Skip to main content

Posts

Showing posts from April 29, 2013

JASA, Umno buntu Melayu Zairil calon DAP Bkt.Bendera

Masuk hari ke-9 berkempen di Parlimen Bukit Bendera menyaksikan Umno Barisan Nasional masih menyemarak icon of hatred.Pegawai JASA yang berkempen untuk Barisan Nasional membawa klip video mengenai tragedi penganiayaan orang Islam Albania di Bosnia Herzegovenia untuk menakut-nakutkan pengundi, khususnya Melayu.Cerita neratif lengkap dengan filem Tanda Putera yang mengisahkan pembohongan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 turut diwayang dalam kampung-kampung komuniti Melayu.Dalam Parlimen Bukit Bendera, kampung-kampung Melayu yang berjaya ditembusi antaranya Kg. Mutiara, Kg.Chetti serta Kg. Hong Leong. Jalan Batu Gajah yang juga desa pemukiman Cina turut menerima kempen kotor Umno Barisan Nasional.Rata-ratanya pengundi Melayu di kedua-dua kampung itu serta di Jalan Batu Gajah adalah adalah kaum peniaga kecil-kecilan.Salam siri ceramah kelompok kendalian pembangkang, Kerajaan DAP Pulau Pinang digambarkan menindas Melayu.Rata-raya Melayu di situ memang benci DAP sebab DAP parti Cina.Pegawai JAS…

Larang over-time kakitangan serta-merta laluan hapus 'dokumen Putrajaya'?

Arahan tidak langsung untuk kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya supaya tidak berkerja lebih masa (over-time) dikuat kuasa serta-merta bermula 4.30 petang tadi.Responden memberitahu pekeliling telahpun dikeluarkan di semua jabatan berwajib, tetapi, tiada salinan surat pekeliling dipamerkan.Sumber tidak menolak kemungkinan bahawa arahan 'luar biasa' itu ada kaitan dengan musim pilihan raya umum yang dijadual berakhir pada Ahad ini.Ahad ini adalah Hari Buang Undi serentak di seluruh negara.Tinjauan rambang di laman Facebook antara lain turut menyebut, tujuan surat pekeliling berkenaan dikeluar sebagai persiapan untuk menghapus dokumen serta bukti berwajib membabitkan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional Pusat yang lazim dilakukan selepas waktu bekerja saban pilihan raya umum."Tiada over-time, ertinya tiada orang di pejabat selepas waktu bekerja normal."Mungkin kakitangan kerajaan atas diarah hapus semua dokumen dan bukti tertentu babit Menteri (serta) pegawai at…

Husam, Iron Man calon PAS Putrajaya rupa-rupanya!

SAMA?

[Youtube bocor] Inilah filem 'Tanda Putera' yang pemuda Umno tak sempat tapis tapi mula tersebar!!!

Di bawah ini adalah youtube yang pemuda Umno tak sempat tapis tetapi mula disebar dalam media rakyat.

Yang ditapis akan disiar dalam malam sebelum mengundi PRU13.

[Youtube bocor] 'Tanda Putera' yang Najib nak tayang dalam TV malam sebelum Hari Buang Undi gua tayang sekarang!

Yang bawah ini lain. Tak sempat tapis. 

[Youtube bocor] Bik Mama jadi bahan kempen bakal PM untuk bunuh karektor Najib Razak sekarang?

Sebelum tengok youtube paling ajaib dalam abad ini seperti di bawah, elok baca dulu entri [Youtube bocor] 'Tanda Putera' yang Najib nak tayang dalam TV malam sebelum Hari Buang Undi gua tayang sekarang!

Kalau nak tahu siapa buat parody ini, boleh tanya grup bakal perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan perdana menteri. Dia Timbalan saja.

Kah kah kah

Musa Hassan penasihat 'projek alih kuasa aman Putrajaya' daripada Najib Razak

Tan Sri Musa Hassan bersetuju untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan proses peralihan kuasa secara aman dilakukan semasa Umno BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak tewas PRU13.

Pengumuman bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu diumumkan dalam satu sidang media bersama-sama Pengerusi Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR), Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein  hari ini.

Musa berkata beliau bersetuju untuk menjadi penasihat bagi majlis itu bukan atas kepentingan politik, tetapi demi menyelamatkan masa depan negara.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan…

Polemik Hudud yang Umno tajamkan rupa-rupanya harmonikan ideologi PAS, DAP

USAHA pentadbiran Najib Tun Razak menajamkan perbezaan politik antara PAS dan DAP khususnya mengenai polemik Hudud rupa-rupanya membantu kedua-dua parti itu untuk saling mengenali serta saling bersetuju untuk menghormati perbezaan yang wujud.

Malaysiakini.com melaporkan:
Perbezaan antara PAS dan DAP hanya "lima peratus" sahaja dari keseluruhan isu dan kedua-dua parti bersetuju dalam begitu banyak perkara lain, kata pemimpin kedua-dua parti tersebut. Di dalam satu kenyataan bersama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kedua-dua parti juga mengiktiraf hak kedua-dua pihak untuk mengamalkan ideologi masing-masing.

"Kami menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan manifesto bersama kita," kata kenyataan itu.

"PAS mempunyai hak untuk berjuang untuk pembentukan sebuah negara Islam sendiri, manakala DAP mempunyai hak untuk berjuang untuk satu sistem kebangsaan yang tidak selari dengan sebuah ne…

[Youtube bocor] Laungan "Reformasi" bukan lagi milik Anwar seorang sahaja...

PRU13: Najib yakin rakyat tak mampu ulangi 'Thunami Politik' 8 Mac

DATUK Seri Najib Tun Razak yakin majoriti rakyat akan menyokong Umno Barisan Nasional dalam PRU13 serta tidak mampu lagi menghukum Umno Barisan Nasional sebagaimana dalam pilihan raya umum lepas, pada 8 mac 2008.

Pemangku perdana menteri itu berdalih demikian semasa ditanya wartawan mengenai kesediaannya untuk memastikan proses peralihan kuasa dilakukan secara aman semasa Umno BN tewas dalam PRU13.

Najib berkata rakyat bersedia menyokong kepemimpinannya atas dalih Umno serta parti-parti komponen Barisan Nasional lain tidak saling tidak bergaduh seperti Pakatan Rakyat.

"Sekurang-kurangnya kita tiada parti kompenan yang berlawan sesama sendiri," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bersama rakyat di tapak pasar lambak Pekan Nenas, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai kemungkinan undi popular rakyat pergi kepada Pakatan Rakyat ekoran tersebarnya laporan Lagi akhbar antarabangsa ramal Najib tanpa sokongan Cina tewas PRU13.

Pilihan Raya Umum Ke-1…

[Youtube bocor] 'Tanda Putera' yang Najib nak tayang dalam TV malam sebelum Hari Buang Undi gua tayang sekarang!

Filem perkauman ekstrem Tanda Putera yang mengisahkan mengenai putar belit sejarah Tragedi Hitam 13 Mei 1969 akan ditayang secara langsung dalam semua media arus perdana pada malam sebelum Hari Pembuangan Undi 5 Mei nanti.
Rancangan jahat yang dikaitkan dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Kementerian Penerangan, kebudayaan & Warisan itu akan dilangsungkan demi mengalih semula sokongan rakyat, khususnya Cina kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pegawai penyiaran kanan di Angkasapuri RTM yang dihubungi petang tadi berkata, kempen kotor itu sebenarnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, katanya, tayangan itu telah beberapa kali ditayang secara haram kepada mahasiswa di beberapa Universiti tempatan.

Dua adik saya pun masih belajar di Universiti. Kedua-duanya saksi filem itu dulu dan bincang di meja makan semasa pulang bercuti.

Saya ingat, mahasiswa yang pernah menonton filem itu umumnya seperti adik saya, …

Mazlan Ismail tak tahu al-Quran buktikan Ahli Kitab yang kafir pun pakai kalimah Allah!

DATUK Dr Mazlan Ismail yang bertanding atas tiket Umno di Permatang Pauh berjanji nak pertahan kalimah Allah dengan meminta orang Islam di parlimen itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena PRU13 ini.

Itu maklum balas semasa sesi ceramah kelompok di Kampung Belah Dua semalam.
'DAP Melayu' Khairul Ishak pun ada dalam ceramah itu.
Semasa berdialog, saya tanya, "Apa yang bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Mazlan) itu nak pertahankan?"
Orang kampung kata Mazlan paksa semua kami percaya Islam haramkan bukan Islam guna kalimah Allah.
Saya kata, "Mazlan sama celaru dengan Nasharuddin Mat Isa yang puak-puak Yusni Mat Piah puja atas nama ulama dulu-dulu."

Saya tidak mahu mengulas apa yang telahpun disebut oleh Anwar sebelum ini.
"Kalimah Allah ini digunakan sejak Nabi Muhammad belum dibangkitkan sebagai Rasul lagi. Ayah Rasulullah namanya Abdullah yang bermaksud 'Hamba Allah'," jelas Anwar.
Kalau kita belek (baca: tadabbur) al-Quran, di dala…

Punca Mohd.Noor halang Yasir Said bantu che'GuBard di Sg.Acheh...

Kempen memenangkan che'GuBard di Dun Sungai Acheh semalam yang membabitkan juara Cub Prix Asia 2009, Yasir Said hampir tergendala gara-gara dihalang oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun.

Didedahkan, Mohd. Noor sejak Jumaat lepas menghubungi Yasir lalu mengarahkan ikon ARC itu supaya memboikot kempen che'GuBard di Dun yang hampir menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) dan penyandang Datuk Mahmud Zakaria (Umno).

"Semasa menghubungi Yasir, Mohd. Noor berkata PAS batal tahalluf siyasi dengan PKR di Dun Sungai Acheh," ujar seorang AJK PAS Pulau Pinang malam tadi.

Namun, Yasir dilaporkan menolak arahan itu atas alasan tiada pengumuman rasmi bahawa PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR hatta Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Mohd. Noor cuba dihubungi semalam untuk mendapatkan maklum balas lanjut tetapi gagal.

Bagaimanapun, laporan khusus mengenai tekanan Mohd. Noor kepada Yasir serta kumpul…

Lagi akhbar antarabangsa ramal Najib tanpa sokongan Cina tewas PRU13

STANLEY Thai, 53, berkata beliau antara beribu-ribu ahli perniagaan Cina pro perdana menteri Datuk Seri Naib Tun Razak buat julung-julung kalinya akan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13, lapor Bloomberg Businessweek.

"Mengapa oarang Cina menolak Kerajaan (Pusat)...itu mudah sahaja," kata pemilik kilang pengeluar sarung tangan getah perubatan Supermax Corp. (SUCB) dalam satu wawancara baru-baru ini dengan portal berita antarabangsa tersebut.

Ahli perniagaan itu berkata, sokongan kepada pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah demi masa depan anak-anak Malaysia.

"Kita tidak mahu anak-anak kita mengalami apa yang kita deritai (iaitu) keciciran dalam pendidikan, peluang-peluang kerjaya (serta) peluang-peluang perniagaan," kata beliau.

Cina adalah satu perempat daripada komposisi rakyat Malaysia yang dikatakan kian toleransi dengan dasar tranformasi afimatif yang dipopular semula dalam pentadbiran Najib.

Tidak mendapat sokongan Cina membolehk…