02 May 2013

Bakar van DAP simbol Umno BN P.Pinang ganas

Tiada masalah jika nak mengaku Bukit Tengah ini sudah menjadi kubu kuat Teng Chang Yeow sebab pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu calon di Dun berkenaan.

Tapi, jangan bakar van persendirian orang lain kalau penyokong Chang Yeow tak suka bendera DAP digantung di van tersebut.

Hampir semua akhbar berbahasa Cina melaporkan insiden keganasan di Kampung Tok Panjang itu.

Media arus perdana bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mungkin tak siar hakikat politik gangster ini.

Sejak jam 3 petang tadi, saya meneman DAP Melayu Khairul Isahak berkempen menaiki Jeep yang terpampang muka calon Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong.

"Selepas mesyuarat tengah hari tadi, saya pun dinasihat senantiasa berteman ke mana-mana supaya ada saksi jika Umno serang fizikal," kata Khairul.

Lantas itu, saya berseloroh, "takkan Melayu (Umno) bakar Melayu."

Kami berdua gelak.

'Tak perlu tinggal Umno sebab saya mahu Dr. undi PR saja'

P.Pinang untung tiap-tiap tahun, Pusat rugi 15 tahun berturut-turut yang saya sebut di Dun Seberang Jaya semalam dipertikai oleh seorang penyokong Umno bergelar doktor perubatan.

Responden berkata Pulau Pinang boleh surplas kerana Lim Guan Eng gagal berbelanja peruntukan pembangunan yang hakikatnya penting untuk rakyat.

Dalam hati, saya kata, patutlah Dr. Afif Bahardin bertanding di Dun Seberang Jaya.

"Pengundi pun krisis, wakil rakyat (Dr.Afif) mereka mesti lebih kritis."

Saya beri pembesar suara kepada Dr itu supaya beliau boleh mengemukakan data berhubung dakwaan itu.

Beliau berkata, "itu bulan dakwaannya. Tetapi, itulah yang selalu disebut oleh Teng Chang Yeow (Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang) dalam siri perjumpaan dengan penyokong parti."

Lantas itu, saya berkata, "saya pun selalu terbaca kenyataan sebegitu di dada akhbar TheStar."

Semua kita tahu, Umno BN tewas di Pulau Pulang. Akibatnya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bukan lagi ketua menteri di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP jadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana undi perubahan daripada rakyat semasa PRU12 majoriti memihak pada Pakatan Rakyat.

Perbelanjaan pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang antara tahun 2008 hingga 2011 berjumlah RM743.4 juta.

Perbelanjaan pembangunan empat tahun sebelum itu (2007 hingga 2004) berjumlah RM444.5 juta.

Ini bermakna Guan Eng berbelanja RM743.4 juta. Manakala, Dr Koh berbelanja lebih sedikit, iaitu sebanyak RM444.5 juta.

Perbezaan perbelanjaan Guan Eng berbanding Dr. Koh adalah sebanyak RM298.9 juta atau 67.2 peratus.

Gambarannya di sini, dakwaan Guan Eng gagal berbelanja peruntukan pembangunan hingga surplas meningkat adalah fitnah dan tiada asas.

Selepas selesai ceramah kelompok, saya kata, "Saya cuma mahu undi Dr. untuk Pakatan 'ini kalilah'. Dr. tak perlu tinggalan Umno kalau sayang parti itu."

Dr lelaki muda itu peluk saya.

Dia senyum.

P.Pinang untung tiap-tiap tahun, Pusat rugi 15 tahun berturut-turut

Lihat rajah di bawah, rakyat akan faham RM500 BR1M diagih Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang bukan sebab Kerajaan Pusat ada lebihan kewangan.

Kerajaan Umno BN Pusat sudah amal belanjawan defesit atau hutang masuk tahun ke-15 berturut-turut.

Kali terakhir Kerajaan Pusat berjaya keluar dari belanjawan defisit adalah semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.

Hutang terkumpul negara sekarang sudah mencecah lebih RM550 bilion.

Kalau dihitung dengan penduduk Malaysia kira-kira lebih 27 juta,  nisbah hutang yang wajib tiap-tiap rakyat tanggung adalah sebanyak lebih RM22,700.

Warga emas, ibu tunggal, pelajar emas dan OKU masing-masing terima RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Macam-macam lagi sumbangan emas diberi secara berperingkat daripada pentadbiran pemangku ketua menteri, Lim Guan Eng sejak Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan negeri pada 8 Mac lepas.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, rakyat Pulau Pinang boleh menerima pelbagai sumbangan emas kerana tadbir urus Kerajaan Negeri mengalami lebihan kewangan atau surplas.

"Kita bukan seperti (Kerajaan) Pusat, terpaksa berhutang lebih banyak...sudah 15 tahun amal belanjawan defisit, untuk tiru kita beri sumbangan tunai kepada rakyat.

"Sebab itu, kita mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, kerana pengalamannya jadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dulu berjaya mengelak dari belanjawan defisit ini," tegas Guan Eng di Johor Bharu baru-baru ini.

Lebih 20 ribu rakyat menyambut Guan Eng di negeri jolokan 'Kubu Kuat Umno' berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan jumlah suplas Pulau Pinang bagi tahun 2011 berjumlah RM138 juta.

Surplas tahun 2010 pula berjumlah RM33 juta.

Ini bermakna, suplas meningkat lebih RM105 juta atau 312 peratus.

Suplas Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2009 dan 2008 masing-masing RM77 juta dan RM88 juta.

Tunas itu, Kerajaan Pusat dan Pulau Pinang masing-masing ada beri sumbangan tunai kepada rakyat.

Yang berbeza, pusat berhutang, manakala, untung surplas jadi sumber Kerajaan Pulau Pinang.

Faham?

Najib ubah strategi kempen dari amaran pada rayu

Kempen Datuk Seri Najib Tun Razak sejak semalam di Melaka tidak lagi dalam nada amaran seperti sebelum ini, tetapi, mula bernada rayu.

"Kalau tak pegang banner 'I love PM', saya mohon bantu pentadbiran saya," kata pemangku perdana menteri di UITM Melaka.

Terdahulu, presiden Umno itu dilaporkan memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya kenang budi pemimpin Umno Barisan Nasional.

Malah, beliau melarang rakyat menyokong slogan 'Ubah' yang dibawa Pakatan Rakyat atas dalih akan memusnahkan negara.

Difahamkan, Najib memilih nada rayu ekoran fenomena ceramah umum Pakatan Rakyat di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka disambut puluhan ribu rakyat saban malam

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus