ATLET yang berjaya merangkul pingat bergambar kenang-kenangan di sini baru-baru ini.
|
19 July 2013
Tambah 50 peratus lagi insentif atlet :KM
Exco umum dua Ahli Majlis MPPP baru
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow hari ini mengumumkan pelantikan dua lagi Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Mereka, Nur Zarina Zakaria mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Mohd. Foaz Hamid mewakili badan bukan kerajaan (NGO).
Nur Zarina, 32 mempunyai sarjana dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan kini bertugas sebagai pegawai khas di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Mohd. Foaz, 47, pula merupakan Presiden bagi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), mempunyai diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan kini masih sebagai perunding dalam sektor korporat.
"Kedua-dua calon yang baru dilantik kini dijadual mengangkat sumpah (sebagai Ahli Majlis) pada 24 Julai," ujar Kon Yeow menerusi emel, lewat petang tadi.
Kedua-dua mereka dan Ahli Majlis MPPP lain dilantik dalam tempoh Julai hingga 31 Disember depan.
De'Pauh dapat Sijil Halal
(DARI KIRI): Mohamad Jamaluddin, Afif Bahardin, Abdul Malik Abul Kassim, Mohd. Rodzi Abu Bakar, Mohd. Salleh Man dan Faizal Ibrahim dalam majlis penyampaian Sijil Halal di sini baru-baru ini. |
Sertai pertandingan mewarna Ekspo Hijau 21 Sept.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata, pertandingan itu diadakan sempena sambutan Ekspo Hijau Pulau Pinang 2013 dan Heal the Earth, Count Me In dipilih sebagai tema program tersebut.
Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap program tersebut mampu menggamit minat rakyat, khususnya kanak-kanak untuk memulihara dan memelihara alam sekitar di negeri berkenaan.
Pengarah PGC, Thing Siew Shuen turut hadir pada majlis tersebut.
Yee Cheu berkata, Sunshine Garden Center Sdn. Bhd. selaku penganjur akan mengagihkan sebanyak 1,000 anak pokok mini jenis Philodendron, Syngonium dan Sanseviera secara percuma demi menggalak orang ramai berkunjung ke ekspo tersebut.
Difahamkan, pertandingan mewarna itu dijadual berlangsung selama dua jam bermula 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Sebanyak dua kategori dipertandingkan, iaitu kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun dan 9 hingga 12 tahun.
Yee Cheu berkata, borang penyertaan boleh didapati daripada Popular Pulau Pinang atau dimuat turun dari sesawang www.pgc.com.my sebelum tarikh tutup pada 15 September depan.
Info lanjut boleh hubungan Popular di talian 04-2269334 atau PGC (04-25-3321).
ADUN Batu Maung agih sumbangan 40 terpilih
ABDUL Malik Abul Kassim (bertali leher) bergambar kenang-kenangan bersama sebahagian penerima sumbangan sempena Ramadan di sini baru-baru ini. |
EXCO Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengagihkan sumbangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada lebih 40 fakir miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung berkata, sumbangan itu berupa barangan asasi seperti beras dan sebagainya untuk kegunaan bulan Ramadan serta persiapan menyambut Hari Raya Puasa.
Majlis sumbangan itu diadakan secara sederhana di Komtar di sini.
Menurut beliau, senarai penerima dipilih sendiri oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) dan majlis sama telahpun dilaksanakan di beberapa kawasan lain baru-baru ini.
Penarima, Rodiah Abu Bakar (gambar), 60, dari Jalan Perak yang pertama kali menerima sumbangan itu melahirkan rasa syukur kepada Ilahi.
“Harap sumbangan seperti ini dapat diteruskan lagi,” ujar beliau semasa ditemui kemudian di sini.
Perkembanan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri cakna dengan kebajikan golongan terpilih berkenaan.
300 kanak-kanak OKU sertai Larian Keamanan
KANAK-kanak istemewa mempersembahkan tarian Gangnam Style di sini baru-baru ini. | Foto: BM.
|
SEBAHAGIAN pemenang bergambar kenang-kenangan bersama Zairil Khir Johari (berdiri, kanan sekali) semasa berlangsungnya Larian Keamanan kali ke-24 baru-baru ini. |
KEAMANAN... Lebih 300 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) antara 2,500 peserta Larian Keamanan kali ke-24 yang dianjurkan secara bersama oleh SCI Malayais dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Taman Perbandaran dekat George Town baru-baru ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, itu membuktikan bahawa kanak-kanak istimewa juga peka dengan isu kesihatan dan keamanan sejagat.
“Ini merupakan salah satu platform dan jaringan terbaik bagi mendekatkan golongan masyarakat dan insan-insan istimewa agar sama-sama beriadah, bekerjasama dan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah,” ujarnya.
Pengarah penganjuran, A. Athimulan dan Mohamed Akbar Mustapha (Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP) turut hadir pada acara tersebut.
Pemeriksaan kesihatan secara percuma, cabutan bertuah serta persembahan Gangnam Style oleh kanak-kanak OKU antara program menarik sepanjang temasya larian tersebut.
Bacaan Yasin sempena Hari Lahir TYT ke-75
ABDUL Rahman Abbas (enam dari kiri) bersama-sama kepemimpinan Kerajaan Negeri lain ketika berlangsungnya majlis di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara.
|
SYUKUR... Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T), Tun Abdul Rahman Abbas diraikan dalam Majlis Kesyukuran, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena hari kelahiran beliau yang ke-75 di Masjid Negeri, Air Itam baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd. Rashid Hasnon, Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan) dan Maktar Shapee (Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri).
Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memimpin majlis bacaan yasin, tahlil serta doa selamat yang disertai kira-kira 300 jemaah.
Pada keraian itu, jamuan berbuka puasa turut disediakan kepada hadirin di perkarangan masjid tersebut.
Batu Maung perlu pelan cegah banjir kilat - ADUN
AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kawasannya memerlukan satu pelan pemajuan sistem perparitan yang lebih sempurna demi mencegah kemungkinan banjir kilat, terutama semasa musim tengkujuh pada bulan Ogos depan.
Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengemukakan cadangan itu dalam satu pertemuan bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.
"(Demi) memastikan sistem peparitan dan saliran yang sempurna, kita juga telah meminta Rapid Action Force DUN Batu Maung untuk turut memantau pokok-pokok yang perlu ditebang serta retention of flood waters (pembendungan banjir) sempurna,” ujarnya di George Town.
Menurut Abdul Malik, lima kawasan kerap banjir kilat dikenal pasti, iaitu dua di Teluk Tempoyak, Permatang Damar Laut (2), Sungai Ara (1) dan 10 Kongsi (1).
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, penduduk wajar diberi pendedahan mengenai keadah memulihara dan memelihara sistem perparitan di kawasan pemukiman masing-masing sebelum fasa pelaksanaan pelan tindakan dikuatkuasakan.
Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap pelan tindakan berwajib mampu mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung.
Exco minta PBT pelan tindak lima tahun
CHOW Kon Yeow ketika menyampaikan ucapan perasmian Bengkel Empowering Local Council di sini baru-baru ini. |
MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diminta menggariskan pelan tindakan lima tahun bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan masing-masing.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yoew berkata demikian dalam Bengkel Empowering Local Council di sini baru-baru ini.
“Sememangnya setiap PBT (pihak berkuasa tempatan) telah mempunyai fokus masing-masing, namun, ia tidak akan bercanggah sekiranya kita (MPPP dan MPSP) mengadakan garis panduan pelan tindakan ini.
“Pelan ini wajar memandangkan rakyat kini ingin melihat perubahan lebih besar, terutama dalam penyampaian perkhidmatan,” ucap Kon Yeow di sini baru-baru ini.
Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif (gambar kiri) turut berkongsi pengalaman dalam bengkel tersebut.
Hadir bersama, semua Ahli Majlis bagi MPPP dan MPSP yang baru dilantik bagi sesi Julai hingga 31 Disember 2013.
Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata, PBT mesti mencarijalan supaya Pulau Pinang kian dilihat mempunyai persekiran yang paling sesuai didiami serta destinasi pelancongan dan pelaburan terunggul di rantau ini.
Justeru, beliau berkata, semua pihak berwajib harus berani menempuhi cabaran dari segi psikologi dan behavioral change demi mereputasi imej negeri berkenaan di persada dunia.
Dunia anugerah MPPP 'Best Cities'
AR. Patahiyah Ismail menujukkan Anugerah Best Cities yang diterima oleh MPPP baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara. |
Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, anugerah itu adalah tanda penghormatan dan pencapaian tertinggi majlis dalam pengurusan industri pelancongan dan pembangunan ekonomi serta perkongsian dalam mempromosi sukan di persada dunia.
“Alhamdulillah, semua ini adalah usahasama semua pihak dalam memastikan Pulau Pinang sentiasa memimpin," ujar beliau ketika ditemui sejurus selesai majlis mengangkat sumpah semua Ahli Majlis MPPP di George Town baru-baru ini.
Selain sijil pengiktirafan (gambar kanan), beliau berkata, MPPP turut menerima trofi, plak dan medal daripada badan berprestij tersebut.
Difahamkan, Anugerah Best Cities diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai kepemimpinan terbaik dalam merumuskan dasar-dasar, termasuk rangka kerja ekonomi, pengurusan sektor pelancongan serta program yang menggalakkan perpaduan sosial melibatkan negara-negara anggota.
Pencapaian terbaru itu sekaligus mereputasi imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang di rantau ini.
Pasukan MP Nibong Tebal jejak fakir sempena Ramadan
PEGAWAI Khas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Azmi (kanan) mewakili Mansor Othman menyerahkan sumbangan kepada isteri Yusof Ahmad di kediamannya di sini baru-baru ini. |
NGAH Imsah Jamim (kiri) menerima sumbangan ikhlas daripada Azmi di Kampung Sungai Chenaam di sini baru-baru ini. |
'Line Dance' simbol juang hak wanita - Exco
PARA peserta wanita sedia berbaris untuk melakukan Line Dance baru-baru ini. |
CHONG Eng |
EXCO Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian, Chong Eng berkata, kempen anti keganasan ke atas kaum wanita wajar terus disuarakan di Pulau Pinang sempena sambutan Festival George Town 2013.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan acara tarian Penang Esplanade Line Dance Jamboree 2013 (Line Dance) di George Town baru-baru ini.
"100 atau 50 tahun dahulu, kita tidak mungkin melihat wanita keluar untuk bekerja dan menari secara terbuka di pentas seperti sekarang.
"Oleh kerana amalan demokrasi, hari ini, para wanita boleh bebas menari kerana kuasa dan hak wanita semakin terbela," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.
Difahamkan, tarian Line Dance itu diiringi lagu-lagu dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
Chong Eng berkata, tarian yang dipersembahkan saban tahun sejak 2010 itu dikatakan berjaya menarik pelancong, sama ada domestik atau antarabangsa berkunjung ke Pulau Pinang.
Citibank buka cawangan kedua di P.Pinang
"Berbekalkan modal insan, kepelbagaian demografik, faktor ekonomi, Pulau Pinang juga telah diiktiraf oleh Organisasi Pembangunan Industri Amerika Syarikat dalam 10 destinasi industri terbaik dunia," ujar beliau di sini baru-baru ini.
Paradigma P.Pinang mampu realisasi pengantarabangsaan – KM
- Membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang sosio-ekonomi.
- Melaksanakan dasar hijau untuk mencapai kelestarian alam sekitar.
- Membangun, menarik dan mengekalkan modal insan diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
- Memperkasa rakyat melalui proses demokrasi.
- Memerangi rasuah dan kronisme melalui tadbir urus yang cekap, akauntabel, telus serta bersih.
Banci bantu urbanisasi Geoge Town
CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) memulakan proses bancian ke atas seorang penduduk (paling kiri) sambil diperhati oleh pegawai penyelidik lain di sini baru-baru ini. |
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...