Skip to main content

Posts

Showing posts from April 23, 2013

Sayang DAP punca Tong Him tarik diri di Kota Laksamana

Kesetiaan pada perjuangan DAP punca Sim Tong Him yang bertanding atas tiket Bebas di Dun Kota Laksamana menarik diri.Langkah itu, katanya, dilakukan demi melorongkan kemenangan kepada calon pilihan parti masa depan itu, Lai Keun Ban.Beliau bagaimanapun berkata beliau akan terus bertanding di Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP."Saya mohon maaf kepada semua penyokong DAP di negeri ini atas apa yang berlaku," kata beliau di Melaka, semalam.Mengenai berita pemecatannya dari DAP, beliau berkata, beliau sehingga kini masih belum menerima surat rasmi mengenai status itu.Terdahulu, Pengerusi DAP Karpal Singh memberi masa 24 jam kepada semua ahli yang bertanding kembali pangkuan parti demi mengelak risiko dipecat.

58 tanding bebas dipecat, larang sabotaj Umno

58 pemimpin Umno sah dipecat gara-gara tidak tunduk pada keputusan Najib Tun Razak yang melarang mereka daripada bertanding atas tiket Bebas.Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar demi membawa agenda wanita parti pun turut berada dalam senarai yang dipecat.Melalui Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno, semua mereka dipecat semalam.Ekoran itu, semua akar umbi Umno sekali lagi diberi amaran supaya bersatu padu, bulan sabotaj calon parti yang sedia ada."Saya juga menyeru kepada semua ahli Umno di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti."Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan boleh melemahkan parti dan Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti," dalih pengerusinya Tan Seri Ahmad Rithaudden Tengku Ismail di Shah Alam.Berikut senarai 58 pemimpin Umno yang dipecat N…