Skip to main content

Posts

Showing posts from May 8, 2013

Berita Azizan Razak meninggal dunia fitnah

Berita kematian bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang tersebar sejak pagi tadi fitnah semata-mata.Sejak 11.35 pagi tadi, Pesuruhjaya Pas Kedah itu dikesan stabil di Hospital Besar Pulau Pulang, George Town."Tekanan darah Ustaz Azizan kembali normal, pulse rate tachycardiadah...jangan percaya sumber luar. Percaya la sumber daripada Ana (saya)," kata pegawai pembantu perubatan kanan hospital itu menerusi WhatsApp.Menurut sumber, Azizan sekarang turut menerima rawatan hemodialisis di CCU dalam selama 24 jam.Lebih sejam lepas, kesihatan Azizan kurang stabil."Keadaan Ustaz Azizan sekarang ini berada dalam keadaan kritikal. "Tekanan darah menurun dlm keadaan severe, sehingga terpaksa on 4 jenis inotropes iaitu dopamine, dobutamine, noradrenaline, adrenaline. "Beliau juga dalam keadaan koma. Beliau masih bernafas dengan bantuan alat pernafasan (ventilator). Glasgow coma scale (GSC) Ustaz Azizan berada 3/15," lapor sumber sama pada detik 10.51 pa…

Umum Khalid Ibrahim kekal MB Selangor serlahkan Mustafa Ali bak Kit Siang setiakawan Pakatan

Pas tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar Selangor sungguhpun mempunyai kelebihan satu kerusi Dun berbanding PKR sempena PRU13.Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, kepemimpinan parti peringkatp pusat bersetuju Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar."Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu."Kita sudah putuskan untuk kekal yang sedia ada (Khalid Ibrahim)."Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan," katanya semasa dihubungi Sinar Harian semalam.Pendirian itu sekaligus memberi isyarat kepada PKR yang ura-ura bercadang untuk menamakan timbalan presidennya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.PRU13 menyaksikan Pas-DAP Selangor masing-masing mempunyai 15 kerusi Adun, manakala, PKR ada 14 kerusi sahaja.Dalam perkembangan lain, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang sungguhpun DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbanyak berjumlah 38 kerusi menyer…

Najib kata 'BN tak tumbang', Muhyiddin?

Datuk Seri Najib Tun Razak seakan terpaksa meyakinkan akar umbi Umno bahawa Kerajaan Barisan Nasional Pusat tidak tumbang seperti yang didakwa Pakatan Rakyat apabila ada usaha menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dalam masa terdekat.'Arkitek Umno' Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum menyatakan pendirian berhubung status Najib, sama ada dikekalkan sebagai perdana menteri atau sebaliknya sebagaimana dicuit oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang."Ini yang hendak kita terangkan, mereka telah dikelentong, ditipu dan dikudakan pembangkang."Kita perlu terangkan kepada mereka yang DAP dan pembangkang (Pakatan Rakyat) telah melakukan penipuan besar," dalih Presiden Umno itu di Kuala Lumpur semalam.Keputusan PRU13 baru-baru menyaksikan pentadbiran Najib hilang tujuh lagi kerusi Parlimen.Undi popular Pakatan Rakyat lebih besar berbanding undi popular Umno Barisan Nasional.Sambil menganggap pilihan raya kali ini sebagai 'Tsunami Cina', dilaporkan Umn…

Azizan Razak sakit jantung ke ICU Hospital P.Pinang

Datuk Seri Azizan Razak malam tadi dikejar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang dekat George Town.Bekas Menteri Besar Kedah itu dikatakan berdepan kompilasi jantung pada tahap kritikal.Difahamkan, beliau petang tadi dipindah dari Kedah Medical Center (KMC).Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Kedah itu menerima kritikan banyak pihak ekoran Kerajaan Negeri berjaya dirampas oleh Umno Barisan Nasional sempena PRU13 baru-baru ini.Berita lanjut, menyusul kemudian.

Selangor bicara hukum 'calon Pas' Kota Damansara, Yusni Mat Piah?

Adakah Pas Pulau Pinang akan mengikut jejak langkah Selangor dengan memulakan siasatan lalu hukum ahlinya yang bertanding tiga penjuru di Sungai Acheh sehingga dikatakan punca Pakatan Rakyat tewas Dun berkenaan?Timbalan Pesuruhjaya Selangor, Khalid Samad hari ini berkata Rizual Ismail yang melanggar arahan parti bertanding di Kota Damansara tiga penjuru sampai Dun berkenaan tewas akan dirujuk pada lembaga disiplin pusat.Bagaimana dengan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Mat Piah yang didakwa punca che'GuBard tewas di Sertai Acheh?"Kepimpinan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sesuai," ujar Khalid di sesawang Malaysiakini.com.Sehingga 12.00 tengah malam tadi, Datuk Salleh Man dilapor tidak memohon maaf atas anggapan Pas punca Pakatan Rakyat tewas di Dun Sungai Acheh.Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang juga Adun tunggal Pas mewakili Permatang Pasir itu sekadar tuntut kerusi Exco daripada p pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.Berita lanjut, menyusul …