03 July 2013

Bila Enakmen Kebebasan Maklumat P.Pinang dikuat kuasa?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen (gambar) bertanya mengenai rancangan menguatkuasa Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010

Beliau bertanya demikian kerana enakmen yang diwartawa pada 2 Februari tahun lepas dianggap masih belum dikuatkuasa sampai sekarang.

"Saya masih menunggu tarikh penguatkuasaan ini," ujar beliau semasa membahas ucapan Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town, pagi tadi.

Beliau berkata, penguatkuasaan segera enakmen itu akan mereputasi lagi imej Pulau Pinang dalam melaksana tadbir urus Cekap, Akauntabel dan Telus (C.A.T).

Justeru, beliau mencadangkan pihak berwajib supaya menyegerakan hasrat menguatkuasa enakmen berintegriti itu.

Nada yang sama turut diluahkan oleh pengerusi jawatankuasa enakmen itu, Jagdeep Singh Deo (ADUN Datuk Keramat).

Terdahulu, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 diluluskan di DUN dengan pindaan pada 4 November 2011.

Pada 9 Januari 2012, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas memperkenan enakmen itu, lalu, diwarta pada 2 Februari lepas.

Dalam mesyuarat pertama penggal kelima DUN Ke-12 lepas, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, status pelaksanaan Enakmen tersebut masih lagi dalam tindakan bagi menetapkan tarikh mula kuat kuasa Enakmen tersebut sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

"Sebaik sahaja tarikh mula kuat kuasa Enakmen ini diluluskan dan pelantikan pegawai maklumat dimuktamadkan, orang awam boleh mendapatkan akses kepada sebarang dokumen Kerajaan Negeri melalui saluran yang dibenarkan sepertimana yang diperuntukan dalam Enakmen tersebut," ujar Guan Eng yang juga ADUN Air Putih semasa itu. -END

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus