04 June 2013
Khalid Samad pilih 'kukuh kepimpinan ulamak'
Justeru, Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia itu berkata, Muktamar yang menyaksikan saingan kali ini seharusnya menjurus pada Mengukuh Kepemimpinan Ulamak.
"Melaksanakan keadilan, amanah dalam perjanjian, toleransi, ilmiah dan benar-benar fakeh dengan politik dakwah Malaysia boleh mengukuh kepimpinan ulamak.
"Kepimpinan ulamak atau lebih tepat Majlis Syura perlukan tafsiran yang tepat menurut perlembagaan," ujar beliau dalam satu wawancara eksklusif di George Town petang tadi.
Atas maksud itu, beliau berkata, beliau menulis beberapa tulisan di blog peribadinya sungguhpun terpaksa berdepan pelbagai kontroversi daripada dalam parti.
Tulisan-tulisan Khalid yang dimaksudkan antaranya Bertanding di Kota Damansara dari sudut akhlak jamaah Islam, Isu KD: dua kawasan contoh yang patut dibanggakan dan terbaru Respons: Perang Uhud dan Kota Damansara.
Dalam perkembangan sama, beliau menyampaikan wacana "PRU13: Rahsia Kejayaan Pas Selangor" di depan akar umbi Pas di Dewan JKKK Bayan Lepas.
Ikuti wawancara lanjut selepas ini.
Ikut parkir Shah Alam 40 sen sejam :Khalid Samad
Khalid Samad hari ini membantah cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menaikkan kadar parkir awam supaya selaras dengan kadar yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Subang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Kalau kadar parkir kita (di Shah Alam) paling rendah, patut PBT (pihak berkuasa tempatan) lain itu kita (MBSA), bukan kita ikut mereka (dengan menaikkan kadar parkir)," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu petang tadi di George Town.
Respons itu diberi selepas beliau melawat bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak di Hospital Besar Pulau Pinang di sini.
Kadar parkir sedia ada yang ditetap MBSA di sekitar Shah Alam adalah 40 sen per jam.
Siswa cuba ledak "Ubah" Universiti Malaya
Slogan Ubah terus meledak di Universiti Malaya selepas PRU13 dianggap seleweng demi meniupkan roh perubahan dalam kampus yang menjulang budaya 'TRADISI MENGGUGAT'. |
Vince Tan |
Menurut siswa tahun 2 itu lagi, Edmund Bon turut memainkan peranan penting dalam projek kelas tersebut berdasarkan pengalaman peguam hak asasi manusia terkenal itu semasa menggerakkan operasi NGO UndiMsia baru-baru ini.
"Antara tuntutan kempen ini adalah untuk menghapuskan indoktrinisasi terhadap mahasiswa-mahasiswi (freshes) semasa MHS," ujar beliau melalui emel petang tadi.
Beliau berkata, pihaknya akan menghantar satu memorandum berwajib kepada pentadbiran universiti supaya proses indoktrinisasi dalam MHS lepas seperti ceramah penasihat Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Raja Nong Chik (pemimpin Umno Lembah Pantai) di Dewan Tengku Canselor (DTC) tidak berulang lagi.
Memo bantah Cheers diserah kepada pegawai HEP. |
Itu, termasuk mengurangkan tradisi tidak intelek seperti cheers dan diganti dengan budaya team building demi memartabat kembali status mahasiswa setinggi hasrat penubuhan universiti tertua tanah air berkenaan.
Perkembangan terbaru ini dijangka akan menarik perhatian Umno Barisan Nasional untuk menggandakan tekanan terhadap mereka sebagaimana yang dilakukan ke atas rakyat pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang. -END
Maklum balas MPSP Watch, Better Penang dialu-alukan!
MAKLUM balas pintar melalui operasi MPSP Watch diiktiraf banyak membantu Majlis Perbandaran Seberang perai (MPSP) dalam meningkatkan mutu pelanggan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.
Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya menerima 1,295 maklum balas sejak MPSP Watch ditubuhkan pada bulan Julai 2011 serta operasi melalui media sosial Facebook menggalakkan hingga sekarang.
"Sebanyak 96 maklum balas yang diterima pada tahun 2011 telah diselesaikan," ujar beliau dalam mesyuarat penuh MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, kesemua 680 maklum balas yang diterima dalam tahun 2012 turut berjaya diselesaikan.
Tambahnya lagi, MPSP menerima 519 maklum balas sejak bulan Januari hingga 29 Mei lepas.
Dari jumlah itu, katanya, 491 maklum balas berjaya diselesaikan.
"28 maklum balas (berbaki) masih dalam tindakan (MPSP)," ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan satu lagi aplikasi mesra pelanggan yang dikenali sebagai Better Penang Versi Apple IOS.
Beliau berkata, aplikasi yang dilancarkan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow pada Mac lepas itu mempunyai peranan yang sama dengan Watch MPSP.
Justeru, beliau berkata, MPSP mengalu-alukan maklum balas daripada seluruh warga Seberang Perai melalui dua aplikasi pintar tersebut, iaitu MPSP Watch dan Better Penang Versi Apple IOS. -END
MPSP lancar semak lesen premis perniagaan
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melancarkan program pemeriksaan dan semakan lesen premis perniagaan secara berperingkat bermula sekarang hingga hujung tahun ini.
Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya melalui Jabatan Pelesenan telahpun mengenal pasti beberapa lokasi utama pusat perniagaan berwajib di Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan.
"Program ini akan ditumpukan di lokasi-lokasi tersebut," ujar beliau dalam mesyuarat penuh MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda dekat Bukit Mertajam baru-baru ini.
Beliau berkata, program tersebut diharap dapat membantu pemilik premis perniagaan untuk memperbaharui lesen masing-masing.
"Pegawai Jabatan Pelesenan MPSP akan membuat rondaan ke lokasi-lokasi yang dipilih dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum tarikh program dimaklumkan kepada pemilik premis.
"Bas Kaunter Bergerak MPSP akan dihantar ke lokasi berkenaan untuk memudahkan pemilik-pemilik premis membuat memperbaharui lesen premis MPSP," ujar beliau.
Terdahulu, program mesra pelanggan itu telahpun dilancarkan di Chai Leng Park, Perai pada 30 Januari lepas, diikuti, Summit Mall, Bukit Mertajam (16 Mac 2013), Teras Jaya, Raja Uda (21 Mac 2013) dan Tasek Mutiara, Simpang Empat (29 Mei 2013).
Senarai lokasi program yang dicadangkan seperti berikut:
1. Bertam, Kepala Batas (11 Jun 2013)
2. Bunga Raya, Raja Uda (25 Jun 2013)
3. Pekan Nibong Tebal (2 Julai 2013)
4. Taman Gemilang, Bukit Mertajam (27 Ogos 2013)
5. Jalan Maju, Bukit Mertajam (10 September 2013)
6. Megamall Pinng, Perai (8 Oktober 2013)
7. Pekan Sungai Dua, Butterworth (12 November 2013)
8. Pekan Bukit Mertajam (10 Disember 2013)
Mohon lesen Pasar Ramadan sekarang!
DARI KIRI: Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif dan Teoh Seang Hooi pada sidang media selepas mesyuarat penuh MPSP baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara |
LESEN penganjuran Pasar Ramadan tahun ini boleh dimohon daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bermula 31 Mei hingga 12 Jun depan.
Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, tiga kaunter dibuka untuk warga tempatan mendapatkan borang permohonan.
Tiga kaunter MPSP itu di Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda (Bukit Mertajam), Kompleks Makanan Kampung Jawa (Butterworth) dan Cawangan Sungai Jawi (Seberang Perai Selatan).
Tambah beliau, borang permohonan turut boleh diperoleh melalui sesawang rasmi MPSP, www3.mpsp.gov.my.
"Borang-borang (permohonan) akan diproses oleh Jabatan Pelesenan dan keputusan permohonan akan mula dikeluarkan pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.
"Taklimat kepada penganjur dijadual pada hari Jumaat, 28 Jun depan," ujar beliau dalam Mesyuarat Penuh MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda dekat Bukit Mertajam baru-baru ini.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Teoh Seang Hooi (Ahli Majlis MPSP) turut hadir bersama-sama Maimunah pada sidang media selepas mesyuarat penuh majlis itu.
Hubungi talian MPSP, 04-5497685 / 847 / 678 untuk pertanyaan atau keterangan lanjut. -END
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...