05 May 2013

Tiga tong undi Putrajaya hilang punca Husam kalah, SPR kira semula

Tiga tong undi dikesan hilang di Pusat Pejumlahan Undi di Putrajaya sebentar tadi mengakibatkan SPR bersetuju untuk mengira semula undi di Parlimen itu.

Perkembangan terbaru itu sekaligus mengubah keputusan tidak rasmi SPR sebelum ini, iaitu calon Pas Datuk Husam Musa tewas lebih 5,000 di tangan penyandang, Tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha Agung Umno).

Mampukah pengiraan semula kesemua undi di Parlimen itu merealisasikan hasrat Husam untuk 'buka pintu Putrajaya dari dalam'.

Dalam perkembangan lain, dijangka SPR bakal menerima tekanan yang lebih kuat, termasuk kemungkinan pelaksanaan undi semula.

Steven Sim 'pecah rekod' Chong Eng di BM, majoriti 43063 undi

Stevan Sim Chee Keong dapat 55,877 undi sekaligus menewaskan calon BN yang mendapat 12,814 sahaja.

Majoriti memang, 43,063 undi.

Chong Eng dalam PRU12 menang dengan majoriti undi 25,897 undi

Peraturan turun undi dalam PRU13 ini sebanyak 88.09%

Undi rosak sebanyak 899

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar sebanyak 78,996 orang.

Dalam perkembangan lain, ketiga-tiga Dun dalam Parlimen BM turut dimenangi PR.

Chong Eng, Lydia Ong Kok Fooi dan Lee Khai Loon masing-masing mulai dipanggil YB bagi Dun Padang Lalang, Berapit dan Machang Bubok.

Che'GuBard tewas Sg.Acheh dek 'undi dingin' Yusni?

Keputusan tidak rasmi SPR di Dun Sungai Acheh menyaksikan che'GuBard tewas tipis di tangan penyandang, Datuk Mahmud Zakaria (Umno).

che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendapat 6098 undi menghampiri Mahmud yang mendapat 6709 undi.

Beza undi 611 undi sahaja.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Mat Piah yang degil hingga menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Dun itu mendapat 682 undi.

Adakah 682 'undi dingin' daripada penyokong Yusni?

170 undi diumum sebagai undi rosak.

che'GuBard dalam reaksi spontan berkata beliau minta maaf kerana gagal merampas Dun itu.

Malah, kata pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi, Pas sendiri tidak wajar dipersalahkan kerana setiakawan bersama Pakatan Rakyat.

"Sorry gagal deliver Sg.Acheh for PR.. I'm tried my best already," ujar beliau dikesan di WhatsApp pada detik 10.59 malam ini.

Ekoran itu, penyokong che'GuBard tidak menolak kemungkinan bahawa kekalahan itu berpunca oleh "bukan salah pas, tapi, segelintir yang jadi ajen umno."

Terdahulu, penyokong Yusni dalam Pas didedah melancarkan 'kempen dingin' ke atas pasukan che'GuBard gara-gara mahu ketua pemuda mereka tidak mempunyai tempat di Dun berkenaan.

Punca Mohd.Noor halang Yasir Said bantu che'GuBard di Sg.Acheh...

Kempen anti che'GuBard di Sg.Acheh babit muslimat, pemuda Pas?

Mustafa janji Sg.Acheh 'satu lawan satu' :che'GuBard.

[video] che'GuBard sebak pro Yusni tak lawan Umno, tapi...

che'GuBard pelawa Yusni, calon Umno debat terbuka.

che'GuBard terima watikah batal hasrat Yusni rebut Sg.Acheh.

che'GuBard ikrar gerak rakyat pertahan P.Pinang, menangkan Putrajaya.

Pro Yusni, che'GuBard dingin sampai boikot demo pertahan Guan Eng?

Pro Yusni kepong che'GuBard, halang serah borang calon Sg.Acheh.

Pas masih dahului di Kelantan, Umno kata 'tidaaakkkk'

UPDATE INFO KELANTAN SETAKAT INI 11.28PM

PAS KEKAL DI KELANTAN: DUN 31 -11

PARLIMEN

PAS - 8 VS BN - 5

PAS

1. Tumpat
2. Pengkalan Chepa
3. Kubang Kerian
4. Kota Bharu
5. Rantau Panjang
6. Pasir Mas
7. Kuala Krai
8. Pasir Puteh

BN

1. Gua Musang
2. Jeli
3. Machang
4. Tanah Merah
5. Ketereh

Dalam Pengiraan:

1. Bachok

PAS VS BN - 8 vs 5

DUN PAS DIJANGKA KUASAI KELANTAN.

1. Kelaboran
2. Pasir Pekan
3. Wakaf Bharu
4. Kijang
5. Chempaka
6. Tanjong Mas
7. Kota Lama
8. Bunut Payong
9. Tendong
10. Pengkalan Pasir
11. Chetok
12. Meranti
13. Gual Periok
14. Bukit Tuku
15. Salor
16. Pasir Tumboh
17. Demit
18. Melor
19. Kadok
20. Bukit Panau
21. Kemahang
22. Limbongan
23. Pulai Chondong
24. Temangan
25. Kemuning
26. Mengkebang
27. Manik Urai
28. Panchor
29. Tawang
30. Gall
31. Perupok
32. Jelawat

DUN BN KUASAI

1. Nenggiri
2. Paloh
3. Galas
4. Air Lanas
5. Kuala Balah
6. Bukit Bunga
7. Selising
8. Semerak
9. Gual Ipoh
10. Dabong
11. Kok Lanas

Masih dlm Pengiraan:

1. Pengkalan Kubor
2. Guchil

TOTAL: 32 -11

Masih menunggu 2 Dun. Kesimpulan PAS berjaya Kekalkan Kelantan. Alhamdulillah.

Avatar FB dakwa SPR seleweng di Pusat Undi Machang Bubok

Menerusi Facebook, SPR didakwa menyeleweng proses pilihan raya di Pusat Undi Sekolah Kebanggaan Machang Bubok dekat Parlimen Bukit Mertajam.

Menurut responden, SPR mendatangkan kertas undi bagi parlimen dan Dun diarah buang dalam tong bersilangan.

Lihat dakwaan seperti di bawah:

3 'panglima Pas' tewas, Salahudin menang Pulai?

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa masing-masing dilaporkan tewas di Parlimen Marang, Pendang dan Putrajaya.

Itu informasi yang diteroka mengetuai telefon sejak jam 9.45 malam tadi.

Sungguhpun tiga 'panglima Pas' itu tewas, Naib Presiden Pas Salahudin Ayub dilaporkan menang di Parlimen Pulai, Johor.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

Penanti, Sbrg.Jaya kini diwakili dua 'doktor PKR'

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan baru mengumumkan Pakatan Rakyat kekal diberi mandat di Pulau Pinang dengan majoriti dua pertiga, lapor apps Undi PRU13.

Laporan tidak rasmi SPR turut menyebut Dr Afif Bahardin yang bertanding atas tiket PKR berjaya merampas Dun Seberang Jaya daripada Umno BN dengan majoriti lebih 4,000 undi.

Sumber tidak rasmi sama menyebut, Dr Norlela turut berjaya mempertahan kerusi Dun Penanti dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Berita lanjut menyusul kemudian.

[Jadual] BN dahului Sarawak 23 Parlimen, DAP 4

Barisan Nasional di depan dengan menguasai 23 kerusi Parlimen Sarawak, manakala DAP mendapat empat kerusi sahaja.

Info tidak rasmi itu dipetik daripada sesawang SPR. Lihat di sini.

Apps JustUndi dipertikai, PR khabarnya tumbang di Kedah?

Laporan tidak rasmi apps JustUndi mengenai keputusan tidak rasmi PRU13 dipertikai.

Itu, termasuk laporan detik 8.29 malam tadi, iaitu PR kuasai majoriti Parlimen, semua negeri tumbang kecuali Perlis Sarawak.

Tujahan rambang di Facebook menyebut, Kerajaan Pas Kedah berjaya dirampas oleh Umno BN kembali.

Malah, kedudukan PR di Selangor pun 'goyang', lapor responden Azhar Che Saad.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

PR kuasai majoriti Parlimen, semua Negeri tumbang kecuali Perlis, Sarawak

Negeri |PR |BN
Perlis 7   7
Kedah 30  6
P.Pinang  32   7
Perak  40   14
Pahang  27  14
Selangor  40   10
Negeri Sembilan  27  9
Melaka  22  6
Johor  36   19
Sabah  48  10
Sarawak ? (PRN Sarawak kan dah buat)
Terengganu 22  9
Kelantan  37  7

Parlimen |PR | BN
PAKATAN 85
BN 59

Ini keputusan tidak rasmi SPR Malaysia 8.29 malam ini, dipetik daripada apps JustUndi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim 6.00 petang tadi dilaporkan telah bergegas ke Kuala Lumpur.

Sidang media 11.00 malam ini.

Astro Awani tak lapor Hishamuddin sekeluarga lari keluar negara?

Keluarga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussain selamat daripada nahas penerbangan helikopter petang tadi, lapor Astro Awani.

Komen saya, ini bukan insiden dalam tugas kerana membabitkan keluarga menteri.

Kenapa pada hari yang begitu penting iaitu Hari Buang Undi, Hishamuddin berpindah randah secara tidak rasmi?

Lari keluar negara?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus