Skip to main content

Posts

Showing posts from May 7, 2013

Najib jangan ikut Mahathir hukum Cina selepas pilihan raya, nasihat Guan Eng

'Apa lagi Cina mahu' yang menjadi berita utama di akhbar Utusan Malaysia menyerlahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak menghormati proses demokrasi negara.

Y.A.B Lim Guan Eng yang baru dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Cina di negara ini tidak wajar dijadikan kambing hitam ekoran BN gagal mendapat undi popular sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"(Utusan Malaysia) bermain politik perkauman untuk mengalih perhatian (rakyat) daripada prestasi pilihan raya yang paling teruk dalam sejarah BN (Barisan Nasional)," ujarnya di Kuala Lumpur hari ini. Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Utusan wajib dihentikan dari mengapi-apikan politik perkauman sekiranya Najib serius menganjurkan perdamaian untuk semua rakyat Malaysia.

Tambah beliau, Najib serta Utusan Malaysia sepatutnya mencermati tulisan Datuk A. Kadir Jasin, iaitu bekas pengarang akhbar milikan Umno New Straits Times mengenai polemik 'Tsunami Cina' yang digembar-gemburk…

Tsunami Cina: Umno akujanji kuburkan 1Malaysia selepas Muhyiddin ganti Najib?

MAJORITIpemimpin Umno sendiri kembali percaya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta menganggap kempen 1Malaysia punca Cina tak kenang jasa Pusat.Sambil menyifatkan PRU13 ini sebagai 'Tsunami Cina', Umno didedah berjanji akan menghapuskan kempen 1Malaysia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri nanti."Muhyiddin bakal Perdana Menteri. Tiada lagi slogan 1 Malaysia kerana gagal tarik kaum Cina."Muhyiddin Yassin dikatakan akan menggantikan Najib Razak dalam pemilihan UMNO depan. Satu lagi peralihan kuasa.Semua pimpinan tertinggi yang jadi Pengerusi BN negeri sasaran berjaya. Perak, Kedah dan Terengganu."Najib yang diamanahkan menjaga Selangor, kalah teruk. "Secara keseluruhan, rekod Najib menyaksikan parlimen hilang 7 berbanding Paklah. DUN hilang 77 berbanding Pak Lah."TV merakamkan wajah mencuka Najib bersama Rosmah ketika pengumuman BN membentuk kerajaan." - sumber Putrajaya

Elok Abang Mat Sabu mandi bunga kalau terlebih makan gula di Putrajaya

FAQAR pun hairan, "Kenapa tinggal Pokok Sena dan Kuala Kedah sahaja (berjaya dipertahan Pakatan Rakyat) di Kedah?"

Nie orang Kedah sendiri yang bagitau kat saya, "Pakatan berjaya bertahan di Pokok Sena sebab Datuk Mahfuz Omar lawan Umno dan UG siang-malam sampai rambut dia yang hitam tu jadi puteh.
"Kuala Kedah boleh menang sebab Abang Mat Sabu tak bertanding di situ. Mana-mana dunia yang Abang Mat Sabu bertanding, pasti akan kalah.
"Kuala Terengganu kerusi menang Pakatan Rakyat sebelum PRU2008. Abang Mat Sabu bertanding, terus kalah. 

"Abang Mat Sabu pernah bertanding di Kuala Kedah masa (PRU) 1999 dan menang. Tapi, dia kalah balik masa PRU2004. 
"Elok-elok dia tinggal kerusi Kuala Kedah, menang sampai laaa apabila PKR bertanding," kata kawan baik abang Mat Sabu.
Dia suruh rahsia nama dia sebab malas nak bergaduh.
Tasek Gelugor adalah kampung halaman Abang Mat Sabu. Patut dia balik Penang. 
Kalau balik, Sarip Omaq akan tulung. Datuk Salleh Man yang …

Umum Anwar Ibrahim kekal Ketua Pembangkang serlahkan setiakawan Kit Siang

DAP tetap menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sungguhpun DAP mempunyai kerusi terbanyak berjumlah 38 kerusi dalam Pakatan Rakyat, kata penasihatnya Lim Kit Siang.
PRU13 baru-baru ini menyaksikan PKR mempunyai 30 kerusi, manakala, PAS ada 21 kerusi.
Kit Siang yang kini bergelar Ahli Parlimen Gelang Patah, Johor berkata ketetapan DAP itu dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.
"Ini selaras dengan komitmen kami bahawa beliau (Anwar) akan memimpin kerajaan Pakatan," katanya di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, Kuala Lumpur.
P/S: Aku pun tak tak setuju Anwar jadi ketua pembangkang, sebab beliau layak jadi perdana menteri baru Malaysia. Keputusan PRU13 tipu. Hadi Awang saja yang minta orang PAS macam kita di bawah ini redha dan terima kekalahan. Anwar  kata 'tidak'. Sebab itu, pasukan Anwar sedang giat kumpul bukti untuk merujuk konspirasi Pusat-JPN-SPR ke PBB. Tunggulah PBB batal keputusan kotor PRU13. Najib 'Mugabe' ada dua pilihan…

Kerajaan perpaduan Umno Pas terbaik sekarang :Hasan

Elok Pas bergabung dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG) demi menyekat kemaraan DAP pasca PRU13, kata Datuk Dr Hasan Mohd.Ali.

'Arkitek UG' yang kini mempengerusikan JATi itu berkata keputusan pilihan raya kali ini seharusnya lebih memberi peluang untuk Pas dan DAP di Selangor untuk saling bergabung berbanding PRU12, 8 Mac 2008.

PRU12 lepas, di Dun Selangor, DAP 16 kerusi, 14 (PKR) dan 7 (Pas)Pembetulan: PRU 2008 PKR: 15, DAP: 13 & PAS: 8. Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar atas perkenan Sultan.

PRU13 baru-baru ini, Pas dan DAP masing-masing mendapat 15 kerusi Dun Selangor. PKR dapat 14 kerusi.

"Sudah sampai masanya Umno dan Pas melupakan sengketa lama yang berlaku untuk secara serius duduk merancang dan memikirkan agenda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah," kata Hasan.

Kit Siang cuit Mahathir sebut Muhyiddin PM?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini didesak menyatakan pendirian sama ada mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri atau sebaliknya.Lim Kit Siang berkata bekas perdana menteri itu wajar berbuat demikian memandangkan Umno hilang tujuh lagi kerusi Parlimen.Adakah Najib bakal disingkirkan dari kerusi perdana menteri sebagaimana Tun Abdullah Ahmad Badawi kaca PRU12 dulu?Pertanyaan itu sekaligus memberi jawapan mengenai jalan politik Muhyiddin ke kerusi no.1 negara.PRU12, Umno BN mendapat 140 kerusi Parlimen, manakala 82 kerusi milik Pakatan Rakyat.Umno BN semasa itu mendapat 4.08 juta undi popular a.k.a 50.6 peratus.Pas Pakatan dalam tempoh yang sama mendapat 3.67 juta undi popular a.k.a 49.4 peratus.Beza undi popular kira-kira 4 peratus ini memberi hayat kepada Umno terus kuasai Kerajaan Pusat pasca PRU12 sebelum berpindah tangan pada Najib pada tahun 2009.Selepas PRU13, Pakatan Rakyat lebih banyak mendapat undi popular berbanding Umno Barisan Nasional.Datuk Seri Anwar…

Sudikah Umno yang kuat pelawa PAS yang lemah tubuh 'Kerajaan Perpaduan' di Kedah?

PRU12, BN tewas teruk. Umno pelawa PAS bergabung demi masa depan Melayu-Islam di negeri Terengganu, Perak dan Selangor.

Abdul Hadi Awang kata itu Kerajaan Perpaduan.

PRU13, PAS pula tewas teruk khususnya di Kedah. Inilah masanya Umno nak pelawa PAS bergabung atas demi masa depan Melayu-Islam.

Kalau dulu, Umno yang lemah boleh ajak PAS untuk bergabung.

Takkan Umno yang kuat seperti di Kedah pasca PRU13 sekarang ini tak sudi nak ajak sekali lagi PAS nak bergabung?

Dulu, ada pemimpin PAS yang beriya-iya nak tolong Umno atas alasan nak tolong Melayu-Islam. Sekarang pun, patut begitu.

Elok pemimpin UG yang mula ajak Umno bergabung sekarang ini sebab Umno dulu kini dan selamanya memang ikhlas nak bergabung dengan PAS.

Kalau ahli PAS tak bersetuju sekarang pun, pemimpin UG sejak PRU 2008 dah setuju PAS nak bergabung dengan Umno sebab nak jaga Melayu-Islam.

Tunggu apa lagi...astaghfiruLlah!

Sentimen anak tempatan Balik Pulau menebal, 'Pengantin' Bayan Lepas tak berseri

ANALISIS PRU13

P53:  PARLIMEN BALIK PULAU
Jumlah pengundi:49,641
Komposisi: M (63.43%), Cina (32.07%), India (4.12%), L (0.38%)
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya 22,318
Muhammad Bakhtiar Wan Chik 20,779
Majoriti: 1,539              Undi Rosak: 612
Jumlah undi: 43,709       % undi: 88.20
2008: Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff 
Majoriti: 708

N38 Dun Bayan Lepas
Jumlah pengundi:21,277
Komposisi: M (63.85%), Cina (30.70%), India (5.04%), L (0.04%)
Nordin Ahmad 9,408
Asnah Hashim 8,950
Vellutham Arumugam 126
Majoriti: 458                 Undi Rosak: 281
Jumlah undi: 18,765       % undi: 88.30
2008: Syed Amerruddin Syed Ahmad
Majoriti: 399

N39 Dun Pulau Betong
Jumlah pengundi:15,316
Komposisi: M (62.50%), Cina (33.59%), India (3.50%), L (0.41%)
Sr. Muhamad Farid Saad 6,852
Mohd. Tuah Ismail 6,457
Majoriti: 395                 Undi Rosak: 0
Jumlah undi: 13,309       % undi: 88.40
2008: Sr. Muhamad Farid Saad 
Majoriti: 294

N40 Dun Teluk Bahang
Jumlah pengundi:13,048
Komposisi: M (63.82%), Cina (32.50%), India (3.36%), L (0.32%)
Datu…

Apa kata Cina Malaysia apabila Cina Melaka dituduh tak kenang budi?

Tewas di Dun Bukit Katil, DS Mohd. Ali Rustam menuduh Cina Melaka tak kena budi sebab tak undi penyandang Ketua Menteri Melaka itu.

Ketua PKR Melaka, Samsul Iskandar Mohd. Akin mendapat majoriti undi 5,447 undi menewaskan Pengerusi BN negeri itu.
"Saya fikir, orang Cina langsung tidak mengambil kira jasa kita kepada mereka...takkan teruk sangat saya ni.
"Kalau dia (Cina) tendang kita, tendang seperti sampah," kata Ali di Ayer Keroh semalam.
Apa kata Cina Malaysia apabila Cina Melaka dituduh tak kena budi?

Lambat umum MB sebab "Kerajaan Perpaduan" dalam rundingan?

Orang dok kalut menyaksikan istiadat angkat sumpah menteri besar yang baru, beberapa pemimpin PAS malam tadi dikesan mengadakan mesyuarat tergempar di war room parti dekat Kuala Lumpur malam tadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadual angkat sumpah di Seri Mutiara - Kediaman TYT Pulau Pinang - pada 11 pagi ini.

Mukhriz selamat angkat sumpah malam tadi. Ahmad Yaakob pun selamat angkat sumpah di Kelantan malam tadi.

Tapi, macam ada tak kena juga apabila Tok Guru Nik Aziz umum lepas jawatan Menteri Besar dengan penuh dramatik.

Apabila tersebar khabar Datuk Husam Musa pun tersingkir dari Kerajaan Negeri Kelantan, memang macam ada yang tak kena.

Setakat malam tadi, Bernama lapor Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.
"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama. Tunggu sedikit masa lagi," katanya turut …