15 May 2013

Minta jawatan Exco bukan amalan Sahabat

Selepas wafat Rasulullah s.a.w, ada berlaku polemik kepemimpinan.

"Siapa nak ganti Rasulullah s.a.w?"

Saidina Abu Bakar as-Siddiq kata, Saidina Umar al-Khattab paling layak sebab Sahabat itu paling sayang Rasulullah.

Bukti Saidina Umar al-Khattab sangat sayang Rasulullah s.a.w sampai ancam bunuh sesiapa yang menyebut Rasulullah s.a.w sudah wafat.

Lantas itu, Saidina Umar al-Khattab sebut Abu Bakar as-Siddiq paling layak menjadi khalifatuLlah fil ardhi.

Umar dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani. Kalau cadangan itu datang daripadanya, logikanya diterima.

Jawatan itu amanah. Suatu hari, akan menjadi 'kawan' atau 'lawan' apabila kita dijemput pulang mengadap Ilahi nanti.

Patut orang Pas yang subur dengan tarbiah tak minta jawatan Exco Kerajaan Negeri kalau ya diri sendiri sahaja yang layak sebab sudah bergelar Adun Pas.

Patut fokus dengan amanah yang sedia ada.

Apa yang MAINPP buat? Proses pelantikan jawatankuasa kariah Masjid pun diselubungi kontroversi.

Kata Pas parti tarbiah, tetapi, sampai sekarang tiada dokumen atau program tarbiah dilaksanakan kepada kakitangan Kerajaan Negeri sendiri sejak lima tahun lepas.

Selagi kita berpaling daripada agama Allah, sunnah Rasulullah serta amalan sahabat, tak ke mana kita.

Jom tadabbur ayat 54 dari Surah al-Maidah.

Melayu di Jepun sensitif soal masa

"Kadar (purata) kelembapan kereta api di Jepun tujuh saat setahun."

Ini cara urus tadbir di Jepun.

Ini juga cara mentaliti orang Jepun.

Orang Melayu yang hidup di Jepun pun ada mentaliti sebegini.

Sani, sahabat saya di Universiti Malaya dulu ada perangai dan meneliti Jepun ini.

Semasa saya berkawan dengan budak budak itu, beliau masih belajar bahasa Jepun di Anjung Jepun dekat Universiti Malaysia.

Selepas saya keluar dari Universiti Malaya, baru saya dapat tahu beliau melanjutkan pengajian tinggi di negara 'Matahari Terbit'.

Pernah satu masa, saya sendiri menyaksikan Sani menunjuk reaksi dingin apabila salah seorang sahabat kami datang lewat main bowling di Bangsar.

Kawan itu lewat hanya 15 minit, tetapi beliau macam melakukan satu jenayah yang besar.

Konotasi 'janji Melayu' hampir tidak wujud dalam kamus kehidupan Melayu berfikiran Jepun ini.

Di Pulau Pinang, saya berkawan dengan Melayu, Cina, India.

Ada seorang kawan istimewa saya berdarah kacukan Yahudi. Sangat cantik, seksi dan bijak.

Sesekali saya cermati, janji temu kami semua tidak ada sampai detik saat.

Selalu masa janji temu kami diatur dalam skala hari - "Kita jumpa Rabu depan."

Atau "selepas Zohor", "hujung bulan".

Paling parah kalau berjanji "kita jumpa selepas Isyak" kerana tempoh tamatnya apabila azan Subuh berkumandang.

Kalau lihat dalam drama Melayu Klasik, janji temu dihitung pada skala "sepurnama", "setanak nadi", "malam esok" dan lain-lain.

Piawaian itu semua sebab tiada jam.

Semua piawaian itu sesuai pada zaman itu, tetapi, tidak sesuai pada zaman sekarang.

Walaupun begitu, semua kawan-kawan saya - Melayu, Cina, India dan Yahudi - itu pun tak pernah buat janji temu dalam detik saat seperti di Jepun.

Bukan kerana kereta api peluru sangat laju, maka skala digunakan dalam saat.

Dalam janji temu Jepun pun begitu.

Ini semua bukan soal darah keturunan atau kenegaraan. Ini soal budaya.

Yahudi yang cerdik seperti kawan saya cerdik pun kalau hidup dalam budaya tidak sihat - tiada disiplin urus masa - akan terus hidup secara tidak sihat.

Melayu bernama Sani boleh bermenteliti Jepun yang sangat sensitif dengan masa 'saat' sama ada masa di Universiti Malaya atau di Jepun, sebab budaya.

Masyarakat yang mahu sangat sensitif dengan masa walau sesaat.

Selalu saya pesan kepada diri sendiri, "manusia yang sibuk sahaja mempunyai masa."

Setuju?

"Kena pandai cipta jarum dulu kalau nak Pas berubah"

Onn Jaafar kata, "Jarum pun kita tak boleh buat, macam mana nak merdeka?"

Sampai sekarang pun, Malaysia bukan negara pengeluar jarum dunia.

Sebabnya, nak merdeka bukan perlu pandai atau buka kilang jarum terlebih dahulu.

Merdeka adalah cita-cita. Pemimpin dan rakyat yang kongsi idea itu.

Dari idea itu, lahirlah kesusahan dan kegetiran dalam meniti perjuangan.

Di salahnya, pemimpin lahir hasil tempaan susah getir rakyat.

Dr Burhanuddin al-Helmi antara pemimpin yang lahir dari rahim perjuangan rakyat yang susah payah itu.

Dr Burhanuddin menggegar dunia politik tanah air bukan kerana dia pandai buat jarum.

Dr Burhanuddin dimusuhi kerana idea-ideanya yang realistik dan memugar sistem sosio-politik.

"Pandai buat jarum" hanya alasan untuk tolak susuk Sang Perubah dan idea-idea perubahan.

"Idea lawan idea" tiada.

"Hujah lawan hujah" pun tiada.

Kalau semua itu ada, tentu "pandai buat jarum" tidak jadi dalih.

Di Pulau Pinang pun begitu.

Hulu balang Datuk Mohd Salleh Man kata, Pas perlu kerusi Exco Kerajaan Negeri bersandarkan kerusi DUN Permatang Pasir.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang ada tak cukup untuk Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu untuk merealisasikan cita-cita Islam di negeri berkenaan.

Betul lah kata Onn Jaafar itu salah.

"Nak buat negara tak perlu tunggu kita pandai buat jarum. Yang penting, idea. Yang penting, hujah

"Kalau kita ada idea dan hujah, orang yakin dengan kepimpinan kita," kata seorang aktivis Pas Kawasan Jelutong.

"Datuk Salleh Man takkan tak dapat meyakinkan PR Pulau Pinang bahawa dirinya layak jadi Exco," tanya saya.

Aktivis itu kata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamed Sabu yang lantik Salleh sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

"Padan Kerajaan Pulau Pinang seakan tak yakin dengan Salleh Man sebab yang lantik dia pun tidak seakan tidak dapat keyakinan Rakyat," katanya.

Tsunami Malaysia boleh melanda seluruh Malaysia, calon Pas di Pulau Pulang macam tak dapat keyakinan rakyat.

Elok hulu balang Salleh Man ikut Onn Jaafar untuk nasihat saya pula, "Woi Pakaq, jarum pun kita tak boleh buat, macam mana nak ubah Presiden dan Pesuruhjaya Pulau Pulang?"

Guan Eng umum beri RM100 suri rumah sepenuh masa P.Pinang

CHONG Eng (gambar) yang dilantik sebagai Exco Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Keseniaan  bagaikan 'Arkitek Kerajaan Negeri' untuk mengukuh lagi sokongan wanita terbanyak Pulau Pinang kepada pentadbiran Lim Guan Eng. |  Foto: Roketkini.com

SETiAP suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sekarang akan menerima sumbangan emas berjumlah RM100 tiap-tiap tahun bermula tahun depan.

Itu antara pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali pertama, petang semalam.

"Sumbangan ini sebagai menghagai peranan yang dimainkan oleh wanita termasuk suri rumah sepenuh masa (dalam) melakukan perubahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Semua suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menerima sumbangan emas RM100 tiap-tiap tahun.

"Kita tak beri RM100 kepada suri rumah berusia 60 tahun (dan) ke atas kerana Kerajaan Negeri sudah memberi RM100 di bawah Program Sumbangan Warga Emas," ujar Guan Eng dalam majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri di Komtar, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Exco-Exco Kerajaan Negeri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis keraian rasmi itu.

Guan Eng berkata, program sumbangan emas lain yang membabitkan warga emas, ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas akan diteruskan dalam penggal pentadbiran kali ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, satu lagi pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai 'Bridged Wanita' akan ditubuhkan ekoran rekod kejayaan Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sesi pentadbiran Kerajaan Negeri lepas.

Beliau, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan.

"Bridged ini akan diletakkan secara khusus di bawah (pejabat) Ketua Menteri," ujar beliau.

Guan Eng jemput Pengerusi SPR ke forum Undi Popuar PRU13 P.Pinang esok

DARI KIRI: Mohd. Rashid Hasnon, Lim Guan Eng dan Chong Eng (Exco Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Keseniaan) dalam sidang media selepas majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri, petang semalam.  | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dipelawa menjadi panelis forum "Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13" di Komtar, George Town Pulau Pinang 8.30 malam esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sebagai reaksi pada cabaran Datuk Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) Isnin lepas.

Beliau berkata, Abdul Rashid wajar tidak menolak pelawaanya itu memandangkan Pengerusi SPR itu menyertai sesi penerangan selama kira-kira dua jam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat Kuala Lumpur yang membabitkan Ahmad Maslan sendiri serta jentera Penerangan Umno dari seluruh negara baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri telah memulakan proses menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi pihak negeri Pulau Pinang untuk menyiasat tentang kesalahan pilihan raya, khususnya (mengenai) politik wang dan politik ugutan.

"Kita (Kerajaan Negeri) harap dia akan datang untuk jawab perkara berbangkit," ujar Guan Eng dalam satu sidang media selepas majlis jamuan rasmi Kerajaan Negeri di Komtar, semalam.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Exco-Exco Kerajaan Negeri, kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis harmoni itu.

Guan Eng berkata, Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd. Rashid Hasnon akan menulis surat jemputan serta-merta bagi mamastikan hasrat Kerajaan Negeri diterima oleh SPR.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Dr. Ong Kian Meng (Ahli Parlimen Serdang) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, PPPP) adalah panelis dalam forum kendalian Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) tersebut.

Terdahulu, Pakatan Rakyat meraih 89 kerusi Parlimen dengan undi popular terbanyak, iaitu berjumlah 51.3 peratus.

Manakala, Barisan Nasional pula mendapat 113 kerusi Parlimen sungguhpun undi minoriti parti pemerintah itu hanya 48.7 peratus.

Sistem Elektoral atau Undi Kerusi telah memberi kelebihan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik semula menjadi perdana menteri serta menubuhkan Kerajaan Pusat. -END

LIM Guan Eng (kiri) mendengar perkongsian idea timbalannya, Prof. Dr.P.Ramasamy. 

MOHD. Rashid Hasnon semasa menyampaikan ucapan berkata, pengalamannya dalam dunia industri perkilangan serta pernah menjawat Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diharap menjadi bekal yang baik untuk menguat lagi kepemimpinan Kerajaan Negeri.

DR. Afif Bahardin (kiri) adalah YB baru bagi kawasan DUN Seberang Jaya yang dilantik sebagai  Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan. Manakala, Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (tengah) terus diberi mandat sebagai ADUN Datuk Keramat dan baru dilantik sebagai Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan. ADUN Batu Lancang, Danny Law Heng Kiang kekal dilantik sebagai Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan. Gandingan muka 'baru' dan 'lama'.

MUKA baru dan lama yang bergelar YB dalam Jamuan Tengah Hari Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bersama-sama Wakil Rakyat (ADUN dan Parlimen) serta Ketua-Ketua Jabatan Dalam Kerajaan Negeri, tengah hari semalam.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus