Skip to main content

Posts

Showing posts from May 14, 2013

DAP P.Pinang rai 1,000 sukarelawan PRU13

Hampir 1,000 sukarelawan DAP Pulau Pinang malam ini bersilih ganti diraikan dalam jamuan malam bersama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew di Dewan Bandaran Cina Pulau Pinang, George Town.Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta seluruh kepemimpinan eksekutif negeri turut hadir pada keraian harmoni."BN tidak mungkin mampu rampas Pulau Pulang kerana rakyat bersama-sama memimpin Pulau Pinang yang lebih baik sekarang," kata pengerusi majlis keraian, Chris Lee di sini. Paling menarik, dilihat, ada sukarelawan mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan kenang-kenangan pada baju anak-anak mereka.Kon Yeow berkata kejayaan luar biasa DAP dalam pilihan raya umum baru-baru ini antaranya disebabkan pasukan sukarelawan yang hebat serta ikhlas bekerja untuk cita-cita rakyat.Justeru, peranan sukarelawan wajib diiktiraf oleh semua pihak."Persaingan (PRU13) kali ini adalah cukup sengit. Kekuatan utama DAP adalah sukarelawan yang mempunyai semangat jit…

Ust Azizan Razak kian sihat petang ini

Alhamdulillah. Ustaz Azizan Razak sehingga petang ini dilaporkan kian sihat."Setakat petang ini, Ustaz hanya ada satu jenis ubat untuk naikkan tekanan darah, berbanding kelmarin (dengan) 4 jenis (ubat). "Esok, nak off alat bantuan pernafasan dan juga nak off 2 jenis ubat anti sedation," ujar seorang pembantu perubatan kanan menerusi WhatsApp.Terdahulu, bekas menteri besar Kedah itu dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang ekoran kompilasi jantung.Bekas pesuruhjaya Pas Kedah berkenaan kemudiannya diserang jangkitan kuman hatta kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.Semoga Allah memberi kesihatan kepada Ustaz Azizan. Amin.

PR ungguli 20 Parlimen majoriti terbesar PRU13, Najib Razak tangga ke-9

Rafizi Ramli, Dzulkefly Ahmad, Kian Meng forum Undi Popular di P.Pinang Khamis

Kerajaan Negeri Pulau Pulang pada Khamis ini akan mengadakan forum terbuka mengenai Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13 bermula jam 8 malam di Dome, Komtar, George Town.Ketua Strategis PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Dr. Dzulkefly Ahmad (Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, PPPP) dan Dr. Ong Kian Ming (Strategis DAP merangkap Ahli Parlimen Serdang) akan menjadi panelis forum itu.Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari akan menjadi moderator forum tersebut.Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program anjuran Unit Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.PRU13 menyaksikan 51.3 peratus undi popular pergi pada Pakatan Rakyat, manakala, 48.7 peratus baki undi pergi Barisan Nasional.BN melintasi 133 kerusi, manakala, 89 kerusi Pakatan Rakyat.Semua dijemput hadir.