang diterima Yusni) itu ditanda tangan Cikgu Pa (Mustafa) atau Presiden Pas (Tuan Guru Abdul Hadi Awang)," kata seorang pemimpin Pas Kawasan Nibong Tebal di Sungai Acheh malam tadi.Sumber lain pula berkata, Yusni tidak wajar dipersalah ekoran che'GuBard dalam satu ceramah politik di Kuala Kirau, Perak pada 18 April lepas telahpun mengumumkan untuk tarik diri.Yusni dan che'GuBard saling merebut kerusi daripada penyandang, Datuk Mahmud Zakaria daripada Umno.Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ma…

Mujahid pelawa pencabarnya bentang manifesto Sabtu

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempelawa pencabarnya, Mu'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Haji Jamaluddin untuk duduk sepentas bagi mengemukakan manifesto masing-masing.Penyandang Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, 'debat ala presiden' itu akan diada pada Sabtu, 27 April bermula jam 8.30 malam di Dataran Pasar Tani, Taman Kerian dekat parlimen itu."Sama ada calon Umno (Mu'amar Ghadafi Jamal) itu terima pelawaan atau tidak, program itu diteruskan," ujar beliau semalam sejurus selesai proses penamaan calon di Pejabat Daerah Kerian.Mujahid, Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia berkata, penganjur bercadang untuk menjemput Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid untuk menjadi moderator majlis.Mu'amar Ghadafi Jamal merupakan Pengerusi Gerakan 4B Malaysia."Inilah masa terbaik untuk kedua-dua pihak mengemukakan rekod serta idea-idea (manifesto) masing-masing untuk rakyat nilai sebelum 5 Mei (Hari Buang Undi) nanti," ujar beliau.