Skip to main content

Posts

Showing posts from July 24, 2013

[Wawancara] Dikenali YB termuda, satu cabaran – Dr. Afif

BARU berusia 28 tahun, beliau sudah bergelar Yang Berhormat (YB) apabila menenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya.
Selepas dilantik menjadi Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, beliau direkodkan pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri termuda.
Pun begitu, beliau telah berumahtangga dengan, Dr. Mardhiah Zakaria, 28, dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Dalam wawancara baru-baru ini, Dr. Afif mengaku kehadirannya acapkali mencuri perhatian banyak pihak.
"Apabila menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) termuda dan jadi Exco pula, orang akan skeptikal, sama ada kita mampu atau sebaliknya.

15 peratus cukai insentif WPI diskriminasi, tak logik - Guan Eng

CUKAi insentif 15 peratus kepada warga asing serta warganegara yang pulang ke Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sahaja didakwa tidak adil untuk rakyat dari negeri-negeri lain yang selama ini membayar pada kadar 25 peratus.
Ahli Parlimen Bagan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mendakwa, Kerajaan Pusat nyata melakukan diskiriminasi serta cubaan menipu rakyat di sebalik amalan cukai Satu Negara Dua Sistem itu.
"Tidak ada logik, mengapa ia tidak boleh dinikmati di Sabah, Sarawak dan negeri lain.
"Bukankah Sabah, Sarawak serta negeri lain perlukan juga pakar-pakar berpengetahuan (sebagaimana di WPI)," tanya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tengah hari tadi di Komtar, George Town.
Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat pada 15 Julai lepas antara lain bertanya mengenai status cukai peribadi berkadaran 15 peratus di WPI untuk Program Kepulangan Pakar (REP) sama ada akan diperluas ke seluruh negara atau sebaliknya.
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap M…