18 June 2013

Pandan muka Aduka Taruna, **Atas balak, bawah wala'**

Ini cerita politik Kelantan!

NOTA DARI FESBUK
"Wala' hanya untuk ahli parti kasta bawah.Ahli parti kasta atas boleh tolak arahan PAS Pusat untuk hadir Padang Merbuk?"
jerit Aduka Taruna


NOTA LAWAN
"Timb Pesuruhjaya PAS II dia pun dia tak wala', mau ka dia wala' dengan program lawan Najib di Padang Merbok tu?


Din Ayam, hang jangan lawan. Dia itu fooolamak. Pagi malam bergantung di jubah Tok Mentua.

Yang sebetulnya, wala' ini ada mutlaq dan muqayyad. Sebelum saya jadi Ustaz Gila aka UG, saya sempat menulis Polemik Hudud yang Umno tajamkan rupa-rupanya harmonikan ideologi PAS, DAP.

Ok lah. Berenti takat ni dulu. 

Saya ada Usrah Gabungan di Sungai Dua. Saya nak fitnah Dr Nasir Hashim makan pil kuda, Dr Dzulkifly Ahmad ulaq daun.

Wasalam. 

Beruk dan Ayam suka berkawan, bukan berlawan.

Tolak doktrin "jangan minta jawatan" sebab Nabi Yusof layak


"KALAU nak Kedah menang balik, sesiapa pun tak payah bertanding. PAS bukannya kelapaq jawatan. Jauh lagi lah nak merampas balik Kerajaan Negeri itu," itu loyar buruk.

Selalu saya dengaq, "jangan minta jawatan".

Lambat laung, kerusi Sungai Limau atau kerusi-kerusi lain di Kedah pun perlu buat persiapan supaya tidak berebut nak jadi calon sampai tak layak mendapat pertolongan Allah.

Kira, itu nasihat yang baik daripada SetPol Azizan Razak. Semua kena sami'na wa a'to'na.

Kedah kalah dulupun sebab semua berebut jawatan kot, bukannya sebab rakyat tolak pentadbiran Azizan Razak.

Yang berebut jawatan seorang dua orang saja. Yang beratus ribu pengundi Kedah tolak PAS tu pasai apa?

Hangpa bukan ada jawatanpun.

Patut Tuhan tolong PAS menang baru-baru ini sebab majoriti hangpa bukan berebut jawatan dan sudah cukup untuk mendapat kemenangan. 

Isunya di sini, "jangan berebut jawatan" dalam jamaah. Dalam parti ada SPR pun berubut jadi Senator sebab boleh duit.

Ton tin tung Ustaz Wan Ji at-Ta'addudi kata, Nabi Yusof patut tak berebut jawatan juga. Awat dok tawar diri jadi Menteri Mesir?

Tak pahamkah doktrin Usrah Gabungan (UG) dalam PAS sebut, "jangan minta jawatan"?

Biaq UG kangkang semua jawatan sempena Muktamar Kawasan dan Pusat kali ini, mudah sikit nak bergelap dengan Umno?

Sebenarnya, Yusof A.S minta jawatan sebab nabi itu layak.

Kalau diberi jawatanpun, kalau diri kaki penipu, khianat perjanjian, suka buli orang serta bergandung di jubah Tok Mertua macam Din Ayam, elok tolak jawatan.

Kalau ada pemimpin lebih layak sempena Muktamar PAS kali ini berbanding Din Ayam, takkan perlu ikut cakap SetPol Azizan -  "jangan minta jawatan"? 

Kalau diri layak, diberi amanah atau mengambil amanah itu adalah sesuatu yang dituntut. 

Jangan berebut jawatan itu doktrin Sang Diktator Agama sebenarnya.

"Berkata Yusof: Jadikanlah aku penjaga bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusof : 55)
Ayam dan beruk masing-masing ada jawatan parti.

Jangan periksa fizikal Menara Umno dan bunuh Cina pun Anwar yang suruh kah kah kah

BLOGGER Anak Sungai Derhaka baru melaporkan reaksi pemimpin Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan di sebalik insiden di Menara Umno P.Pinang.

Isu Menara UMNO Pulau Pinang.. Tanya sama itu Anwar Ibrahim laa...

Sebelum ini saya ada menulis:
"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA."  
Kalau dah semua nak bertanya, jangan periksa fizikal Menara Umno dan bunuh Cina pun takkan Anwar juga yang suruh? kah kah kah

Macai boleh jawab...

Umno & UG berpisah tiada...

RM5,000 untuk keluarga Allahyarham Tajuddin

"Guan Eng tolong keluarga mangsa di Menara Umno P.Pinang sebab yang mati itu dua Cina. Guan Eng tak tolong yang mati di Jambatan II P.Pinang itu sebab yang mati itu Melayu. Ini fitnah macai Umno." - Faqar Usrah Gabungan (UG)


SHARA Ismail (empat dari kiri) dan Sharifah Ramli (lima dari kanan) menerima bantuan ehsan daripada Lim Guan Eng.

BALU Allahyarham Tajudin Zaimal Abidin, 45, yang maut ditimpa tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 6 Jun lepas menerima bantuan ehsan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri.

Adik Allahyarham Khairudin, 44, Laldin, 39, semasa menerima bantuan itu merakamkan penghargaan dalam satu majlis bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, di sini baru-baru ini.

Hadir bersama, dua balu Allahyarham, Shara Ismail, 45, dan Sharifah Ramli, 40.

Empat cahaya mata Allahyarham, Izzaty Syahirah, 12, Nur Izzaty Syafiqah, 8, Nur Aina Syazwani, 11 dan Nur Ain Maisara, 7, turut hadir pada majlis itu.

Guan Eng dalam reaksi balas melahirkan rasa simpati apabila mengenangkan anak-anak Allahyarham yang masih kecil.

Setiasuaha Agung DAP itu berkata pihaknya akan cuba mendapatkan nasihat guaman sekiranya perlu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pembinaan serta merta di kawasan tragedi itu.

Beliau berkata, pemaju lantikan Kerajaan Pusat sepatutnya lebih menitikberatkan aspek keselamatan semua pihak supaya insiden seumpama itu tidak berulang.

"Biarlah projek ini mengalami sedikit kelewatan, tetapi, biar lambat asalkan selamat," tegas beliau.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan keprihainan Kerajaan Negeri sekarang dalam mendekati rakyat tanpa mengira kaum. -END

Patriotik Umno dalam Honda Accord, Valkswagen laa

Kerajaan Pakatan Rakyat pernah digambarkan tidak patriotik kerana menggunakan Toyota Camry 2.4.

Kroni-kroni Umno yang selama ini makan duit penyelenggaraan kereta-kereta Exco berputih mata. Itu rahsia umum yang lama.

Patut blogger Anak Sungai Derhaka tak ungkit cerita lama. Dulu kerana tak guna Perdana dilabel tak patriotik... Sekarang?

The Malaysian Insider lapor, Najib Razak umum tukar semua Proton Perdana V6 di Putrajaya dengan Honda Accord.

Pahang lagi patriotik, pakai Volkswagen Passat.

"Patriotik sebenar bukan dalam Hinda Accord atau Valkswagen Passat, patriotik kami dalam hati laa..." kata kroni Umno yang dapat tender AP. 

Selamat jalan kereta nasional, Proton
Jahabar Sadiq, Pengarah
Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.
The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.

Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.

Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.

Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.

Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.

Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.

Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.

Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.

Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. – 18 Jun, 2013.

Mengapa Zahid ghenyeh macam kerang busuk apabila menara Umno P.Pinang runtuh?


Zahid yang dikenali selepas dilantik menjadi Menteri Pertahan adalah seorang yang serius.

“Kalau tidak suka, sila keluar dari Malaysia,” jerkah Zahid.
Naib Presiden Umno itu maksudkan, 51 peratus undi popular kepada Pakatan Rakyat patut keluar dari Malaysia kalau tidak boleh menerima penipuan PRU13 serta 'perdana menteri minoriti' Najib Razak.

Tersengeh macam kerang busuk ini bukan perangai semula jadi Zahid.

Apabila Zahid memeluk Kit Siang dan cuba bersandiwara baik dengan Guan Eng sampai ketua menteri itu pun tak selesa, tentu ada tidak kena dengan lawatan mengejutnya kawasan kejadian runtuhan konkrit di Menara Umno Pulau Pinang baru-baru ini.

Tengah hari tadi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP arah empunya bangunan itu menyediakan laporan kestabilan dan keselamatan bangunan dalam masa tujuh hari bermula hari ini.

Saya ada memberi reaksi spontan mengenai isu tersebut.
"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA," - FAQAR USTAZ GILA
Di bawah ini, saya kemukakan dulu laporan ringkas rasmi yang dikeluarkan oleh MPPP mengenai insiden tersebut untuk semua kita berteka teki.


Mengapa Zahid ghenyeh macam kerang busuk apabila menara Umno P.Pinang?
Monyet & ayam ini tak senyum sebab UG gagal.

Lapor Menara Umno P.Pinang runtuh tujuh hari :Guan Eng

"PEMILIK MENARA UMNO P.PINANG SEJAK 10 MEI 2011 LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN, TETAPI, GAGAL DITERIMA MPPP SEHINGGALAH BERLAKUNYA INSIDEN MERAGUT DUA NYAWA," - FAQAR USTAZ GILA



KETUA Menteri mempersoal beberapa perkara berbangkit di sebalik insiden runtuhan struktur Menara Umno Pulau Pinang dalam satu sidang media baru-baru ini.

TUJUH Tujuh hari diberikan kepada pemilik Menara Umno Pulau Pinang dekat Jalan Machalister di sini untuk mengemukakan laporan terperinci mengenai insiden runtuhan sebahagian konkrit serta tiang penebat kilat atau sedia berdepan tindakan lanjut daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika gagal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri serta orang awam wajar diberitahu mengenai perkara sebenar di sebalik insiden yang meragut dua jiwa itu.

"Ini (bahagian runtuhan) adalah dalam satu struktur konkrit (bersama-sama bangunan menara), bukannya binaan tambahan.

"Sepatutnya konkrit itu stabil dan tidak runtuh," ujar Guan Eng di Komtar di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) turut hadir pada sidang media itu.

Hadir bersama, hampir semua Exco Kerajaan Negeri serta kepemimpinan kanan MPPP.

Bekas Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Datuk K.K.Lim turut memberi maklum balas awal di sebalik insiden tersebut.

Terdahulu, insiden runtuhan itu berlaku pada 13 Jun lepas, kira-kira jam 6.30 petang.

Bangkai runtuhan yang dikenal pasti adalah konkrit bahagian atas bumbung menara sepanjang 58 meter, termasuk 28 meter tiang penebat kilat.

MPPP, sehari kemudian mengeluarkan notis di bawah Syeksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 kepada empunya bangunan, iaitu Tetuan JKP Sdn. Bhd..

Dalam notis itu, empunya menara diminta "menghapuskan kacau ganggu yang berterusan" di sekitar Mechalister di sini.

Arkitek menara itu, T.R.Hamzah & Yeang Sdn. Bhd. dan jurutera perunding, Tahir Wong Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab ke atas bangunan menara itu turut menerima notis MPPP bagi menghapuskan kacau ganggu di kawasan kejadian.

Guan Eng berkata, MPPP pada 10 Mei 2011 pernah menghantar surat kepada tetuan JKP Sdn. Bhd. untuk mendapatkan laporan pemeriksaaan kestabilan dan keselamatan bangunan tersebut, tetapi gagal disediakan oleh pihak berwajib itu.

Katanya, permintaan MPSP berdasarkan Seksyen 85(A) Akta Jalan, Parit & Bangunan, 1974 sebenarnya wajar disegera oleh empunya bangunan.

"Pihak berkenaan mengemukakan rayuan untuk meminta tempoh masa melantik Jurutera Perunding dalam menyediakan laporan, tetapi, setakat ini masih tiada laporan dikemukakan kepada MPPP.

"Insiden ragut dua nyawa, MPPP syaki ada kelemahan dan pengabaian," ujar beliau sambil berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan berwajib dalam masa tujuh hari. -END

Turun harga kereta palsu punca Utusan, Najib dipertikai

INFO grafik palsu disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Jun 2013.
KERATAN akhbar Utusan Malaysia 10 Jun 2013 yang didakwa laporan palsu.
CETAKAN skrin mengenai respons rasmi Peugeot Malaysia menerusi facebook yang menolak laporan palsu akhbar Utusan Malaysia baru-bru ini.

UTUSAN Malaysia didakwa menyiarkan laporan palsu mengenai harga kereta import turun baru-baru ini sebagaimana dijanji dalam manifesto Barisan Nasional terus dipertikai.

Ketua Menter Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng (kanan) berkata, pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot telahpun menafikan turun harga kenderaan masing-masing tahun ini.

Justeru, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk mengembalikan integriti dalam lidah rasmi Umno tersebut terlebih dahulu, sekiranya pentadbiran Perdana Menteri berkenaan berhasrat untuk mengawal media sosial seperti facebook dan blog di negara ini.

"Semoga Barisan Nasional yang diterujui Kerajaan (Pusat) lebih serius dalam mengambil tindakan (ke atas laporan Utusan itu)," ujarnya di Komtar, George Town baru-baru ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia pada 10 Jun lepas menyiarkan laporan penurunan harga 10 kereta dalam pasaran domestik, - iaitu Volkswagen, Peugeot, Honda dan Marques serta kereta tempatan Proton dan Perodua - sehingga 11 peratus dari harga pasaran pada Januari tahun ini.

Itu, menurut laporan wartawan Fairus Kassim, sekaligus membuktikan Kerajaan Pusat berjaya merealisasikan manifesto Barisan Nasional sebagaimana diumum dalam musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Laporan Utusan Malaysia itu kemudiannya dinafi oleh Volkswagen dan Peugeot menerusi laman rasmi facebook masing-masing.

Kedua-dua pembuat kereta antarabangsa itu menolak laporan info grafik harga kereta masing-masing turut yang disiar Utusan Malaysia.

"Sila ambil perhatian, harga pada gambar adalah tidak betul. Harga Golf sentiasa menjadi RM157, 888 sejak masa pelancaran. Bukan RM169, 888," kata seorang wakil dari Volkswagen Malaysia dipetik dari Facebook, merujuk kepada sukan 'hatchback' model Golf.

"Tanpa prejudis, apa-apa yang telah dikeluarkan oleh kami, kami tidak berunding sebelum artikel itu pergi ke cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan berita yang terkandung di dalamnya.

"Harga yang ditunjukkan kelihatan 308 Turbo pra-wajah dan 308 VTi yang sebenarnya dua varian yang berbeza dari Peugeot 308," kata wakil Peugeot Malaysia dipetik dari laman rasmi facebook kereta buatan Perancis itu.

Idea menurunkan harga kereta sebenarnya mula dipopular oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum, sebelum diangkat sebagai "Aku Janji" Barisan Nasional.

Strategis oposisi, Rafizi Ramli berkata, harga kereta boleh diturunkan melalui pengurangan duti eksais, cukai jualan, duti import serta menghapuskan penyalahgunaan permit import (AP).

Najib dalam satu reaksi spontan berkata, Barisan Nasional akan menurunkan harga kereta import dan tempatan sekiranya terus memberi mandat mentadbir Putrajaya.

Sejurus selepas pilihan raya umum, Kerajaan Pusat mengumumkan proses menurun harga kereta secara berperingkat sehingga tahun 2017.

Pengumuman itu, menurut pembangkang, bagaikan sandiwara politik Barisan Nasional sahaja.

Lantas itu, Kerajaan Pusat menerusi Utusan Malaysia mengeluarkan laporan mengenai penurunan harga beberapa kereta import dan tempatan hingga didedah sebagai laporan palsu belakangan ini. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus