Skip to main content

Posts

Showing posts from July 8, 2013

Mahathir hasut rakyat pertahan Akta Hasutan?

Dr Mahathir kata, "Jadi undang-undang tidak boleh digubal kerana parti lawan mendesak. Kalau ikut parti lawan negara kita tidak akan ada undang-undang."Kalau negara masih di bawah rejim Dr Mahathir itu, Akta Hasutan masih dikuatkuasakan.Apabila mansuh akta draconion ini, ertinya UBN nak mewujudkan akta yang lebih mencengkam rakyat.

Inti aduan kepada SPAD mengenai mutu tidak baik bas Etika Express

Kepada:
SPAD (U/P: Nadia)Assalamualaikum dan salam Sejahtera,Terima kasih kepada Pegawai SPAD, Cik Nadia kerana cakna dengan kicauan saya awal pagi tadi di twitter @aduanSPAD, lalu menghubungi saya menerusi no.tel. +60 3-7947 0012 pada detik 10.03 pagi tadi.Saya, Zainulfaqar Yaacob, pemegang kad pengenalan bernombor **0513-07-**** ingin membuat aduan mengenai mutu tidak memuaskan perkhidmatan bas ekspress kendalian Syarikat Etika Express.Pada Ahad, 7 Julai 2013 hampir jam 11.59 malam, saya bersama isteri, Siti Hajjar Hassan, pemegang kad pengenalan 8***07-23-**** berurusan di kaunter Etika Express dekat aras tiga, Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Tiket bas dibeli pada detik 12.01 pagi.Saya dilayan oleh seorang operator berseragam Etika Express yang dikenali sebagai En. Syuk.Pada tiket, tertera jadual perjalanan bas KL-Butterworth pada jam 11.58 malam. En.Syuk kata bas masih di depot dan dijadual berjalan 12.30 pagi (Ahad, 8 Julai 2013) pula.Saya dan isteri bersetuju membeli tiket kerana ur…