03 May 2013

Tentera dedah dakwat tak kekal dipenjara, notis tukar kerja 24 jam

Tak cukup diremam tanpa bicara di penjara tentera seharian, pengundi pos berdaftar di Kawasan Parlimen Bagan diberi notis 24 jam tukar kem serta merta petang tadi.

Mangsa, Major Zaidi yang merupakan juruterbang tempur di Kem TUDM Buttterworth menerima tekanan demikian gara-gara membuat aduan polis mengenai dakwat SPR tak kekal semalam.

Aduan mangsa turut disiar langsung di semua media arus perdana semalam, termasuk Buletin TV3.

Satu kenyataan akhbar akan dibuat di Dataran Merdeka dekat George Town malam ini, kata peguam mangsa.

Peguam kemudiannya berkata, anak guamannya itu akan buat sidang media sekarang di kediamannya, Taman Bertam dekat Parlimen Kepala Batas.

"Wartawan dah penuh di rumahnya dekat Taman Bertam. Mangsa tengah kemas barang (untuk) pindah malam ini juga...jika tidak, perintah tentera akan sumbat balik mangsa ke lokap malam ini juga," ujar sumber menerusi telefon.

Isteri ganti Guan Eng botak kepala tentang politik wang Umno BN

Isteri Lim Guan Eng antara 100 penyokong Pakatan Rakyat termasuk pemimpin DAP yang membotakkan kepala masing-masing hari ini di Kuil Kek Lok Si dekat Bukit Bendera.

Betty Chew dan peserta lain bertindak demikian sebagai menentang amalan politik wang membabitkan Umno Barisan Nasional sempena PRU13 yang tinggal dua hari berbaki kempen sebelum Hari Buang Undi pada Ahad ini.

"Acara ini dianjurkan oleh mereka yang menentang politik wang, oleh penyokong kita dan bukan orang parti," ujar Betty Chew dipetik Malaysiakini.com.

Terdahulu, dilaporkan, Kesal SPR tipu PRU13, Guan Eng DAP lain botak kepala?

Komtar tidak 'diselimut' bendera 1Malaysia lagi

Bendera 1Malaysia yang menyelimut setiap inci bandar George Town sejak sebelum Hari Penamaan Calon 25 April lepas mula diturunkan malam tadi.

Ini kerana, bendera 1Malaysia yang dipopular oleh Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya menggamit perasaan marah serta benci majoriti komuniti Cina di Pulau Pinang.

"Cina benci bendera tunjuk langit (1Malaysia). Teng Chang Yeow (Pengerusi BN Pulau Pinang) kena marah.

"Pengurus kempen Najib arah turun semua bendera malam tadi...sebatang RM10," ujar jentera Chang Yeow di Kampung Tok Panjang Dun Bukit Tengah malam tadi.

Tinjauan sehingga jam 11 pagi tadi di Komtar yang menempatkan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapati banyak bendera 1Malaysia mula diturunkan oleh kontraktor tertentu.

Kesal SPR tipu PRU13, Guan Eng DAP lain botak kepala?

Tinggal dua hari berkempen, Lim Guan Eng dan seluruh calon DAP yang bagi kerusi DUN dan Parlimen seluruh Pulau Pinang khabarnya mengadakan perhimpunan tergempar di Bukit Bendera.

Mereka, katanya nak botak kepala masing-masing sebagai manifestasi pada tuntutan Pilihan raya yang bersih dan adil.

Sudah lama DAP tuntut penggunaan dakwat kekal, proses undi pos membabitkan tentera dan polis menggunakan dakwat tidak kekal.

Sudah lama minta ketelusan dalam daftar pemilih, sejak 2 Mei lepas, didedah import besar-besaran warga asing daripada Sabah-Sarawak ke Semenanjung.

"Apa yang dilakukan ini untuk tuntut pilihan raya yang bersih. Tipu pilihan raya, rakyat turun pilihan raya," ujar sumber semasa dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Lydia Ooi Kok Fooi yang menyandang kerusi Dun Berapit dalam pilihan raya kali ini adalah calon DAP yang mula-mula sekali dikesan botak kepala sehari selepas Hari Penamaan Calon pada 21 April lepas.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

Gambar Bangla tiba di lapangan terbang, sedia sokong 1Malaysia Najib Razak


[Youtube bocor] Bangla pengundi hantu SPR ada lima orang dalam rumah saya..

[Edisi Kantoi] Kaabah Saiful Bukhari dalam studio Hollywood


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus