Skip to main content

Posts

Showing posts from June 28, 2013

Choo Kiang Speaker DUN P.Pinang, Maktar Timbalan

PEMBUKAAN penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13 bermula pada 28 Jun lepas.

DUN menerima cadangan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng untuk memilih ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Law Chong Kiang sebagai Speaker DUN.

Istiadat angkat sumpah kesemua ADUN kemudiannya dilangsungkan di depan Choo Kiang.

DUN turut menerima cadangan Guan Eng untuk melantik ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee sebagai Timbalan Speaker.

Istiadat perbarisan pembukaan bermula pada Selasa depan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan mesyuarat dewan dijadual selesai pada 4 Julai.

Datuk Abdul Halim Hussain merupakan Speaker DUN pada penggal pentadbiran lepas. -END

Punca Idris Ahmad prejudis Maqasid sy-Syariah: Wan Ji

SOALAN MUSLIMAT BUKIT GANTANG: Ada orang kata, ilmu maqasid yang Ustaz Wan Ji ajar mendekati faham Islam Liberal sungguhpun untuk memugar faham Islam dalam PAS agar lebih dinamik. Saya juga takut menjadi Astora Jabat moden dalam jamaah sebab Ustaz Idris Ahmad menasihat begitu. Adakah salah salah menolak maqasid asy-Syariah ini bagi mengelah faham liberal Astora Jabat ini?

JAWAPAN USTAZ WAN JI: Kegagalan mengklasifikasikan perbincangan maslahah dalam perbincangan maqasid kepada tiga bentuk; Maslahah muktabarah, maslahah mulghah dan maslahah mursalah merupakan lahirkan prejudis negatif terhadap ilmu maqasid syariah sehingga sanggup mencipta istilah negatif, iaitu istilah maqasid aqliah.

Maslahah muktabarah, atau kemaslahatan yang diperkaui dan maslahah mulghah atau maslahah yang perlu diabaikan adalah kemaslahatan yang berlaku pada hukum-hukum yang bersifat dilalah qatiyyah (nas itu ada empat perkara penting : 1- Zanniyyah al-Subut, 2- Zanniyah al-Dilalalah, 3- Qatiyyah al-Subut, dan 4- …