Skip to main content

Posts

Showing posts from May 23, 2013

P.Pinang 'destinasi berbasikal dunia' - Guan Eng

Pulau Pinang tidak mustahil akan menjadi destinasi penggemar-penggemar berbasikal dunia suatu hari nanti sekiranya aktiviti itu terus dipopular lagi oleh banyak pihak. Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa melancarkan Arca Basikal sulung di negeri berkenaan yang dikenali sebagai 'Give Me Five' baru-baru ini."Saya berasa amat bangga dengan semangat CSR atau tanggungjawab sosial korporat."Saya yakin Pulau Pinang akan terus menerajui sebagai sebuah destinasi basikal yang utama bagi penggemar-penggemar berbasikal di seluruh dunia," ujar Guan Eng di Tanjong Bunga sambil merakam penghargaan kepada semua pihak berwajib yang menyumbang hingga terbinanya arca unik tersebut.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyyah Ismail, Teh Yee Cheu (Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bunga), Dr. Lim Say Guan (Presiden Kelab Pengayuh G Pulau Pinang) turut hadir pada majlis keraian tersebut.Guan Eng berkata, acra basikal yang dibina …

Cahaya untuk Adam Adli tak padam di P.Pinang dek provokasi liar pro Umno

Provokasi sekumpulan pemuda liar mesra Umno di Padang Kota Lama, George Town malam tadi gagal mencetus pergaduhan ke atas upacara nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan segera Adam Adli.Pengerusi Persatuan 'haram' Mukabuku Pulau Pinang, Sallah Ismail serta suami 'Kak Min' dikesan antara dalang utama di sebalik aksi tidak demokratik itu.Aksi liar mereka bagaimanapun tidak mampu memadam nyalaan lilin yang disertai hampir 100 aktivis pelbagai bangsa."Cahaya simbol kebenaran. Cahaya kebenaran yang dinyalakan malam ini untuk untuk lawan kezaliman rejim tahan Adam Adli."Rejim mampu tangkap dan padam cahaya lilin ini. Tetapi, tidak mampu padam kebenaran dalam hati kita semua," tegas saya sebelum menerima provokasi daripada puak liar berkenaan.Mereka paling baran apabila saya membaca dua potong ayat al-Quran yang bermaksud:"Perumpamaan mereka (puak munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api, apabila (cahaya) api itu menerangi sekeliling, (tiba-t…