12 May 2013

Najib terus buntu Black505 di Perak menyemarak bak Selangor, Penang?

Perayaan Black505 boleh diraikan di Stadium Kelana Jaya dan Stadium Batu Kawan sejak Rabu lepas kerana Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang kekal dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Malam ini, lain pula kondisinya. Perayaan kegelitaan demokrasi serta protes SPR tipu PRU13 dilaksanakan di Ipoh, Perak - negeri yang dikuasai Umno BN.

Bukan buat di premis persendirian seperti stadium atau dewan tertutup. Tetapi, Black505 dibuat di atas jalan raya.

Perhimpunan tanpa permit polis itu langsung tidak dicegah oleh PBT atau polis.

Mengapa?

Faqar lihat, pentadbiran Najib Razak sedang menghitung skala kebangkitan rakyat.

Kalau tidak kuat, memang boleh dicegah.

Kenapa tidak cegah pengumuman di Ipoh, Perak malam ini?

Kekuatan rakyat?

Laksana caruman RM600 sempena Hari Ibu :Steven

LAKSANA caruman RM600 setahun kepada suri rumah tangga yang layak sebagaimana diumum dalam Manifesto Pakatan Rakyat sempena Hari Ibu Sedunia hari ini.

Demikian cadangan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menetapkan Manifesto PR terutamanya dasar-dasar pengupayaan wanita seperti caruman RM600 kepada suri rumah tangga yang layak," ujar Steven menerusi emel tengah hari tadi.

Beliau berkata, seruan itu penting dalam membuktikan sama ada Najib benar-benar ikhlas atau sebaliknya selepas menempuhi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Tambah beliau, 51 undi popular kepada Pakatan Rakyat sekaligus menyerlahkan manifesto pembangkang yang menyentuh kepentingan wanita menerima sokongan rakyat terbanyak sekarang.

"Kita (rakyat) telah menyaksikan 'gelombang ibu' menggegarkan arena politik melalui pergerakan massa seperti Mama Bersih, Anti Lynas, Wanita Suara Perubahan...kasih ibu terbukti menjangkau pintu rumah," ujar Steven.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus