07 June 2013

Din Ayam jangan tiru 'Ustaz Yahudi' khianat perjanjian Nabi

Salam Pil Kuda!

"...sempurnalah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku serahkan perjanjian-Ku dengan kamu..." [Surah al-Baqarah: 40]

Zaman Rasulullah s.a.w dahulu, yang langgar perjanjian adalah puak agamawan Yahudi (orang agama yang tahu kebenaran macam Ustaz-Ustaz lah)

Ayat di atas ini, Allah cerita mengenai puak Yahudi suka langgar perjanjian.

Membaca tulisan Khalid Samad terbaru berjudul Respons akhir: Isu Kota Damansara, grup Din Ayam jangan tiru perangai 'Ustaz Yahudi' macam zaman Nabi.

Setuju?

Respons: Din Ayam mula meludah ke langit...

Salam Pil Kuda!

Muktamar Pas 2003, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Mursyidul Am Pas) sendiri didedah pergi ke rumah arwah Ustaz Hasan Shukri minta 'arkitek Pas' itu tarik diri.

Kalau Hasan tak tarik diri, Datuk Harun Din tak mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden.

Harun nak pegang kerusi nombor dua jika tiada pertandingan.

Hasan pernah cerita di depan khalayak dekat Taman Melewar bahawa beliau cukup marah kerana dilayan demikian.

Semasa Muktamar Pas 2005, Abdul Hadi dan Nik Aziz sendiri sendiri sepakat menyokong Nasharuddin Mat Isa untuk kerusi Timbalan Presiden Pas untuk mengetepikan Hasan Shukri sekali lagi.

Kalau ya tuduhan Zaharuddin Mohamad kononnya Khalid Samad terlibat dalam menjatuhkan Hasan Shukri, bagaimana pula telahan beliau mengenai tidak tanduk bapa mertuanya ke atas Hasan Shukri semasa musim saingan 2003 dan 2005?

Tindakan Zaharuddin yang lebih dikenali sebagai 'Din Ayam' bak meludah ke langit terkena muka sendiri.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus