28 May 2013

Kalau tempat belajar cukup, sistem kuota 60 peratus Perkasa pun tak wujud

DATUK Seri Najib Tun Razak terus ditekan untuk merealisasikan kuota 60 peratus Melayu masuk ke universiti awam atas alasan BN boleh kekal memerintah negara sungguhpun gagal mendapat undi popular rakyat disebabkan sokongan Melayu.

Perdana Menteri minoriti itu masih belum memberikan reaksi langsung pada tuntutan badan pendesak Melayu bernama Perkasa baru-baru ini.

"“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu...Kita (Perkasa) tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” tegas pemangku Presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar.

Desakan itu semasa PRU13 menyaksikan Umno BN mendapat 133 kerusi Parlimen sahaja berbanding 140 dalam pilihan raya umum sebelumnya, 8 Mac 2008.

Kelemahan Barisan Nasional yang dikatakan berpunca oleh 1Malaysia telah dianggap menjauhkan Barisan Nasional daripada bukan Melayu, hatta Najib sendiri terluah 'Tsunami Cina' untuk menutup kelemahan itu.

Mengikut dari dekat mengenai politik perkauman yang membabitkan Melayu dan bukan Melayu seakan ada yang tidak kena.

Dahulu, sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, sistem kuota 30 peratus untuk Bumiputera masuk ke Universiti diamalkan secara tidak langsung.

Tidak ada satu garis panduan rasmi atau dasar hitam puteh mengenai polemik kuota itu, sehinggakan ada yang menelah bahawa itu semua hanya 'sentimen politik' yang sengaja ditajamkan oleh Umno BN.

Sistem kuota masuk ke Universiti wujud kerana tempat untuk masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terhad, lebih tepat disebut 'tidak cukup'.

Di Malaysia, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga banyak, lebih banyak daripada IPTA. Tempat di IPTS juga lebih banyak daripada IPTA.

Namun, tempat yang terhad di IPTA terus menjadi polemik serta tidak boleh diselesaikan dengan kehadiran IPTS bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Tak timbul isu kuota masuk IPTA kalau tempat untuk mengaji cukup.

Tak timbul isu kuota masuk IPTA tidak mencukupi sekiranya tempat di IPTS setara dan cukup untuk tampung keperluan tersebut.

Di Malaysia, sistem kuota timbul sebab tempat belajar di Universiti tak cukup.

IPTS jadi pilihan kedua sebab tidak dapat masuk IPTA. IPTS jadi pilihan kedua sebab yuran mahal gara-gara kroni berniaga PTPTN dengan pelajar-pelajarnya.

Kalau pendidikan percuma direalisasikan, IPTS mungkin setara dengan IPTA menjadi pemukiman mahasiswa untuk belajar.

Di sekolah tidak pernah timbul pun isu kuota masuk ke sekolah. Kalau sekolah tak cukup, dibina sekolah.

Susah nak berniaga di sekolah sebab tiada PTPTN. Oleh kerana sekolah kerajaan lebih banyak, pelajar lebih menumpu pada sekolah kerajaan.

Semakin banyak sekolah dan persaingan antara sekolah mengakibatkan sistem kuota semakin tidak wujud di alam persekolahan.

Tempat belajar yang cukup mengakibatkan sistem kuota tidak peru wujud, dipolemikan sampai dipolitikkan seperti sekarang.

Setuju?

Toray rai ulang tahun ke-40 di P.Pinang


SADAYUKI Sakakibara (tengah) bersama isteri meramahi Lim Guan Eng pada majlis Ulang Tahun Ke-40 penubuhan Toray Malaysia di Bayan Baru baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara


ULANG tahun ke-40 penubuhan Perbadanan Perindustrian Toray Malaysia diraikan dengan penuh meriah di Pulau Pinang baru-baru ini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menjadi dif kehormat bagi Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Toray, Datuk Sadayuki Sakakibara, Akihiro Nikkaku (Ketua Pegawai Operasi) dan Hiroshi Yoshimura M. (Pengarah Urusan) pada majlis tersebut.

Nikkaku semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, pihaknya giat memberi tumpuan pada perkembangan ekonomi di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia dalam sektor tekstil, gentian, filem, ubat-ubatan, produk perubatan dan sebagainya.

Guan Eng yang berucap kemudian merakamkan pengharhaan kepada Toray yang berasal dari Jepun setia memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelabutan utama sejak tahun 1973.

"Lebih daripada 3,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja dalam Kumpulan syarikat-syarikat Toray (Malaysia) itu meliputi empat bidang perniagaan utama, iaitu gentian poliester, tekstil, resin plastik dan filem poliester.

"Dengan jumlah RM4.5 bilion pelaburan sekarang dan hasil jualan tahunan sebanyak RM4.1 bilion (melalui industri) Penfibre, Penfabric, Toray Plastics (Malaysia) dan Toray BASF PBT Resin, ia kini salah satu pelabur terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia," ujar beliau di Hotel Equatorial, Bayan Baru. 

Sepanjang Toray beroperasi di Pulau Pinang, difahamkan, syarikat Jepun itu giat melakukan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ekoran itu, Guan Eng berkata, pihaknya berharap Toray akan terus menjadi 'rakan pembangunan ekonomi yang ikhlas' untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.

Berikut adalah antara CSR Toray di Pulau Pinang:

1. Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya, 1982 (RM2.5 juta)
2. Papan elektronik di Stadium Batu Kawan, 1999 (RM6 juta)
3. Tubuh Yayasan Sains Toray, 1993
4. Tubuh Pusat Pemindahan Pengetahuan Toray di Universiti Sains Malaysia (USM), 10 April 2013.

Kes tuntut p'raya PBT P.Pinang didengar esok

LIM Guan Eng & Chow Kon Yeow
BiCARA kes Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyaman Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gara-gara menghalang pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri berkenaan akan didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 29 Mei ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu wajar bagi memaksa kedua-dua defendan membenarkan proses pelaksanaan pilihan raya bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagaimana diperuntukan dalam Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012.

“Perkara ini amat penting kepada rakyat Pulau Pinang bagi memilih Ahli Majlis di dalam PBT bagi membantu mereka dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan PBT (pihak berkuasa tempatan) di tempat mereka.

“SPR perlu melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengadakan satu pilihanraya PBT di Pulau Pinang jika tuntutan (saman) ini berjaya,” tegas Kon Yeow di Komtar, di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu sekali lagi bertegas, Perkara 111(4) Perlembagaan Persekutuan sebenarnya membenarkan sesebuah Kerajaan Negeri memberi kuasa kepada SPR bagi menjalankan pilihan raya selain pilihan raya umum.

Beliau berkata, beliau sendiri bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng serta kepemimpinan Kerajaan Negeri yang lain akan menyertai pendengaran kes itu.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui peguam terkenal, Tommy Thomas dilapor mengfailkan saman dengan P.Ramakrishnan (bekas Presiden Aliran) sebagai plaintif, dua bulan lepas.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Kon Yeow pada 14 Julai 2009 menulis surat kepada Kerajaan Pusat menuntut penguatkuasaan enakmen tersebut, tetapi ditolak.

Pada 11 Ogos tahun yang sama, sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan resolusi menyeru Kerajaan Pusat untuk bertindak mengembalikan pilihan raya PBT, tetapi, resolusi itu pun ditolak.

Kerajaan Negeri, pada 4 Mac 2012, menulis satu surat kepada SPR atas niat yang sama berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan, 1960, tetapi ditolak oleh suruhanjaya itu.

Layanan dingin itu berlarutan sehingga Enakmen Kerajaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, 2012 diluluskan dalam DUN Puau Pinang pada 9 Mei 2012.

18 Disember tahun lepas, Kerajaan Negeri sekali lagi menulis surat kepada SPR memaklumkan enakmen baru itu dikuatkuasa bermula pada 31 Januari tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Chor Chee Heung semasa masih menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan berkata, inisiatif Kerajaan Negeri itu adalah bercanggah dengan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 (Undang-Undang Persekutuan)

Chee Heung berdalih, pendirian Kerajaan Pusat itu adalah selaras dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

"Jika mana-mana undang-undang Negeri yang tidak diselaras dengan suatu undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri adalah tidak sah setakat tidak selaras itu.

"Tindakan Kerajaan Negeri meluluskan undang-undang itu tanpa berbincang dengan Masjid Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) jelas bertentangan dengan Perkara 95A (6) Perlembagaan Persekutuan," dalih beliau dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Nada yang sama turut dipertegas oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad dilaporkan berkata, suruhanjaya berpendirian bahawa sebarang perkara membabitkan perubahan dasar dan perundangan mengenainya tertakluk kepada persetujuan MNKT seperti diperuntukkan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan dalih itu, katanya lagi, SPR selaku badan bebas yang mengendali pilihan raya di negara ini pernah diberi kuasa untuk mengendalikan pilihan raya bagi kerajaan tempatan, iaitu mengikut Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1960.

Namun, beliau berdalih, apabila akta itu dimansuh dan dihentikan kuat kuasanya mengikut Subseksyen 15(1) Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 10 akta sama (Akta 171) pula menetapkan keanggotaan sesuatu majlis PBT dibuat secara pelantikan oleh kerajaan negeri masing-masing.

"Oleh itu, berpandukan akta baru ini, SPR tidak boleh mengendalikan sebarang pilihan raya kerajaan tempatan kerana ketiadaan peruntukan yang memberi kuasa kepada suruhanjaya ini berbuat demikian mengikut undang-udang persekutuan (berkaitan pilihan raya kerajaan tempatan)," katanya dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Guan Eng dalam satu kenyataan reaksi spontan baru-baru ini berkata, pihaknya memohon pengisytiharan Mahkamah bahawa Syeksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 yang memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh negara adalah 'ultra vires' atau tidak sah.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan sepatutnya memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) mengelola pilihan raya peringkat PBT.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menjadikan Pulau Pinang negeri ketiga mengfailkan saman ke atas Kerajaan Umno Barisan Nasional selepas Kelantan dan Selangor. -END

Hari Air Sedunia tuntut P.Pinang cermat guna air

GUAN Eng (empat dari kanan) bersama-sama kepemimpinan Kerajaan Negeri lain menyempurnakan upacara melepaskan belon ke udara sebagai membawa masej kepada seluruh warga Pulau Pinang supaya saling cermat menggunakan bekalan air bersih. | Foto: Buletin Mutiara
GUAN Eng menurunkan tanda tangan kenang-kenangan pada baju seorang peminatnya.
GUAN Eng menyampaikan ucapan perasmian Hari Air Sedunia sambil diperhati oleh Mohd. Rashid Hasnon (tengah).

KETUA Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mengajak rakyat Pulau Pinang supaya cermat menggunakan air sempena keraian Hari Air Sedunia baru-baru ini.

"Saya tahu rakyat Pulau Pinang sangat membudayakan konsep 'bersih'...tetapi itu tidak bermakna kita perlu guna air yang begitu banyak di rumah.

"Justeru, sekaranglah masa terbaik untuk 'ubah' (iaitu) dari begitu banyak menggunakan air pada cermat menggunakan air yang dibekal," ujar beliau dalam satu majlis keraian di Taman Botani, George Town.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd. Rashid Hasnon, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), V.S.Raveentharen (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung) dan Jasmin Maidin (Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBAPP) turut hadir pada keraian sedunia itu.

Pada perayaan itu, Guan Eng menyempurnakan majlis melepaskan belon ke udara sebagai membawa masej kepada seluruh warga Pulau Pinang supaya saling cermat menggunakan bekalan air bersih di negeri berkenaan.

Difahamkan, populasi rakyat Pulau Pinang bagi tahun 2012 sebanyak 1.611 juta dan purata air domestik yang dibekalkan bagi tahun 2012 sebanyak 474 juta liter tiap-tiap hari.

"Jika kita membahagi 474 juta liter dengan 1.611 juta rakyat, kita mendapati anggaran kegunaan air domestik di Pulau Pinang bagi tahun 2012 adalah sebanyak 294 liter per kapita tiap-tiap hari," ujar Guan Eng.

Hari Air Sedunia yang dirai pada 22 Mac tiap-tiap tahun diraikan secara meriah oleh Kerajaan Negeri pada 18 Mei lepas kerana memberi laluan kepada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini. -END

P.Pinang bina 1,900 unit rumah Chelliah Park City

LIM Guan Eng
SYARiKAT Zubicon Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan 1,900 unit rumah mampu milik dekat Jalan SP Chelliah yang akan dikenali sebagai Chelliah Park City.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit.

"Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak.

"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut.

Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dalam kelas yang sama, Guan Eng berkata, 332 unit akan dijual secara khusus untuk Bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, dalam syarat terbaru yang dipersetujui pemaju, sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan berharga RM72,500 seunit.

883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.

165 unit lain dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 900 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM300,000 seunit.

Manakala 82 unit lagi dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi akan dijual di bawah harga RM400,000.

Guan Eng berkata, hanya empat peratus sahaja rumah kos sederhana rendah dijual dengan harga RM400,000, bukan kesemua rumah mampu milik dijual semahal itu sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang Pulau Pinang sebelum ini.

Justeru, katanya lagi, kos keseluruhan projek tersebut berjumlah RM85 juta, iaitu GMC berjumlah RM60 juta dan RM25 juta baki adalah tambahan tawaran bagi kemudahan awam.

Dalam cadangan Zubicon, difahamkan, Chelliah Park City akan dilengkapkan dengan 'linear park', kawasan hijau, terminal bas awam, laluan basikal dan pejalan kaki serta rekaan bentuk fizikal kediaman memenuhi spesifikasi Green Building Index (GBI) berkelas "Gold" seperti penyediaan pusat kitar semula.

Itu, tidak termasuk bangunan tunggal yang akan dijadikan surau untuk umat Islam setempat.

Terdahulu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual 1.2 ekar tanah dekat Taman Manggis dakat Jalan Zainal Abidin, di sini kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir.

Projek komersial itu menerima tentangan kuat daripada pembangkang Pulau Pinang atas dalih kerajaan Negeri wajar membina rumah kos sederhana rendah terlebih dahulu untuk keperluan rakyat di negeri berkenaan.

Oleh kerana tanah tersebut tidak muat untuk pemajuan flat rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mencadangkan sebidang tanah lain yang berdekat Taman Manggis, iaitu di Jalan SP Chelliah.

Wong Hon Wai semasa masih menjadi Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian pada 7 Ogos tahun lepas telah menulis surat kepada Datuk Chor Chee Heung (kini bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bagi menuntut peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM52.5 juta bagi membina 27 tingkat rumah kos rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi, namun, langsung tidak dilayan.

Serentak itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama serta akan tetap meneruskan projek perumahan mampu milik rakyat di 11.04 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan SP Chelliah.

Pada 17 Januari lepas, Kerajaan Negeri melalui PDC mengiklan surat penyataan hasrat (RFP) bagi projek tersebut.

Dalam RFP itu, antara lain mensyaratkan pembinaan 1320 unit rumah mampu milik sahaja, termasuk 303 rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.

Sebanyak lapan syarikat pemaju mengambil bahagian sebelum Zubicon dipilih melalui proses tender terbuka.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam menyediakan rumah mampu milik, termasuk di kawasan pulau demi kepentingan rakyat terbanyak. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus