Skip to main content

Posts

Showing posts from June 3, 2013

Dakwa segera pemilik tanah tarah Bukit Gambir - Kon Yeow

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengambil langkah perundangan ke atas pemilik tanah Cangkat Bukit Gambir yang didakwa memugar tanah persendirian itu tanpa kelulusan majlis.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya masih menunggu proses pengesahan pemilik tanah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) negeri sebelum mengemukakan laporan penuh kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Dalam kes ini, tuan tanah telah mengabaikan tanggungjawab perundangan kerana memulakan kerja (memugar tanah bukit) tanpa kelulusan (MPSP)," katanya selepas melawat tapak berkenaan pada 27 Mei lepas dekat Batu Uban.

Setiausaha bagi MPPP, Ang Aing Thye, Roslan Ramly (Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPPP), Ir. Addnan Mohd. Razali (Pengarah Jabatan Kejuruteraan) turut hadir pada sidang media itu.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata, pihaknya telahpun menyerahkan notis pemberhentian operasi serta-merta…

Nelayan lega Adun Batu Maung cepat selesai kos bencana alam

30 nelayan pantai Batu Maung menarik nafas lega apabila jeti serta beberapa bot mereka yang musnah dipukul ribut pada 11 Mei lepas segera diselesai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Pengerusi Persatuan Nelayan Batu Maung, Tan Kok Leong (kanan), 52, berkata, Abdul Malik memengeluarkan peruntukan peribadinya berjumlah RM22,870.50 dulu bagi membeli papan untuk membaik pulih jeti tersebut, sementara, menunggu peruntukan berwajib daripada Kerajaan Negeri.

Itu, tidak termasuk RM4,000 kos upah 30 nelayan berwajib yang bergotong-royong membaik pulih jeti itu.

"Datuk (Abdul Malik) suruh ambil papan dari kedai papan dulu...kerja baik pulih jeti siap dalam masa enam hari saja," ujar Kok Leong baru-baru ini di perkarangan Dewan Memori Tapak Kaki Sam Poh dekat Batu Maung.

Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pemban…