13 June 2013

22 rangkul anugerah Pejabat Hijau P.Pinang

SEBAHAGIAN penerima daripada syarikat swasta yang memenangi Anugerah Pejabat Hijau 2013 beramah mesra pada Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang 2013 di Auditorium A, Komtar baru-baru ini.

22 pejabat daripada 19 organisasi swasta dan tiga agensi kerajaan diiktiraf sebagai "Pejabat Hijau Pulau Pinang" baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, inisiatif terbaru itu dilancarkan selepas Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan kempen Tiada Beg Plastik Percuma dan larangan bekas makanan polistirena atau 'keranda putih' sejak beberapa tahun lepas.

Pun begitu, katanya, kejayaan yang sedia ada masih tidak memadai bagi merealisasikan impian Pulau Pinang sebagai negeri hijau pertama di Malaysia.

"Pulau Pinang kini dalam proses menjadi negeri hijau pertama di Malaysia," ujar beliau dalam Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang 2013 di Komtar, di sini baru-baru ini.

KETUA Menteri menyerahkan sijil anugerah kepada YDP MPSP.
Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, PGC), Datuk Ar. Patahiyah Ismail (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) dan Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut hadir pada majlis itu.

Melalui inisiatif terbaru tersebut, beliau berharap dapat memangkin pengguna di negeri berkenaan menggutamakan penggunaan produk hijau.

“Setiap pembelian mesti memberikan keutamaan kepada isi kandungan hijau. Contohnya mencetak kad nama, mesti menggunakan kertas kitar semula.

"Melalui usaha ini diharapkan dapat meningkatkan permintaan pasaran produk hijau dan sekaligus menggalakkan lebih ramai pengusaha produk hijau di Pulau Pinang,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng yang juga Pengerusi PDC berkata, Pulau Pinang mencatatkan sasaran kitar semula tertinggi berbanding negeri-negeri lain, iaitu berjumlah 24 peratus.

Berdasarkan pencapaian itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri mampu mencapai 40 peratus kitar semula lebih awal sungguhpun Kerajaan Pusat mensasarkan peratusan itu pada tahun 2020 nanti.

Kerajaan Negeri melalui PGC mula melancarkan kempen Pejabat Hijau Pulau Pinang pada September tahun lepas.

Berikut adalah senarai penerima anugerah Pejabat Hijau Pulau Pinang:

1.  Stec Technology Sdn. Bhd.
2.  Osram Opto Seicunductors (M) Sdn. Bhd.
3.  Spansion (Penang) Sdn. Bhd.
4.  Kalyx Management & Consulting Sdn. Bhd.
5.  DHL Supply Chain (M) Sdn. Bhd.
6.  Shan Poornam Metals Sdn. Bhd.
7.  MPSP
8.  Alam Aliran Kualiti (M) Sdn. Bhd.
9.  Intel Product (M) Sdn. Bhd.
10. Bubbly Rich International Sdn. Bhd.
11. Western Digital Media (M) Sdn. Bhd.
12. PMI Stamping & Moulding Sdn. Bhd.
13. Cycle Trend Industries Sdn. Bhd.
14. Delta Business Solutions Sdn. Bhd.
15. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang
16. Pejabat Ketua Menteri
17. Cradotex (M) Sdn. Bhd.
18. Perfect Press Sdn. Bhd.
19. Flextronic Technology (Penang) Sdn. Bhd.
20. Georgtown City Hotel

Tubuh jawatankuasa bebas siasat isu tarah Bukit Gambir

LIM Mah Hui (berdiri) ketika memberikan hujahan isu penggodolan hutan di Bukit Gambir pada Mesyuarat Penuh Majlis di Dewan Bandaran, Padang Kota Lama baru-baru ini.

MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) didesak menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat projek penarahan Bukit Gambir yang dilaporkan kian menjadi tanda tanya banyak pihak.

Ahli Majlis MPPP, Dr. Lim Mah Hui berkata, Pulau Pinang menjadi destinasi menarik disebabkan wujudnya dua aset bernilai di negeri itu, iaitu bukit-bukau dan warisan sejarah.

Justeru, katanya, penggondolan sebahagian besar Bukit Gambir dekat Batu Uban itu sedikit banyaknya menjejas imej Pulau Pinang sebagai antara destinasi tuju sedunia.

“Adalah bernasib baik kerana warisan di Pulau Pinang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa hari ini dan kawasan-kawasan tertentu juga telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan.

“Manakala, bagi kawasan bukit, ia berada di bawah ancaman serius walaupun pada dasarnya seharusnya turut berada di bawah pemeliharaan dan perlindungan,” ujarnya pada Mesyuarat Penuh MPSP di George Town baru-baru ini.

Difahamkan, ECA International selama lima tahun bermula pada tahun 2008 mengiktiraf George Town sebagai "Bandar Ke-8 Paling Sesuai Didiami Di Asia".

Badan antarabanysa itu turut mengiktiraf George Town sebagai bandar paling sesuai didiamii di Malaysia, melepasi status Kuala Lumpur.

Laporan Yahoo Travel dipetik dalam tempoh yang sama turut mengiktiraf George Town sebagai "Pulau Ke-8 Terbaik Dalam Dunia Yang Perlu Dilawati Sebelum Anda Mati".

Ekoran itu, beliau berkata, polisi pembangunan mampan yang menjadi salah satu objektif dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2007 lagi wajar disegarkan semula.

Polisi itu, menurut beliau, antara lain mengklasifikasikan kawasan bukit di atas 250 kaki dari aras laut atau dengan kecerunan melebihi 25 darjah sebagai kawasan pemuliharan melainkan wujud 'projek khas'.

Tuntas itu, beliau berkata, rakyat berhak untuk mengetahui faktar sebenar di sebalik penggondolan Bukit Gambir yang nyata bukan berstatus 'projek khas'.

“Pulau Pinang perlu mengekalkan bukit yang asli dan tidak membenarkan bukit-bukit didirikan kediaman mewah yang hanya dilihat dapat menguntungkan syarikat pelabur mewah dan spekulator sahaja.

“Maklumat awam perlu diberikan untuks emua projek-projek di luar saiz tertentu, proses kelulusan dan mesyuarat OSC (Jawatankuasa Pusat Setempat, MPPP) juga perlu dibuka kepada orang ramai untuk hadir dan bertanyakan soalan,” tegasnya.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chaw Kon Yeow berkata, MPPP akan mengambil langkah perundangan ke atas pemilik tanah Cangkat Bukit Gambir yang didakwa memugar tanah persendirian itu tanpa kelulusan majlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu berkata, pihaknya dalam proses pengesahan pemilik tanah daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) negeri sebelum mengemukakan laporan penuh kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pun begitu, katanya, MPPP telahpun mengeluarkan notis pemberhentian operasi serta-merta kepada pihak yang dipercayai sebagai tuan tanah bagi mengelak kesan berantai lain seperti hakisan tanah serta tanah runtuh di kawasan kediaman berdekatan. -END

Hargai anak-anak kita, nasihat Chong Eng

KANAK-kanak riang dilayan maskot watak kartun kesukaan mereka di sini baru-baru ini.

LEBIH 100 kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa menyertai Karnivel Keluarga Montessori Children House (MCH) dekat Jalan Bukit Dumbar, Jelutong sempena Hari Mainan Sedunia baru-baru ini.

CHONG Eng
Exco Belia & Sukan, Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat dan Kesenian, Chong Eng berkata, Pulau Pinang mula meraikan hari keriangan itu sejak tahun 2011.

"Kanak-kanak yang ada di sini pada hari ini sungguh bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin dan membuatkan mereka menikmati pelbagai keseronokan," ujar beliau pada sidang media bersama-sama penganjur, Dr. Sim Joo Seng.

Penasihat Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) itu berkata, ibu bapa seharusnya lebih meluangkan masa bersama-sama keluarga, iaitu sekurang-kurangnya pada hari hujung minggu demi menghargai masa depan anak-anak mereka.

Kesempatan itu juga, Chong Eng berkata, pihaknya sedang giat merangka fomulasi mengenai kanak-kanak untuk dibentangkan serta diimplimentasi dalam Kerajaan Negeri pada tahun depan.

"Satu lagi buah tangan untuk wanita di Pulau Pinang, apabila kita akan menubuhkan Briged Wanita di samping menjalankan aktiviti berfaedah untuk golongan wanita," ujar Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang itu.

Sebelum itu, Dr. Sim berkata, ibu bapa seharusnya lebih cakna dengan pergaulan serta tumbesaran anak-anak mereka.

"Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka turut bergaul secara sihat dengan kanak-kanak lain bagi mewujudkan keseimbangan yang betul dalam kehidupan seharian mereka untuk menjamin tumbesaran yang sihat dan baik," ujar beliau sambil merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri.

Hari Mainan Sedunia disambut pada 28 Mei tiap-tiap tahun. -END

Luaskan konsumerisme produk hijau di P.Pinang :Guan Eng

Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata, Kerajaan Negeri akan meluas lagi penggunaan 'produk  hijau' di Pulau Pinang.

"Contohnya kalau nak dapat projek dari Kerajaan Negeri, kita juga akan mengambil kira mana-mana syarikat yang mampu menawarkan produk atau hasil kerja yang membantu ke arah kehijauan," ujar beliau di Komtar, George Town.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih  itu berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) akan terus mengiatkan kempen kehijauan seperti penggunaan kertas hasil kitar semula serta dakwat berasaskan sumber soya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng menasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan lagi rondaan cegah jenayah di negeri berkenaan.

Ini kerana, katanya, kadar jenayah  negeri sejak awal tahun ini difahamkan menunjukkan peningkatan.

Justeru, katanya lagi, Pulau Pinang wajar terus dilihat sebagai negeri yang berjaya menurunkan indeks jenayah seperti sebelum. -END

Sertai kejohanan lumba basikal antarabangsa P.Pinang 23 Jun!

PHEE Boon Poh (lima dari kanan) memperagakan jersi perlumbaan bersama-sama Teh Lai Heng (dua dari kanan) sempena majlis promosi sukan lumba basikal itu baru-baru ini.

Kejohanan lumba basikal “Where 2 Go Ultimate Challenge” akan diadakan pada 23 Jun depan di Padang Kota Lama di sini ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘destinasi berbasikal dunia’.

Ecxo Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Kebajikan, Phee Boon Poh berkata, pihaknya berharap penyertaan kejohanan itu boleh mencecah 3,000 orang, termasuk dari Singapura, Thailand dan Indonesia.

Acara pelepasan dijadual pada 7.30 pagi dan dijangka tamat pada 1.00 petang.

"Pada tahun 2008 kita mula memperbanyakkan aktiviti basikal di sini.

"Pulau Pinang juga mempunyai antara laluan basikal yang terpanjang di Malaysia hampir 200 kilometer,” ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut hadir pada sidang media itu.

Boon Poh yang juga ADUN Sungai Puyu berkata, aktiviti berbasikal giat dianjurkan sejak tahun 2008 di negeri berkenaan demi menggalakkan budaya hidup yang bersih, hijau, sihat dan selamat dalam kalangan komuniti.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu Elit, Amatur (85 kilometer mengelilingi pulau) dan Lumbaan Ria sejauh 40 kilometer dari Padang Kota Lama ke Batu Maung melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi ketegori Elit dan Amatur masing-masing akan menerima tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

Semua peserta turut dihargai dengen pemberian 'goodies bag', jersi, makanan dan minuman, selain hadiah bagi acara cabutan bertuah.

Info lanjut atau urusan pendaftaraan boleh dibuat melalui laman web penanevents.com.my atau hubungi talian 04-2611342. -END

Kejohanan luncur gaya bebas 2013 lebih meriah

CHONG Eng bersama-sama penganjur serta peserta merakamkan gambar kenang-kenangan sempena Kojohanan Luncur Gaya Bebas Antarabangsa Pulau Pinang 2013 baru-baru ini.

Kojohanan Luncur Gaya Bebas Antarabangsa Pulau Pinang 2013 baru-baru ini lebih meriah dengan penyertaan atlet dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Jepun.

Atlet tempatan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Melaka turut menyertai kejohanan antarabangsa itu bagi merebut kejuaraan dalam 13 ketegori yang dipertandingkan.

Exco Belia & Sukan, Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat dan Kesenian, Chong Eng berkata, kejohanan tersebut diharapdapat menyemarak lagi gaya hidup sihat dan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

“Penganjuran acara sukan seperti ini turut dilihat sangat positif dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri yang menggalakkan rakyatnya mengekalkan cara hidup yang sihat di samping menunjukkan keharmonian masyarakat melalui sukan,” ujar beliau dalam majlis perasmian kejohanan tersebut di Penang Times Square di sini baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) dan badan bukan kerajaan (NGO) berwajib atas penganjuran sukan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang itu turut merakamkan penghargaan kepada Juara Skate Kebangsaan, Cheng Chee Siang atas inisiatif membuka bengkel belajar sukan berkenaan serentak dengan berlangsungnya acara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Chong Eng berharap mereka yang berkunjung ke Pulau Pinang sempena kejohanan tersebut turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan makanan serta keindahan negeri berkenaan.

Kali pertama sukan itu dianjurkan di Pulau Pinang adalah pada tahun lepas. -END

Bank Islam serah zakat korporat RM220,000

ZUKRI Samat (paling kiri) menyerahkan replika cek zakat korporat RM220,000 kepada Mohd. Salleh Man sambil diperharhati oleh Lim Guan Eng (dua dari kiri) dan kepemimpinan Kerajaan Negeri lain, semalam. | Foto: Buletin Mutiara
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menunaikan zakat korporat berjumlah RM220,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat menyerahkan zakat tersebut kepada Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohd. Salleh Man.

Mohd Salleh berkata, beliau berharap lebih banyak lagi badan korporat dapat menunaikan zakat korporat masing-masing seperti BIMB.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut menyaksikan majlis itu di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Pegawai Kewangan Pulau Pinang, Mokhtar Mohd. Jait, Azman Abdul Samat (Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang) dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC).

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus