22 May 2013

EAON lancar CSR pulih Kolam Teratai Sungai Rambai

SUKARELAAN giat menyediakan bola selut untuk menjayakan CSR EAON memulihara air tasek Komat Teratai Sungai Rambai  |  Foto: Buletin Mutiara

150 kakitangan Pusat Membeli Belah AEON Seberang Perai baru-baru ini mengadakan program memulihara semula air tasik Kolam Teratai Sungai Rambai dekat Padang Lalang.

KAMARUZZAMAN Jaafar
Pengurusnya, Kamarulzaman Jaafar berkata, program tanggugjawab sosial korporat (CSR) itu demi menyahut kempen 'Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat' yang disemarak oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

"10 tahun projek kolam udang berhampiran (beroperasi), air tasik ini menjadi hitam (tercemar).

"(Justeru,) saya mewakili EAON mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi menjayakan program SCR bersama-sama MPSP," ujar beliau semasa menyampaikan ucapan perasmian, di sini.

MICHEAL Tan Cheong Heng menyempurnakan majlis perasmian
program tersebut dengan melotar bola selut ke Kolam Teratai.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Padang Lalang, Micheal Tan Cheong Heng turut hadir pada majlis tersebut.

Wakil Phee Boon Pooh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) itu merasmikan majlis tersebut dengan melontar bola selut ke dalam tasik bagi memerangkap kotoran.

Difahamkan, program CSR itu akan diselenggara oleh AEON sendiri selama hampir setahun sebelum diserah kembali kepada MPSP. -END

BOLA selut yang digunakan untuk memerangkap kotoran air tasek Kolam Teratai.

Najib 'Perdana Menteri Minoriti', kata Guan Eng

LIM Guan Eng memberi ucapan pembukaan dalam Forum Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU-13 yang disertai hampir 2,000 hadirin di Komtar baru-baru ini.

KEGAGALAN Barisan Nasional mendapat undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lepas melayakkan Datuk Seri Najib Tun Razak dikenali sebagai 'perdana menteri minoriti'.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian dalam Forum Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU-13 baru-baru ini.

"Dalam demokrasi, majoriti mesti berkuasa dan manoriti mestilah tunduk pada majoriti.

"Yang menang undi popular kalah jadi Kerajaan (Pusat). Yang kalah undi popular jadi Kerajaan (Pusat)...kita pun ada perdana menteri minoriti," ujar Guan Eng di Komtar, George Town.

Menurut Guan Eng, Pakatan Rakyat sepatutnya menubuhkan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan pusat serentak.

Ini kerana katanya, Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendapat kira-kira 68 peratus undi popular rakyat, iaitu peratusan undi popular tertinggi berbanding rekod pilihan raya negeri-negeri lain baru-baru ini.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat turut meraih 89 kerusi Parlimen dengan undi popular terbanyak, iaitu berjumlah 51.3 peratus.

Barisan Nasional pula, katanya lagi, mendapat 113 kerusi Parlimen sungguhpun undi minoriti parti pemerintah itu hanya 48.7 peratus.

Forum tersebut disertai lebih hampir 2,000 hadirin itu membariskan tiga panelis, iaitu Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Dr. Ong Kian Meng (Ahli Parlimen Serdang) dan Dr. Dzulkifly Ahmad (bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor).

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pula menjadi pengemudi forum pada malam itu. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus