Skip to main content

Posts

Showing posts from July 16, 2013

MPSP anjur Forum Perdana Ehwal Islam

BERITA BERGAMBAR

MARHABAN YA RAMADHAN... Lebih 200 hadirin menyertai Forum Perdana Ehwal Islam di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam baru-baru ini sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan atau Marhaban Ya Ramadan.
Forum yang diadakan serentak dengan keraian Hari Majlis ke-39 itu sekaligus menyerlahkan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dalam menganjurkan aktiviti kerohanian sebagai persiapan menempuhi ibadah berpuasa pada bulan tersebut.
Bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ellias Zakaria dan dua pendakwah bebas, Ustaz Roslan Che Ros dan Ustaz Mohammad Azki Hafizi Ibrahim merupakan panelis pada majlis ilmu tersebut.
Hadir sama, Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif; Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP) dan dua Ahli Majlis MPSP lain, iaitu Md. Jamil Abd. Rahman dan Syed Mikael Rizal Aidid.

Program derma darah berkala di Komtar perlu - DR.Afif

EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, DR. Afif Bahardin mencadangkan program derma darah dianjurkan secara berkala tiga bulan sekali di Komtar di sini demi memastikan simpanan darah negeri senantiasa mencukupi, terutama pada musim perayaan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan 2013 anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (ANSARA).
"Justeru, dengan kempen kesihatan derma darah ini, (diharap) dapat meningkatkan bekalan darah ekoran pada musim perayaan (menyaksikan) permintaan terhadap darah meningkat," ujar beliau di sini baru-baru ini.
Pengurus PDC, Datuk Rosli Jaafar dan DR. Atiqah Ibrahim (doktor Hospital Pulau Pinang, HPP) turut hadir pada program tersebut.
DR. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, pihaknya berharap program sebegitu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.