11 June 2013

Pelajar Kelantan lawat 'pusat kitar semua' P.Pinang

PELAJAR-PELAJAR menerima penjelasan mengenai proses kitar semula daripada beberapa penyelia PLB Terang di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

SERAMAi 49 pelajar dan tujuh guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tenku Indra Petra, Gua Musang mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burung, Jawi baru-baru ini.

Muhd. Farid Zainuddin (kanan), 17, berkata, minatnya untuk menjaga alam sekitar mula menyegar selepas menyertai Kelab Smart Rangers di sekolah.

Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa kelab, beliau mahu mengembang minat dalam aktiviti sukarelawan tersebut.

"Di sekolah, memang ada kumpul bahan terbuang untuk kitar semula. Terkenal kerana kerja kelab.

"(Kelab) Smart Rangers ada kiosk sendiri untuk memudahkan semua bahan kitar semula ini dikumpul sebelum dijual kepada vendor," ujar pelajar tingkatan 5 itu.

Nurihidayah Mohd. Hussain (kiri), 17, berkata, beliau puas apabila kerja-kerja sukarelawan itu kerana membawa pulangan yang lumayan kepada kelab.

"Kita beli sampah daripada pelajar, proses (pengasingan) dan jual. Yang buat kerja ini dalam 15 ahli jawatankuasa kelab," ujar pelajar tingkatan 5 berkenaan.

Menurut Bendahari kelab itu, setiap kilogram tin aluminium dijual kepada vendor dengan harga RM3.

Itu, tidak termasuk aktiviti menjual akhbar lama serta botol yang boleh membawa pulangan RM0.50 bagi tiap-tiap kilogram.

Sebagai Setiausaha, Nur Nadhirah Rosli (kanan), 17, pula berkata, kelab turut menganjurkan pertandingan bagi menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan pelajar.

"Ada pertandingan...lima kilo(gram) ke atas layak untuk mendapat beg kitar semula secara percuma daripada kelab.

"Pertandingan, pemberian beg kitar semula dan lawatan sebegini adalah cara kita menarik (perhatian) pelajar untuk menyertai kita," ujar beliau.

Nada yang sama turut disebut oleh Penasihat kelab, Cikgu Mohd. Mukhlis Abdullah (kiri).

Beliau berkata, kelab mesra alam sekitar itu sekarang sudah menerima lebih 130 penyertaan.

"Kita pernah melawat (Pusat Pelupusan Sampah) di Tanah Tinggi Cameron (pada) tahun lepas. Kali ini, di Pulau Pinang.

"Kedua-dua lawatan ini memberi kita nilai tambah, terutamanya mengenai proses kitar semula sampah," ujar beliau sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata, kelabnya akan cuba melakukan proses kompos sisa sampah untuk dijadikan baja pula sejurus pulang kelak.

DARI KIRI: Amir Ahmad Astor, Derrick Vinesh (wartawan TheStar), penulis, adik Nur Nadhirah Rosli dan adik Nurihidayah Mohd. Hussain di tapak pemampanan kertas terpakai untuk kitar semula, di sini. 
Deligasi dari Kelantan itu disambut oleh pembantu Jurutera PLB Terang Sdn. Bhd., Amir Ahmad Astor dan penyelianya, Ong Thang Khoon.

Amir berkata, pihaknya menerima kira-kira tiga tan sampah sehari, termasuk 100 hingga 200 kilogram plastik serta 200 hingga 400 kilogram besi.

Beliau berkata, lawatan ke tapak pelupusan sampah boleh melonjak pelajar membantu mengurangkan lambakan sampah seharian masing-masing.

"Kita (PLB Terang) pernah terima lima tan sampah sehari. Beg plastik akan diasingkan dan dimasak untuk proses kitar semula.

"Begitu juga dengan kertas, akan dimampatkan sebelum dikitar semula," ujar beliau.

Menurut beliau, pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut melakukan proses pengkomposan sisa untuk dijadikan baja.

Tambah beliau, proses kitar semula di tapak itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri melancarkan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat. -END

Apex P.Pinang taja kerusi rekreasi Taman Manggis

CHOW Kon Yeow (dua dari kiri) bersalaman dengan Lee Kai Eng (paling kiri) sambil diperhati oleh pemimpin Persatuan Apex Pulau Pinang lain selepas sidang media bersama di Taman Manggis baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Komuniti Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin, George Town akan menempuhi kehidupan yang lebih selesa kerana taman mini dekat kediaman mereka bakal dinaik taraf melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Presiden Kelab Apex Pulau Pinang, Lee Kai Eng (kiri) berkata, pihaknya berminat untuk menaja empat set kerusi-meja batu dan enam kerusi sandar batu lain untuk kemudahan rekreasi warga setempat.

Menurut beliau, insiatif itu diharap dapat membantu warga setempat untuk rehat selepas berjalan atau bersenam di sini.

"Beberapa bangku ini disediakan sebagai keperluan supaya mereka boleh duduk untuk menikmati keindahan malam.

"Insiatif ini dilakukan sebagai partisipasi kami kepada masyarakat dan Kerajaan Negeri (Pulau Pinang)," ujar beliau.

Difahamkan, kos keseluruhan CSR itu menelan belanja kira-kira RM4,000.  

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan banjir, Chow Kon Yeow (kanan) dalam reaksi spontan merakamkan penghargaan kepada NGO tersebut.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri berharap lebih banyak lagi NGO tampil melakukan inisiatif serupa Apex.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kelab Apex untuk penajaan mereka," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu. - END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus