06 May 2013

Rumus SPR tipu kertas undi semasa B.L.A.C.K.O.U.T

Dalam borang 16 SPR, PACA tidak diberi penjelasan mengenai E - Bilangan kertas undi yang dikeluarkan tetapi tidak dimasukkan ke dalam peti undi...

Kebanyakan kawasan PR tewas, bilangan kertas undi yang tidak dimasukkan dalam peti undi mencecah ratusan kertas undi.

Dengan erti kata lain, kertas undi sokongan kepada PR dikeluarkan dari peti undi semasa blackout.

Analisis PRU13: Najib jadi PM semasa undi popular rakyat tidak bersama BN lagi

PRU12 menyaksikan Umno BN mendapat 4.08 juta undi popular atau 50.6 peratus daripada rakyat.

Manakala, Pakatan Rakyat mendapat 3.67 juta undi popular aka 49.4 peratus daripada rakyat.

BN perintah negara dengan undi popular beza kira-kira 4 peratus sahaja.

PRU13 ini, Pakatan Rakyat mendapat 5.6 juta undi popular aka 51.32 peratus, berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi aka 48.67 peratus sahaja.

Kesimpulan, majoriti rakyat sudah menyokong Pakatan Rakyat, tetapi BN boleh perintah negara.

Apakah isyaratnya?

Muhyiddin Yassin akan jadi perdana menteri dalam masa terdekat sungguhpun Najib baru dimahsyurkan semula sebagai perdana menteri hari ini.

Tanya lah Dr. Mahathir Mohamad...

"Lagi lambat Muhyiddin jadi PM, lagi lambat lah anak mahathir jadi Timbalan...," kata Datuk B, ahli politik Kedah melalui telefon sebentar tadi. 

Buletin TV3 lapor Husam bukan Exco Kelantan lagi?

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa antara yang digugur dalam senarai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, lapor Buletin TV3 malam ini.

Bagaimanapun, laporan itu masih tidak disahkan oleh media rasmi di negeri berkenaan atau lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net.

Cakap-cakap politik di laman sosial turut menyebut kemungkinan Husam disingkirkan dari radar politik Kelantan.

Pun begitu, responden dari Kelantan yang dihubungi lewat petang tadi menyebut, majoriti kepemimpinan utama sayap pemuda PAS negeri serta badan bertindak Kembalikan Royalti Minyak Kelantan (R) mulai menghantar isyarat dingin kepada pihak berwajib.

Mereka mahu melancarkan protes terhadap kepemimpinan PAS Kelantan serta Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar yang baru, iaitu Datuk Ahmad Yaakub budaya cah keting sah dilakukan ke atas ikon ekonomis berkenaan.

Info lanjut menyusul kemudiaan.

Kecewa Melayu tak sokong PAS, lagi Cina tangis di FB sebab Najib sebut 'Tsunami Cina'


LAGi Cina memaparkan gambar menangis di Facebook.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyifatkan perubahan dalam pilihan raya kali ini sebagai Tsunami Cina menerima reaksi kecewa daripada avatar Kenryuu Ong.

Berikut surat terbuka Cina itu dalam terjemahan Melayu.
Bakal Perdana Menteri baru Malaysia DS Najib menyifatkan rayuan rakyat sebagai 'Tsunami Cina'.
Saya susah dapat terima hakikatnya ia diakhiri dan disimpulkan dengan istilah 'Ras' atau 'Perkauman' selepas pilihanraya.
Padahal kita sokongan kuat dari kita kepada Pakatan Rakyat menandakan kita sudah lama mengenali sendiri sebagai rakyat Malaysia.
Kita bukan warganegara China, negeri China tu beribu-ribu jauh jaraknya dari Malaysia. Kita dilahirkan di atas bumi Malaysia, tanahair kita tak lain daripada Malaysia.
Ramai Baba / Nyonya menetap di kampung halaman semenjak Kesultanan Melaka dan cinta kita pada ibupertiwi tidak kurang banding dengan mana-mana pihak.
Adakah saya memperkenalkan saya sebagai orang Cina ketika merantau jauh?
Dimana jua saya seorang warga Malaysia. Setiap orang yang mengenal saya faham akan hakikat saya seorang yang enggan pernah menduga orang lain dengan pendirian sendiri. 
Saya tidak dapat tidur semalam selepas mendengar istilah 'Tsumani Cina'. Saya tidak dapat menegakkan keadilan untuk saudara Teo Beng Hock, yang meninggalkan anak, isterinya berjanda.
Lebih-lebih lagi untuk saudara Ahmad Sarbani dan M. Ragu yang mati tanpa penjelasan kepada awam.
Saya tidak sempat untuk memilih kampung halaman yang selamat, untuk rakan-rakan sekolah, saudara-saudari, dan ahli-ahli keluarga di luar Pulau Pinang.
Saya meminta maaf kerana saya tidak dapat menunaikan janji saya pada negara. Sekali-kalilah sewaktu kita memilih pilihan sendiri, kita dicaci oleh orang, disimpulkan sebagai 'RASIS'.
Tiket pilihanraya ini memecahbelahkan kita dan menyakiti ramai orang.
Hari ini, saya kepingin memberi tahu pentadbir BN, kita tidak memerlukan orang Cina dalam kabinet persekutuan. Kita hanya perlukan wakil rakyat Malaysia, padahal sesiapapun dalam BN and PR boleh mewakili semua rakyat. 
Tanggisan untuk ibupertiwi. 6 Mei 2013. 

Mukhriz MB Kedah, kenapa Najib tak gembira macam Muhyiddin?

MUKHRIZ baru dimahsyurkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Azizan Razak kalau dia larat, dia boleh jadi ketua pembangkang di negeri berkenaan.

Selepas pilihan raya ini, Najib Razak nampak sedikit gembira dan terus mohon agar terus diberi mandat sebagai perdana menteri.

Muhyiddin Yassin nampak lebih gembira sungguhpun dia kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sembilan kerusi Parlimen Pakatan Rakyat yang telah menang dalam pilihan raya umum lepas berjaya dirampas oleh  Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat berjaya rampas sembila kerusi Parlimen yang baru.

PRU12, BN dapat 140 kerusi Parlimen. PRU13, BN dapat 133 kerusi Parlimen sahaja.

Pilihan raya lepas, Pakatan Rakyat 82 kerusi Parlimen. Sekarang, oposisi dapat 89 undi.

Tuntasnya, Pakatan Rakyat tambah TUJUH KERUSI PARLIMEN.

Keputusan ini tentu tidak selesa bagi Najib. Umno BN hilang tujuh kerusi parlimen.

Keputusan ini tentu membuatkan Dr Mahathir Mohamad tidak tunggu lama untuk mencari calon perdana menteri yang baru.

Kalau kekalahan Umno BN dalam PRU2008 boleh menyikir Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi dari kerusi perdana menteri, takkan kekalahan Umno BN dalam PRU13 sekarang tidak boleh menyingkir Najib Razak

Sebab itu, Muhyiddin nampak dikesan senyum di media arus perdana sejak tengah malam tadi.

Setuju?

Cina menangis di FB sebab Melayu tak menangkan PAS!!!


We want a better Malaysia
Let's pray!
I'm waiting for bersih4.0

PRU13: Sinopsis sokongan rakyat untuk Pas, PR

Kelantan, Selangor dan Pulau Pulang kekal di tangan Pakatan Rakyat.

Kelantan: 32 (Pas), (1) PKR. 12 (BN)

Selangor: 15 (Pas), 15 (DAP), 14 (PKR). 12 (BN) - Boleh PJ Pas Selangor Dr Rani jadi MB dengan pekenan Sultan Selangor?

Pulau Pinang: 19 (DAP), 10 (PKR), 1 (Pas). 10 (BN). - blogger Sharpshooter tanya siapa TKM1?

Pas teras di Kedah.

Kedah: 21 (BN). 9 (Pas), 4 (PKR), 2 (DAP). - Cop Hussin menyanyi 'Allah selamat Azizan, Allah selamat Hadi Awang'

Jom muhasabah - Wala' nak ikut al-Quran pun boleh, ikut nafsu lagi-lagi boleh.

Tetapi, Pakatan Rakyat hampir kembali menguasai Perak dan Terengganu.

Perak: 31 (BN). 18 (DAP), 5 (Pas), 5 (PKR).

Terengganu: 17 (BN). 14 (Pas), 1 (PKR)

Parlimen: 133 (BN). 89 (PR) a.k.a  38 (DAP), 30 (PKR) & 21 (Pas).

Selebihnya, lihat rajah di bawah:

Wala' nak ikut al-Quran pun boleh, ikut nafsu lagi-lagi boleh

Ulamak Unity Government tak boleh lagi kata, punca calon Pas tewas di beberapa Parlimen selain tumbang di Kedah sebab ahli-ahli parti tak wala' kepada mereka.

Candu wala' itu macam tak laku dah apabila Zaharuddin Mohamad yang lebih dikenali sebagai Din Ayam sendiri tak wala'.

Takkan kita nak kata konspirasi Din Ayam sabotaj Dr Nasir di Kota Damansara sampai Dun itu dirampas kembali oleh Umno BN itu hasil kejayaan doktrin wala'.

Itu, bodoh namanya.

Din Ayam itu menantu Presiden Pas.

"Mengata dekat dia sama lah macam meluku kepada Hadi Awang," kata bekas Exco Pemuda Pas menerusi telefon.

Saya kata, Hadi Awang pun tak setia pada tahalluf siyasi yang menjadi ijmak dalam tiga kali muktamar Pas sebelum ini.

Kata ikut sunnah Rasulullah s.a.w, tetapi, lain jadinya di Jerantut, di Kota Damansara dan di Sungai Acheh.

Perjanjian Hudaybiah yang nyata berat sebelah pun, Rasulullah tidak khianat.

Rasulullah pertahan perjanjian itu sebenarnya untuk pelihara imej Islam sebagai agama yang adil.

Bayangkan kalau Rasulullah khianat perjanjian masa itu, tentu amanah yang menjadi sifat wajib baginya akan dipersoal hari ini.

Orang bulan Islam tidak pernah pertikai Pas. Orang Pas pun bukan pertikai dasar Pas.

Mereka pertikai Hadi Awang.

Tak perlulah, diperjelas apa benda yang dipertikai?

Elok baca Kerajaan Pas Terengganu tumbang gagal kikis ego Hadi.

Awal pagi tadi, saya dipelawa minum dengan sekumpulan pemuda Pas di Balik Pulau.

Saya ingat mereka nak latu atau debik saya.

"Ahli wajib wala' sebab al-Quran yang kata begitu. Pemimpin tak wala' pun tak apa sebab nafsu mereka kata begitu," ujar depa.

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! # Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. #" [Surah al-Hujuraat: 2 & 3]

Cop Hussin menyanyi 'Allah selamat Azizan, Allah selamat Hadi Awang'

Azizan Razak yang bukan jadi menteri besar Kedah tidak tampil berdepan dengan akar umbi parti.

"Kita menerima keputusan rakyat sebab hati terbuka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa depan," kata Cop Hussin.

Malaysiakini.com melaporkan 'Pas kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Pahrolrazi'.

Ini ayat politik. Orang Penang kata, itu cover line.

Takkan Cop Husin nak kata, "rakyat suka Azizan bergaduh dengan Pahrolrazi sampai terlupa mengundi Pas".

Itu bodoh namanya.

Cukuplah rakyat lomoq taik atas kepala menteri besar depa.

Takkan Cop Hussin nak pi seluh cermin muka dekat Azizan?

Semasa Azizan masih di gigi kekuasaan, Cop Hussain pun takut nak tegur Azizan.

Orang Pas ma'ruf semua ini.

"Hampa gheti ka perintah? Aku perintah ikut cara Muawiyah..." Itu antara ucapan angkuh Azizan apabila ditegur.

Tak adil, kalau nak salah Pas sepenuhnya apabila Umno BN berjaya rampas kembali 'Jelapang Padi' Pakatan Rakyat itu.

Dulu - sebelum PRU13 - Pas Kesah pernah rancang rehatkan Azizan sebab sakit, angkuh, tiada wawasan, kaki bergaduh serta tak makan saman.

Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah buru Hadi Awang sampai ke Melaka untuk bawa memorandum parti, tetapi, dilayan dingin.

Hadi Awang yang pertahan Azizan.

Hadi Awang pun lemah urus tadbir, takkan dia nak nak pilih orang yang kuat untuk tadbir Kedah?

Ini logika. Kalau Azizan atau Hadi Awang nak tolak logika ini sekarang pun, rakyat sudah terima logika ini serta tolak mereka di Kedah.

Sebelum PRU13, rakyat telahpun boleh menerima logika Najib Razak pun wajib ditumbangkan kerana masih 'bela' Abdul Ghani Patail yang kotor.

Patut rakyat boleh terima logika Hadi Awang pun patut direhatkan kerana Presiden Pas itu gagal rehatkan Azizan sebelum PRU13 sampai Kedah tumbang semalam.

Kalau cakap logika macam ini sekarang pun, Azizan dan Hadi Awang mungkin tak dengar.

Sebab, dua pemimpin veteran itu dok dengaq Cop Hussin menyanyi lagi, "Allah selamat Azizan...Allah selamat Hadi Awang!"

Setuju?

Pro PR mula hitamkan Facebook, protes SPR

Kecewa dengan SPR yang didakwa tidak telus dalam mengendali proses PRU13, avatar terung ditemui - rata-rata Cina - mula menghitamkan Facebook masing-masing.

"Ini kegelitaan demokrasi negara," ujar Ah Chong di luar Pusat Pejumlahan Undi Parlimen Bukit Mertajam dekat Sekolah Tinggi Jit Sin.

Ekoran itu, mereka mula bercakap idea 'TIPU PILIHAN RAYA, TURUN JALAN RAYA'.

PR hampir tawan Negeri Sembilan, UBN majoriti mudah

Umno BN menang dengan majoriti mudah di Negeri Sembilan, sekaligus nyaris dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Bernama melaporkan Umno BN mendapat 19 kerusi sahaja daripada 36 kerusi Dun di negeri berkenaan.

Mampukah PR menuntut pengiraan semula undi di beberapa kerusi Dun yang dipertikai malam tadi?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus